
DISIPLIN LAHIR DARI SOLAT.
Ketika zaman persekolahan saya berada di peringkat sekolah rendah, Abuya telah dedahkan dan kuat kuasakan dengan disiplin Islam. Semasa di rumah
Abuya mulakan dengan disiplin solat berjemaah. Disana banyak panduan kita perolehi. Iaitu disiplin Islam dikuatkuasakan. Dari latihan solat terserlah disiplin Islam.
Disiplin yang diperolehi dari solat dibawa diluar solat. Sehari lima kali kita perolehi disiplin dan itu dibawa dalam kehidupan. Kita boleh terbayang bagaimana jika ianya dapat berlaku diluar solat. Kalau seorang pemimpin yang banyak dapat latihan disiplin dalam solat sangat membantunya untuk mendisiplinkan rakyatnya.
Kalau dia seorang guru sudah tentu dapat membantunya untuk atur dan mendisiplinkan anak-anak muridnya. Kalau dia seorang korporat Islam yang berjaya laksanakannya dalam perniagaannya akan menjadi korporat yang berdisiplin. Begitulah contoh seterusnya.
Apabila saya dewasa berpeluang merasakan disiplin yang sama di lagang dalam jemaah Abuya. Apa yang dikuat kuasakan didalam keluarganya yang sama dikuat kuasakan dalam jemaahnya.
Contoh disiplin ketika solat berjemaah dengan Abuya, sekurang-kurangnya 20 minit sudah berada ditikar solat samping berselawat. Disiplin tersebut dibawa diluar solat. Contohnya, ketika ada temu janji dengan sesiapa Abuya 20 minit lebih awal berada ditempat yang dijanjikan.
Contoh lain, selepas solat jemaah dengan Abuya biasanya ada tazkirah begitulah juga diluar solat iaitu didewan kuliah atau bilik darjah kita mendapat panduan dan ilmu.
Di sekolah biasanya murid-murid diberikan kerja rumah dan ada yang minta diselesaikan ketika berada di rumah. Semasa pergi sekolah dan berada dalam kelas guru akan tanya kerja sekolah yang dibuat dirumah.
Begitu jugalah ketika kita solat berjemaah selesai Abuya tanyakan maklumat yang perlu dikongsikan.
Contoh lain iaitu pengalaman mereka yang pernah dilantik oleh Abuya menjadi ketua atau pemimpin, perkara yang sama kita akan rasai ketika solat berjemaah dengan Abuya. Bagaimana kita diberikan panduan hikmah solat berjemaah. Adanya imam yang wajib makmum ikuti, kalau tidak ikut boleh membatalkan solat jamaah.
Begitu jugalah diluar solat kita wajib memberikan ketaatan selagi tidak melanggar syariat.
Disiplin memperjuangkan agama Allah: Walaupun disuruh memperjuangkan Islam itu secara global dari peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi, tarbiah, pentadbiran, ketenteraan, politik, silaturrahim, perhubungan,
kebudayaan, negara dan seterusnya.
Tidak ada orang yang suka masyarakat berpenyakit dan bermasalah. Tak ada orang yang suka timbulnya gejala-gejala negatif seperti berlaku nya dalam masyarakat berbagai-bagai bentuk vandalisma dan sebagainya.
Maka bagi orang Islam kita lihat kembali bagaimana solat kita. Apakah solat kita telah menjadikan diri kita manusia yang berguna pada diri dan masyarakat. Kalau benarlah solat kita ada roh, sudah tentu akan menjadikan diri kita berpegang kuat dengan disiplin agama Islam.
Kerana solat itu sendiri yang Tuhan sebutkan dalam Quran dapat mencegah manusia itu dari melakukan kerosakan dan kemungkaran. Bukan itu saja kesan dari solat yang sebenar, ia akan menjadikan orang yang mendirikan solat itu suka melakukan kebaikkan dan memberi khidmat kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada kedua orang tuanya.
Ulasan
Catat Ulasan