PILIN MENYIMPAN RAHSIA AKHIR ZAMAN.
Kampung Pilin terletak di mukim Pilin dalam daerah Rembau di Negeri Sembilan Darul Khusus. Pilin adalah sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan dan terletak di Daerah Rembau.Pilin adalah sebuah bandil dijadikan Lebuhraya Utara-Selatan. Ia merupakan lokasi yang strategik di mana Kampung Pilin mempunyai jaringan jalan raya yang baik menghubungkan ke Lubuk Cina - Melaka, Linggi - Port Dickson, Bandar Port Dickson, Pekan Rembau, Pekan Rantau, Bandar Tampin, dan Bandar Seremban, di mana jarak untuk ke bandar/pekan berkenaan tidak mengambil masa sampai 1 jam.
Lokasi Kampung Pilin tidak jauh dengan Tol Pedas/Linggi yang cuma mengambil masa 9 minit untuk ke Lebuh raya Utara Selatan. Pegangan adat pepatih masih kuat diamalkan di kampung ini.
Penduduknya peramah dan suasana kampung masih dikekalkan seperti semangat gotong - royong diamalkan dalam kenduri - kendara. Persekitaran yang aman damai, tenang, pergerakan kerbau, lembu, kambing dan kuda yang dapat dilihat bebas berkeliaran tanpa kandang. Kiyai Syahid adalah seorang ulama yang berasal dari Indonesia. Berguru dengan seorang soleh yang bila dia menulis ada cahaya dijarinya.
Kiyai Syahid berkhidmat dan belajar dengan Sayidi Syeikh Suhaimi selama 20 tahun semasa berhijrah ke Malaysia. Beliau ditugaskan berjuang dipendalaman Rembau Negeri sembilan iaitu Kampung Pilin. Bersama Kiyai Syahid ialah Syeikh (Lebai) Ibrahim, seorang guru di Pilin yang warak lagi soleh. Waraknya Syeikh Ibrahim, kalau ada kenduri kahwin berserta ronggeng dan joget di kampungnya, beliau akan keluar selama seminggu dari Kampung Pilin kerana takutkan bala Allah menimpa kampung dan tidak mahu bersubahat. Dulunya Pilin berada jauh di pendalaman dan dikelilingi hutan.
Pada hari Abuya Ashaari Muhammad dilahirkan oleh ibunya, ayahnya bermimpi berada di laut bersama bayi lelaki kecil yang baru lahir itu dan berlumba berenang. Si bayi berenang laju menyeberang laut. Sedangkan si ayah tidak mampu mengejarnya. Bila mimpi itu diceritakan kepada gurunya Kiyai Syahid, maka Kiyai Syahid berkata, "Anakmu ini ada `masa depan'. Aku telah namakan anak engkau itu Ashaari bin Muhammad." (Cuma dalam pendaftaran, namanya dieja Asaari bin Mohamad.)
Di surau Pilin, Negeri Sembilan diceritakan oleh Abuya Ashaari Muhammad bahawa di sekitar tahun 1940-an hingga 1950-an;waktu Abuya budak-budak lagi; dia selalu mendengar orang tua-tua bercerita tentang Imam Mahdi. Kebangkitan Islam semula kali kedua bermula pada tahun 1940. Di mana-mana sahaja terutama di tempat-tempat pengajian sunni, orang suka bercerita tentang Imam Mahdi. Perihal akan keluarnya Imam Mahdi dan peranannya sempurnakan kebangkitan Islam kali kedua.
Sayidi Syeikh Muhammad Abdullah as Suhaimi adalah seorang Syeikh Tariqat Muhammadiah. Pengaruh beliau sangat dibimbangi British yang ketika itu menjajah Tanah Melayu. Sayidi Syeikh Muhammad Abdullah as Suhaimi berkata kepada Kiyai Syahid Iaitu pembantu kanannya. "Saya arahkan kamu pergi ke kampung Pilin dalam daerah Rembau Negeri Sembilan. Kamu menetap disana sehingga bertemu dengan anak muda bernama Muhammad. Kerana dari anak muda yang soleh itu akan lahir anak lelaki bernama Ashaari.
Sayidi Syeikh Muhammad Abdullah as Suhaimi tokoh yang berdepan langsung dengan penjajah British terus berjuang menyedarkan umat Islam tentang kepentingan iman. Dan menyedarkan bahawa usaha penjajah paling penting mencabut iman umat Islam. Beliau menyaksikan ada negara-negara umat Islam hampir 100 peratus menjadi kafir. Ada setengahnya 50 peratus dari umat Islam menjadi kafir. Cuma yang agak pelik bagi satu bangsa yang di sebelah Timur ini iaitu di Tanah Melayu. Di masa penjajah masuk ke negara-negara umat Islam lain dan mengkafirkan umat Islam di sana.
Di Tanah Melayu ini, waktu itulah orang-orang Melayu menerima Islam sebagai agama.Bahkan mereka dapat berjuang mempertahankan Islam daripada dirosakkan penjajah. Abuya sejak dari remaja lagi sudah dibajai oleh zikrullah secara bertariqat. Abuya Imam Ashaari At Tamimi sendiri dididik sejak kecil dalam keluarga yang mengamalkan tariqat. Ayahnya Muhammad dan bapa saudaranya Lebai Ibrahim adalah pengamal Tariqat.
Desa kelahiran Abuya, kampung Pilin, sebuah kampung kecil di Negeri Sembilan, merupakan lingkungan awal tariqat yang diamalkn Abuya, disitu bermukimnya seorang khalifah tariqat yang diwarisi oleh Abuya yang bernama Kiyai Syahid. Abuya Imam Ashaari At Tamimi mula mendapat ijazah tariqat sewaktu berumur 16 tahun. Beliau menerimanya daripada bapa saudaranya Lebai Ibrahim yang mendapat ijazah pula dari Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi, pengasas tariqat. Dengan zikir, maulid, tahlil tariqat itu Abuya mendidik dan mengubah jiwa manusia yang bersamanya.
Bilamana ada ulama rohani atau pemimpin rohani, umat Islam ambil mereka sebagai tempat rujuk dan mengambil panduan dari pemimpin rohani tersebut. Bila dia tunjukkan musuh Islam sama-sama kita hadapi mereka tersebut sebagai musuh. Kalau kita ditunjukkan kelompok umat Islam tersebut sebagai kawan seperjuangan, hendaklah kita jadikan kelompok tersebut sebagai seperjuangan. Kita pertahanankan sekiranya ada pihak yang cuba menghancurkannya.
Allah telah pandu umat Islam siapa musuh dan siapa sahabat bagi orang-orang Islam. Kejayaan umat Islam bukan disebabkan perjuangan yang lahir saja tetapi ada sebab-sebab yang batinnya. Kejayaan yang diperolehi oleh umat Islam bukan dinilai pada sebab-sebab yang dapat dilihat saja tetapi dinilai juga pada sebab-sebab yang tidak dapat dilihat. Begitulah kemenangan yang berlaku kepada umat Islam dari dahulu hingga sekarang.
Tak percaya.negeri sembilan melebihkan kaum perempuan.perlu diperiksa ajaran Dan mazhab Mana..lagipun putar belit maklumat.munafik kot
BalasPadambagaimana kami ingin bergabung?
BalasPadamAlhamdulillah.Penduduk kg pilin hidup dlm bergotong royong dan hubungan ukwah sgt rapat.Inn sha Allah mukim pilin sentiasa diberi rahmat dan hidayah dari Allah SWT selamanya..aamiin.terima kasih pejuang agama dan tariqat ..
BalasPadam