Langkau ke kandungan utama

UMAT ISLAM DISERANG PENYAKIT AL WAHAN?


Musuh mengkeronyok umat Islam bagaikan makanan dalam hidangan mereka. Contoh apa yang berlaku di Rohingya. Kenapa perkara ini berlaku sekali pun di era dunia teknologi.
Apakah tidak sampai maklumat tersebut kepada  OIC. Iaitu satu wadah tempat berkumpulnya negara-negara umat Islam yang ada didunia pada hari ini. Sejauh mana peranan dan keberkesanan OIC dalam menangani nasib umat Islam khususnya
di Myanmar.
KANGAR – Masyarakat antarabangsa wajar menunjukkan rasa simpati terhadap nasib umat Islam Rohingya yang dizalimi regim Myanmar dengan memberi bantuan kemanusiaan sewajarnya, kata Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata masih banyak negara yang sepatutnya menunjukkan simpati tidak berbuat demikian tetapi cepat menuduh umat Islam sebagai pengganas khususnya media antarabangsa.
Dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi, katanya beliau melihat sendiri penderitaan etnik Rohingya semasa mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melawat kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh baru-baru ini.
Beliau berkata hampir setengah juta umat Islam Rohingya di Myanmar sedang menderita akibat dizalimi tentera dan penganut Buddha Myanmar.
Mari kita renung-renungkan hadis dibawah ini. Moga kita menjadi orang yang prihatin nasib yang menimpa saudara kita dikalangan umat Islam ditempat lain.   Dan juga dapat ambil ingatan dan pengajaran dengan hadis dibawah ini.
“Hampir saja umat-umat (selain kamu) memperebutkan kamu dari segala penjuru sebagaimana orang-orang yang sedang makan memperebutkan hidangan makanan mereka.” Para sahabat bertanya : “Apakah jumlah kita sedikit pada waktu itu wahai Rasulullah?” Beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab : “Pada saat itu jumlah kamu banyak, akan tetapi keberadaan kamu tak ubahnya seperti buih air bah, ketakutan (keseganan) musuh-musuhmu akan tercabut dari dada mereka, dan di dada masing-masing kamu terdapat Al Wahan.” Para sahabat bertanya : “Apakah Al Wahan itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda : “Cinta dunia dan takut akan mati.” (Hadits hasan yang diriwayatkan olah Ahmad dalam kitab musnadnya, 5;78, dan dalam kitab Al Hilyah Abu Nu’aim), (HR. shohih: Al Misykah (5369), Ash-Shahihah (956) dari Tsauban, dalam Shohih Sunan Abu Daud, M. Nashiruddin Al-Bani, jilid 3, hadits no. 4297, hal-36, terbitan Pustaka Azzam).
Apa yang berlaku kepada umat Islam pada pada hari adalah membenarkan hadis diatas. Setelah bermacam-macam yang menimpa umat Islam, kemudian berusaha membaiki diri dan kembali kepada Tuhan dalam keadaan sedar dan insaf. Itulah yang Tuhan tunggu daripada kita. Tak perlu ragu dengan kuasa Tuhan, kerana Tuhan itu maha adil, disetiap hal yang menyedihkan yang kamu rasakan Tuhan pasti telah mempersiapkan kebahagiaan.
Tidak mungkin Tuhan membuat kamu sedih jika Tuhan tidak memberi ubat penawar setelahnya.Begitulah yang kita lihat perubahan yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Aceh setelah ramai yang terkorban peristiwa Syunami.
Dan kita juga membuat muhasabah diri dimana kesilapan kita dengan mengambil pengajaran apa yang berlaku. Samaada kesilapan kita dengan manusia dan kesilapan kita dengan Tuhan. Allah sentiasa menerima taubat hambanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...