PEMBUKAAN KOTA BABYLON OLEH SAHABAT NABI SAW.
Pembukaan Kota Babylon oleh Amru bin Al-As. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Babylon. Perjalanan ke Babylon oleh sahabat Nabi SAW iaitu Amru telah bergerak menuju ke “Balbis ” pada (15 Muharram 19 Hijriah -16 Januari620 Masihi). Maka Amru dan pasukannya telah mengepung kota tersebut selama sebulan sehingga membukanya setelah melalui pertempuran yang dahsyat dengan tentera Rom. Orang Islam yang telah syahid dengan bilangan yang besar manakala tentera Rom mengalami kerugian sebanyak 1000 orang termasuk panglima mereka yang bernama Atravon yang telah terkorban dalam peperangan tersebut .
Manakala 3000 tentera Rom telah ditawan. Amru bin Al-As bersama tentera Islam meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Ummu Danin. Amru meminta bantuan tentera tambahan. Tentera Rom bersegera menuju ke benteng Babylon untuk mengatur pertahanan dan hari berlaku peperangan antara 2 belah pihak yang mana tentera Rom mahu mengajak tentera Islam kepada peperangan yang panjang supaya bilangan tentera Islam yang mati syahid dalam pasukan Islam yang kecil ini bertambah . Maka Amru telah menghantar utusan kepada Umar supaya menghantar tentera tambahan 4000 orang .
Maka Khalifah Umar telah menghantar kepadanya 4 orang sahaja dengan surat yang berbunyi:Aku telah menghantarkan kepada kau 4000 orang setiap seorang daripadanya mewakili 1000 orang. Mereka adalah Zubair ibnu Al Awwam , Ubadah bin Somit, Maslamah bin Makhlad dan Miqdad bin Aswad.Mereka semua ini merupakan sahabat Nabi(s.a.w) yang terpilih. Zubair bin Awwam merupakan hawari(pengawal peribadi) Nabi SAW.
Manakala Miqdad bin Aswad merupakan jurucakap Nabi SAW. Begitu juga dengan Ubadah bin Somit merupakan salah seorang yang bertanggungjawab mengumpulkan AlQuran pada zaman Nabi SAW. Maslamah bin Makhlad pula merupakan seorang penghafaz Al-Quran. Empat orang sahabat tersebut telah sampai kepada Amru bin Al- As .Maka Amru Al As telah membuat langkah untuk membuka benteng Babylon .
Amru Al As telah membuat satu rancangan supaya tentera Rom berperang diluar benteng . Tentera Islam telah menyerang ke atas benteng tersebut kemudian tentera Islam berundur ke belakang yang mana terletaknya Ain Syams . Maka disinilah tentera Rom tamak hendak menghukum tentera Islam yang lari . Maka mereka pun keluar daripada benteng . Inilah yang dikehendakki oleh Amru . Maka Amru dan tenteranya pun berhenti daripada lari serta kembali menyerang tentera Rom . Ramai tentera Rom yang terkorban dan baki berundur ke benteng Babylon.
Pengepungan terhadap kota Babylon. Tentera Islam yang dipimpin oleh Amru terus menuju ke benteng Babylon dan mengepungnya selama sebulan .Tentera Islam telah mengepung dengan kepungan yang ketat . Muqauqis telah menghantar utusan kepada tentera Islam . Utusan tersebut telah ditahan selama 2 hari . Kemudian Amru telah menjawab surat Muqauqis dengan memberi pilihan sama ada mahu memeluk Islam atau bayar jizyah atau perang.
Sekembalinya utusan itu kepada Muqauqis , dia telah menceritakan kepada Muqauqis perihal tentera Islam .Dia berkata“Kami telah melihat kaum yang mencintai mati lebih daripada hidup dan mereka suka bersifat dengan sifat tawaddhu’ sesame mereka daripada meninggi diri , mereka tidak ada keinginan pada dunia dan mereka duduk atas tanah dan makanan mereka atas tunggangan mereka dan ketua mereka seperti salah seorang daripada mereka ”
Sementara taman tergantung Babylon dan Taj Mahal adalah simbul cinta murahan. Iaitu simbul percintaan diantara sesama makhluk.
Taman ini dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal pada tahun 600BC. Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani.
Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telah pun dijumpai. Babylon dan Nineveh kedua-dua tempat tersebut berada di Negara Iraq. Penulis sempat berkunjung ketempat-tempat tersebut.
Seterusnya saya ingin mengulas tentang sejarah pembinaanya.Hal ini sama dengan kisah pembinaan Taj Mahal yang berdasarkan cinta murahan. Pembinaan Taman Tergantung Babylon juga berdasarkan percintaan, Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindu akan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih.
Oleh sebab itu, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman. Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul “tergantung” seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya “tergantung” tetapi “anjung,” seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.
Para Sejarawan Yunan, Diodorus Siculus menggambarkan taman ini ialah lebar taman sepanjang 400 kaki,panjang taman iaitu 400 kaki dan tinggi taman pula 80 kaki.Taman ini juga beralaskan batu bata yang ditutupi simen dan seramik yang berfungsi menghalang kemasukan air ke dasar tanah yang akan memungkinkan kerosakan terhadap asas taman tersebut. Di taman tersebut menyimpan pelbagai pokok menjadikannya satu keunikan ketika itu.
Taman ini juga di tanam dengan pelbagai pohon-pohon yang sama jenisnya bersaiz besar dan yang menariknya air pula dinaikkan ke taman ini dengan banyaknya dari sungai. Para sejarawan, Herodotus pula mengungkapkan taman ini terletak di dalam istana yang berlapiskan emas dan panjangnya mencapai batu.Taman ini sangat lebar sehingga memungkinkan kereta yang ditarik oleh 4 ekor kuda yang boleh berputar balik.
Terdapat kuil-kuil pemujaan yang dihuni oleh patung dewa yang diperbuat dari emas. Tamannya bertingkat-tingkat, lebih tinggi dari bangunan lain yang ada di kota Babylon sehingga menimbulkan ilusi ‟ tergantung di udara”. Manakala, ahli geografi Yunani, Strabo memperihalkan taman ini seperti Taman ini berbentuk segi empat sama "quadrangular" dan mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Bukit buatan ini subur menghijau memberi satu kelainan berbanding keadaan persekitarannya yang tandus.
Kedatangan Sahabat Nabi SAW merubah Babylon menjadi Negara Islam. Iaitu Amru bin Al-As datang berjuang di Babylon. Kira-kira 2/3 daripada sahabat Rasulullah SAW dimaqamkan di luar Semenanjung Tanah Arab. Ertinya mereka meninggalkan rumahtangga dan kaum kerabat untuk dakwah dan memperjuangkan agama Allah di tempat-tempat lain, hingga akhirnya mereka berkubur di merata tempat. Islamnya orang-orang Cina di Negeri China adalah kerana perjuangan Saad Abi Waqas, Qutaibah bin Muslim, dan Abdullah Al Bahili. Dalam mengerjakan sembahyang, mereka tidak mengharap apa-apa selain untuk berbakti kepada ALLAH.
Begitu juga dalam berjuang mereka tidak mengharap kepentingan apa-apa melainkan untuk berkhidmat kepada Allah Ta’ala.Mereka berjuang sepanjang masa tanpa cuti, bukan secara sambilan. Mereka mencari keredhaan Allah Ta’ala dengan memperjuangkan agama Allah Ta’ala dalam bentuk dakwah dan langsung ke medan perang. Sasaran perjuangan ialah manusia, agar seluruh manusia di dunia menyembah Allah Ta’ala dan mengikut syari’at Islam. Kerana itu mereka tidak sayang untuk korbankan diri, masa, harta benda dan kaum keluarga serta kampung halaman.
Ulasan
Catat Ulasan