TIMUR TENGAH LAHIRKAN ULAMA.
Malaysia banyak lahirkan pendakwah dan Timur Tengah lahirkan ulama.Kita hidup di akhir zaman, di mana fitnah sangat berleluasa. Ianya menguji kepada semua golongan manusia, samada golongan yang soleh mahupun golongan yang tidak mentaati Allah. Maka disini doa sangat menjadi senjata rohani bagi umat Islam. Berdoa adalah suatu yang amat penting dalam kehidupan. Allah menyuruh kita berdoa seperti terdapat dalam Al Quran. Inilah menjadi amalan Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Beliau suka mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam. Samada yang beliau kenal atau pun tidak.
Abuya pernah dua kali di ISA kan zaman kerajaan Tun Mahathir. Ketika itu program dakwah tidaklah mendapat tempat seperti hari ini.
Walaubagaimanapun akhirnya model Islam yang diperjuangkan oleh Abuya mendapat tempat. Dakwah Islam dengan membawa model Islam is the way of live. Model ekonomi Islam sebagai fardhu kifayah yang diperjuangkan oleh Abuya sudah menjadi viral dalam masyarakat. Yahudi dan kuncu-kuncunya cuba menghalang kebangkitan dengan pelbagai tohmahan namun gagal. Perancangan Allah mengatasi segalanya. Berkat masyarakat berselawat kepda Rasulullah seperti selawat perdana dan sebagainya, maka Rasulullah mendoakan kembali kepada umatnya.Berkat doa Rasulullah SAW, umat akhir zaman diberikan hidayah untuk menerima Islam. Bahkan mendokong kebangkitan Islam di Malaysia.
Di samping banyak berdoa Abuya Ashaari At Tamimi sangat berusaha melagang dakwah disamping mencetuskan dakwah bilhal iaitu dakwah berbentuk tindakan. Abuya akan mencari kawan-kawan seramai mungkin samada dalam dan luar negara. Kalau di Mesir Abuya membuat hubungan dengan kawan baiknya iaitu Doktor, Professor Abdur Rahman ulama Mesir pensyarah Universiti Al Azhar, rumahnya puluhan tahun Abuya sewa jadikan markaz Abuya.
Umat Islam yang ingin untuk melawat bumi ambia, Jordan salah sebuah Negara yang boleh dilawati untuk tujuan tersebut. Tidak seperti negara Timur Tengah yang lain hebat pembangunannya.
Jordan pembangunannya jauh lebih terkebelakang serta populasi penduduk yang sederhana sahaja. Namun tidak dinafikan kawasan peninggalan sejarah menjadi tarikan utama kepada pelancong-pelancong yang datang berkunjung.
Sejarah Jordan dulunya merupakan tempat banyak para penguasa, seperti Assiria, Babylon, dan Persia pada sekitar tahun 330 SM.
Ammon, Edom dan Moab adalah kerajaan lama di wilayah Jordan.
Nama resmi Jordan adalah “Hashemite Kingdom of Jordan” (Kerajaan Hashemite Jordan).Bahasa resmi Jordan adalah bahasa Arab, tetapi bahasa Inggris juga difahami oleh kalangan klas atas dan klas bawah.
Mejoreti Jordan memeluk agama Islam, kemudian Kristen Orthodox Yunani, Katolik Roma dan Yunani, Orthodox Syiria, Orthodox Koptik, Orthodox Armenis, Protestan, dan Muslim Syiah. Jordan terdiri dari etnik Arab, Kirkasia, dan Armenia. 65% orang Jordan adalah keturunan Palestin.
Kota Petra di Jordan Selatan terletak di tengah-tengah negara di lokasi padang gurun yang lembab, Petra dulunya pernah merupakan sebuah kota pusat perdagangan sekaligus ibukota dari Kerajaan Nabatean. Orang-orang Nabatea berasal dari Arab bagian Barat Laut. Mereka tinggal di wilayah Jordan tetapi berpindah-pindah sampai membentuk kerajaan abad 312 SM. Petra dilanda gempa bumi yang melanda memusnahkan empayer tersebut.
Kemudian kota dibiarkan kosong dan terbengkalai selama beberapa abad. Kemusnahan kota yang terkubur di bawah tanah akhirnya ditemukan oleh seorang wisatawan Eropa yang menyamar dalam pakaian Baduwi untuk bergaul masuk ke dalam masyarakat lokal, pada awal tahun 1800. Di tahun 1985 UNESCO mendeklarasikan Taman Arkeologi Petra sebagai situs World Heritage, dan pada 2007 ia lalu dinobatkan sebagai salah satu keajaiban dunia.
Tak hairan kalau Petra dapat pengiktirafan UNESCO,kerana Petra terdapat amat banyak bangunan kuil, biara, kubur, atau tempat pengorbanan. Semua bangunan tersusun dari batu pasir yang kokoh, dengan perpaduan arsitektur Timur Tengah dan Arab. Keindahannya luar biasa. Nabatea atau Ambat memang hebat dalam hal seni bena kota. Kemampuan mereka juga menghasilkan inovasi-inovasi dalam sistem perairan, pengangkutan dan penyimpanan.
Di Jordan Abuya ramai kawan-kawan dikalangan ulama, korporat, kaki tangan kerajaan menteri dan kumpulan tariqat. Di antara mereka ialah Syekh Syammar ketua kabilah Jordan Sidi Abu Khalid, Abu Masaab seorang engineer lepasan Jerman, Syekh Mustafa Abu Rumman seorang imam dan pendakwah, Abu Anas menteri Auqaf Jordan, Abu Anas seorang pendakwah dan ulama berasal dari Syria, Syekh Noh Qudha mufti tentera Jordan, Dr, Syekh Ali Faqeh ahli parlimen Jordan, Dr. Hisham Sultan pensyarah Universiti Jordan dan ramai lagi.
Abuya juga mengirim menantunya ustazah Norlia untuk memantau pelajar dan menggerakkan aktiviti muslimah di Jordan. Lamanya Ustazah Norlia ditugaskan bergerak di Jordan dari tahun 1989 hingga 1994. Melalui muslimah Abuya juga berjaya menghubungkan kaum muslimah dengan masyarakat tempatan melibatkan setiap peringkat masyarakat tempatan. Dari golongan bawahan hinggalah golongan atasan. Di antara mereka ialah Ummu Anas isteri menteri auqaf, rapatnya hubungan dengan muslimah yang Abuya kirim hingga ada dikalangan mereka yang minta ustazah Norlia bersalin di Jordan. Ketika menyambut bayi yang dilahirkan di Jordan orang tempatan sibuk meraikannya.
Mereka ikut serta majlis kesyukuran yang diadakan sempena kelahiran bayi tersebut. Dikalangan mereka yang datang bawa hadiah seperti persalinan pakaian bayi, bunga dan makanan. Ketika menginap di Jubaihah, menantu Abuya ustazah Norlia berkawan rapat dengan seorang korporat perempuan iaitu Ummu Hakam. Semasa tinggal di Madaba berkawan rapat dengan Ummu Anas berasal dari Syria. Kawasan penempatan Madaba ramai orang Kristian tetapi susah kita nak bezakan dengan muslimah sebab pakaian, budaya dan bahasa mereka juga sama.
Cucu Abuya yang lahir di Jordan ialah Dhirar iaitu sempena nama sahabat nabi yang popular di Jordan. Bahkan makam sahabat tersebut ada di Jordan. Kelebihan dan keistemewaan negara Jordan walaupun tidak kaya seperti negara Timur tengah yang lain, sangat mengalu alukan ke datangan tetamu dan pelancung. Kemudahan dari sudut maklumat sejarah dan kemudahan tetamu di utamakan. Tempat-tempat lain yang boleh disingah dan dilawati adalah seperti berikut:
* – Makam Para Sahabat
* – Gua Ashabul Kahfi
* – Jerash
* – Ajloun
Tempat tinggal di bukit Jubaihah ke pusat bandar Jerash ambil masa satu jam kerana jalannya sempit dan berliku. Jerash salah satu bandar penting dalam Empayar Rom satu ketika dahulu. Wadi Rum, merupakan kawasan padang pasir yang berlatar belakangkan bukit-bukit coklat. Juga dikenali Canyon Jordan yang mana kita dapat melihat suasana padang dan gunung pasir yang cantik dengan pasirnya yang sejuk dan berwarna oren. Terdapat 4 persinggahan yang boleh dilawati menggunakan kereta pacuan empat roda yang disewa bersama.
Secara logik bandar yang dikuasai Rom itu tidak mungkin jatuh ke tangan Islam. Nisbah zaman sekarang Rom itu seperti Amerika Syarikat merupakan kuasa besar dunia. Atas dasar taqwa Rom tumbang ditangan para sahabat. Di era kebangkitan Kali kedua ini jika sudah wujud kelompok yang bertaqwa perkara yang sama Tuhan akan serahkan dunia ini ke tangan Islam. Faktor taqwa ini adalah janji Tuhan.
Ulasan
Catat Ulasan