Langkau ke kandungan utama

Catatan

TAQWA ASET DUNIA AKHIRAT

TAQWA ASET DUNIA AKHIRAT  Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat. Sumber bantuan, sumber rezeki, sumber kemenangan. Kalau ingin musuh dikalahkan, baikilah diri untuk mendapat ketawaan Taqwa lebih tajam dari pedang Membaikki diri lebih canggih dari senjata moden Di dalam perjuangan,  bukan senjata persiapan utama Walaupun senjata disuruh mengadakannya Membaiki diri lebih utama melakukannya  Di dalam berhadapan dengan musuh,  ia adalah senjata ghaib  yang tidak nampak dipandang  Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam Tapi umat Islam di dalam perjuangan  sudah ramai yang melupakannya  Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya  Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan  ternafilah ketaqwaannya  Tuhan pun berlepas diri  hadapilah dengan sendiri  Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik  dan canggih dari umat Islam  Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan  di dalam perjuangan  Kedua dua se...

KEKUATAN MELAYU ADALAH ISLAM

KEKUATAN MELAYU ADALAH ISLAM Usaha untuk mengubah nasib orang Melayu Islam juga tidak akan membuahkan hasilnya jika Islam tidak diambil sebagai falsafah perjuangan dan pembangunan bangsa. Jika kita melihat kepada fakta sejarah, walaupun wujud kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, kerajaan-kerajaan Melayu ini berkedudukan lemah dan kecil serta sentiasa diserang oleh kuasa-kuasa besar ketika itu seperti Negara Siam sehinggakan negara-negara Melayu ini terpaksa menghantar wang ufti ke negara Siam tersebut bagi menjamin keselematan negaranya.  Detik kegemilangan Empayar Melayu Islam Melaka hanya bermula setelah Islam sampai ke Tanah Melayu  Melaka pada ketika itu di mana setelah kedatangan Islam, orang Melayu telah mula bangkit dan membina sebuah kerajaan dan empayar yang kuat sehingga mereka mampu menggerunkan negara-negara jiran mereka termasuk Siam yang suatu masa dahulu pernah menjadi ancaman kepada kerajaan-kerajaan kecil orang Melayu tersebut.  Melal...

ISLAM ITU INDAH.

ISLAM ITU INDAH. Kebangkitan Islam Bersama Cinta dan Akhlak. Asas kekuatan seseorang berbuat bila ada cinta dan cita-cita. Rasa menyingkap tentang rahsia cita-cita dan cinta. Kemuncak yang paling hebat adalah meletakkan cita-cita untuk membesarkan Allah dan menegakkan syiar agama Allah. Rahsia kejayaan Rasulullah SAW dan Salafussoleh mengislamkan dunia adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia.  Manusia ingin menambah ilmu. Ingin mencari pengalaman dan ingin pandai, dan tidak menggantungkan hidupnya pada orang lain. Manusia tidak mahu hidup beku, jahil dan miskin papa. Itu adalah fitrah. Semua orang memilikinya walau apa pun juga bangsa dan agamanya. Memang Allah jadikan jiwa manusia begitu kemahuannya. Oleh kerana itu Allah datangkan agama Islam yang mengajar supaya manusia mengisi tuntutan fitrah itu.  Firman Allah: Katakanlah: “Berjalanlah kamu di muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu.”
[Al An’am: 11] Ertinya kit...

RUMAH TERBUKA HARI RAYA SUBURKAN UKHUWWAH.

RUMAH TERBUKA HARI RAYA SUBURKAN UKHUWWAH. (Rumah terbuka Maktab tentera di Raja 21/Julai/2017). (Perjumpaan keluarga sempena aidulfitri 2017). Tradisi mengadakan rumah terbuka dan berkunjungan makin rancak dan ada saja undangan ke rumah terbuka. Begitulah unik dan indahnya masyarakat Islam, khususnya di negara ini yang menjadikan budaya berkunjungan dan rumah terbuka sebagai satu tradisi sekali gus mencerminkan keindahan dalam Islam. Islam menganjurkan umatnya menjalinkan hubungan silaturahim kerana melaluinya akan mewujudkan kesepakatan dan perpaduan. Mereka yang mengunjungi saudaranya ikhlas kerana Allah, akan disukai dan dicintai-Nya, sebagaimana ditegaskan Rasulullah s.a.w melalui sabdanya bermaksud:"Ada seseorang yang berziarah ke tempat saudaranya kerana seagama (bolehlah dianggap saudara) dalam suatu kampung, lalu Allah mengutus malaikat untuk mendatangi jalan yang dilalui. Setelah bertemu, lalu mailaikat bertanya, "Ke mana saudara akan pergi?" Jawabnya: "He...

HIJIR ISMAIL SIMBUL CINTA AGUNG.

HIJIR ISMAIL SIMBUL CINTA AGUNG. Maksud firman Allah: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (Al Baqarah 2:127-129). Nabi dan Rasul kebanyakkannya di Timur Tengah. Kisah-kisah Nabi dan Rasul yang terdahulu sebanyak 124,000 yang di angkat dan hanya 25 Rasul yang wajib di ketahui, tapi tahukah kita siapa mereka itu? Di akhir zaman ini, semua khazanah sejarah Islam yang terkandung di dalam Al-Qur’an akan hilang ditelan zaman jika kita tidak mengambil langkah untuk generasi kita yang baru seperti anak-anak kita! Perkongsian penulis tentang tempat-tempat sejarah melalui media sosial ini Insyaallah adalah salah satu cara yang berkesan untuk di sampaikan kepada generasi muda ini!  Hijir Ismail memiliki sejarah setua Ka'bah. Di sanalah dahulu Nab...

TIMUR TENGAH LAHIRKAN ULAMA.

TIMUR TENGAH LAHIRKAN ULAMA. Malaysia banyak lahirkan pendakwah dan Timur Tengah lahirkan ulama.Kita hidup di akhir zaman, di mana fitnah sangat berleluasa. Ianya menguji kepada semua golongan manusia, samada golongan yang soleh mahupun golongan yang tidak mentaati Allah. Maka disini doa sangat menjadi senjata rohani bagi umat Islam. Berdoa adalah suatu yang amat penting dalam kehidupan. Allah menyuruh kita berdoa seperti terdapat dalam Al Quran. Inilah menjadi amalan Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Beliau suka mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam. Samada yang beliau kenal atau pun tidak.  Abuya pernah dua kali di ISA kan zaman kerajaan Tun Mahathir. Ketika itu program dakwah tidaklah mendapat tempat seperti hari ini.  Walaubagaimanapun akhirnya model Islam yang diperjuangkan oleh Abuya mendapat tempat. Dakwah Islam dengan membawa model Islam is the way of live. Model ekonomi Islam sebagai fardhu kifayah yang diperjuangkan oleh Abuya sudah menjadi viral dalam masya...

BINA JATI DIRI DENGAN AQIDAH ISLAM.

BINA JATI DIRI DENGAN AQIDAH ISLAM. Sejak kewafatan Rasulullah SAW hingga ke saat ini telah lahir dan berkembang di tengah-tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran aqidah dan pegangan serta pecahan-pecahannya. Sehingga kalau dihitung-hitung aliran-aliran aqidah itu, akan terjumlahlah ia kepada 73 pecahan yang kesemuanya terkeluar daripada aqidah yang sebenar, kecuali satu - Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini menepati maksud Hadis: "Sesungguhnya akan berpecah-belah umatku menjadi 73 puak. Maka yang satu puak di Syurga dan yang 72 puak di Neraka." Beruntunglah kita kalau selama ini berpegang kepada aqidah yang sah. Namun semata-mata mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menjamin kita terselamat daripada terperangkap dengan aqidah yang sesat. Malah, hari ini ramai di kalangan umat Islam yang terjebak ke dalam perangkap qadariah, jabariah, mujassimah, muktazilah, dan lain-lain aqidah yang sesat. Terperangkapnya kebanyakan mereka ke dalam aqidah-aqidah yang sesat itu biasanya secara ...