Langkau ke kandungan utama

MENGAPA TIDAK TONJOLKAN ULAMA KEBENARAN.

MENGAPA TIDAK TONJOLKAN ULAMA KEBENARAN.


Satu perkara yang nyata dalam penonjolan kebenaran Islam serta ulama-mama Islam oleh puak-puak Barat ini ialah, mereka tidak mahu memaparkan perjuangan dan pandangan yang dibawa oleh ulama-ulama seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Hambali, Imam Hanafi, Imam Nawawi dan lain-lainnya. Malah seorang ulama Islam yang begitu terkenal iaitu Imam Al Ghazali yang juga merupakan seorang ahli fikir, ahli tasawuf dan ahli dalam pelbagai bidang lain, tidak mahu mereka paparkan. Ini kerana pihak Barat takut untuk memaparkan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sebagaimana Tuhan ingatkan dalam Al Quran:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ  ﴿١٤٦﴾ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ  ﴿١٤٧﴾

146. Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). 147. Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (Al Baqarah 2:146-147).


Pemikiran ulama-ulama ini adalah berlandaskan Al Quran dan Sunnah.
Kalau fikiran ulama-ulama yang membawa pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini diketengahkan, ia akan memberi faedah besar kepada umat Islam, dan akan menambahkan lagi kekuatan aqidah umat Islam. Ini amat mereka khuatiri kerana kekuatan lahir umat Islam dari sudut mana sekalipun adalah bergantung kepada kekuatan aqidah mereka. 
Maksud firman Allah: "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."(Faatir 31:28).


Ini pada lahirnya membawa maksud bahawa,orang yang ada ilmu (ulama) akan merasa takut dengan Tuhan. Tetapi realitinya, kita lihat ini tidak berlaku. Walaupun lazimnya orang yang takut dengan Tuhan itu adalah dari kalangan ulama, tetapi tidak kurang juga orang yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai ulama yang takut mereka dengan Tuhan tidak ketara atau tidak kelihatan. Malahan ibadah, akhlak dan sifat-sifat mereka tidak banyak berbeza dengan orang awam atau orang biasa yang tidak berilmu. Mereka suka berbahas dan bermujadalah. Namun apa yang dibahaskan itu tidak dihayati dan diamalkan. Mereka terjebak dengan maksiat. Mereka juga terjebak dengan kemungkaran.


Sifat-sifat mazmumah mereka terserlah terutama sifat-sifat ego, riyak, hasad, megah, gila nama dan glamour dan sebagainya. Mereka ingin dipuji dan dikenang jasa mereka. Ini membuktikan bahawa takut mereka kepada ALLAH tidak ada atau kalau pun ada, ia sangat nipis.
Orang yang takut dengan Tuhan itu sepatutnya tidak terpikat dengan kehidupan dunia. Sepatutnya ulama itu berakhlak tinggi dan kuat menjaga syariat. Disebabkan realitinya tidak sama dengan maksud lahirnya para ulama itu dengan ayat diatas. Maka disini kita perlu cari kupasan dan maksud lahir ayat diatas.


Maka di sini kita perlu cari kupasan dan maksud sebenar istilah 'ulama' yang terkandung di dalam ayat tersebut. Dalam mencari kupasan ini kita perlu melihat kepada bentuk-bentuk ilmu yang ada dan ulama yang mempunyai ilmu yang macam mana yang dimaksudkan oleh ayat di atas. Di kalangan ulama, ada yang mempunyai ilmu biasa atau ilmu yang tersurat. Ada pula di kalangan mereka yang diberi Allah ilmu yang tersirat atau ilmu hikmah. Ini membawa kita kepada satu persoalan tentang ulama yang mempunyai ilmu yang macam mana yang benar-benar takut Tuhan.


Ilmu yang ada dikaitkan dengan Allah. Ilmu yang ada kaitan persiapan dengan akhirat. Sebagai bekalan untuk kehidupan di Akhirat. Atau ilmu yang tersirat. Kalau hendak dikatakan ulama yang takutkan Allah itu ialah sebarang ulama atau ulama yang biasa sahaja, maka fakta hidup, pengalaman dan apa yang dapat kita lihat berlaku dalam masyarakat sehari-hari dengan jelas menafikannya. Atau adakah ulama yang mendapat ilmu tersirat atau ilmu hikmah sahaja yang benar-benar takut dengan Tuhan. 


Ini mungkin satu pendekatan yang lebih logik, lebih rasional dan lebih mudah dapat diterima. Kalau kita amati betul-betul, kita akan dapati bahawa terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara ulama yang mempunyai ilmu biasa atau ilmu tersurat dengan ulama yang diberi ilmu yang tersirat atau ilmu hikmah. Ulama biasa hanya tahu Tuhan dengan ilmu dan akal. Mereka hanya tahu apa yang tersurat. Mereka percaya Tuhan dengan ilmu semata-mata. Justeru itu mereka tidak dapat rasa bertuhan. Takut dengan Allah itu tidak dapat mereka rasakan. Ahli hikmah pula ialah dari kalangan ulama yang  amilin iaitu ulama yang beramal dengan ilmu mereka. 


Inilah yang Yahudi dan Nasrani takuti. Kerana itu, mereka lebih suka menonjolkan pemikiran ahli-ahli fikir Islam yang membawa fahaman sendiri; fahaman yang direka oleh otak mereka dan bukan yang berlandaskan Al Quran dan Hadis. Ahli-ahli fikir Islam ini hendaklah kita awasi pandangan mereka. Kita tidak perlu menyebut nama-nama mereka kerana mungkin ada di kalangan kita yang begitu yakin dengan pandangan-pandangan yang mereka bawa. 


Oleh itu, hendaklah kita tolak pandangan muktazilah dan pandangan ahli-ahli fikir Islam yang mengatakan bahawa ALLAH dan alam ini lazim-melazimi. Kita tolak pandangan mereka yang mengatakan bahawa kerana adanya ALLAH, maka adanya alam ini, dan oleh kerana adanya alam ini maka wujudnya ALLAH SWT. Yahudi sangat mengenali ulama-ulama yang membawa kebenaran. 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman