KEBANGKITAN ISLAM DI TIMUR UNIK.
Detik Timur menjadi tapak kebangkitan Islam kali kedua kelahirannya pun sudah diisyaratkan. Bahawa Timur bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ulama rohani. Ketika ulama rohani, tepat sedang membaca Al Quran pada ayat yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1) mereka menitiskan air mata terharu. Para Salafussoleh telah meneroka lebih awal lagi ke bumi Timur ini untuk membenarkan kata-kata Rasulullah SAW tentang kebangkitan Timur.
Jika diteliti sejarah umat Melayu Islam sejak dahulu sehinggalah sekarang, kita akan dapati bahawa terdapat pertalian hubungan yang sangat kuat di antara Islam dan bangsa Melayu sehinggakan Melayu bukan sahaja dianggap sebagai keturunan tetapi juga sebagai sebuah identiti di dalam Perlembagaan Negara. Pada takrifan Melayu di dalam Perlembagaan Negara Malaysia, bangsa Melayu adalah mereka yang menjadikan Islam sebagai agama yang dianuti, bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan serta mereka yang mengamalkan adat resam dan budaya Melayu di dalam kehidupan seharian.
Pendakwah-pendakwah dari Timur Tengah dan Gujurat datang ke Timur mengembangkan Islam. Hinggalah kebangkitan Islam menjadi kenyataan di era sekarang. Mereka terus mendidik dan mengajar ilmu agama kepada masyarakat setempat. Terutamanya mereka berpesan-pesan tentang kebangkitan Islam sekali lagi di Timur. Mereka yang datang adalah tokoh-tokoh yang hebat. Sifat mereka tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat sesuatu keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri yang luar biasa. Kemampuan mereka dalam bidang dakwah sangat menonjol.
Mereka begitu menitik beratkan tarbiah kepada masyarakat. Hati masyarakat timur telah ditempa dengan jiwa agama dan kemahiran dakwah. Dari Istana hinggalah rakyat jelata mendapat sentuhan dakwah. Jiwa mujahid dan abid berpadu sekali. Masyarakat Melayu sudah dibentuk dengan lembut dan hikmah. Maka akhirnya membentuk watak dan sifat orang Melayu begitu ketara lembut dan bertolak ansur. Ertinya pendekatan jihad di bumi Timur dengan dakwah yang lembut dan dakwah dengan sikap. Berbeza dengan kedatangan dakwah di Timur Tengah dengan pedang.
Inilah merupakan pejuang-pejuang yang malamnya bagai rahib merintih pada ALLAH dan sangat kuat beribadah manakala siangnya bagaikan singa-kuat berjuang dan berdakwah. Dengan tujuan mendidik masyarakat tempatan. Di bumi Timur kumpulan-kumpulan zikir dan tariqat subur bagaikn cendawan tumbuh. Adanya tariqat Qadariah, tariqat Naqsyabandiyah dan lain-lain lagi.
Mereka sudah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Sebab itu mereka kekalkan pendekatan lembut dalam menyampaikan dakwah Islam. Gerakan Dakwah diteruskan oleh Abuya merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Abuya Imam Ashaari. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul.
Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya; telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya "Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.
( Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).
Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur.Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang
sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau
menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
Sebagai buah fikiran orang Timur yang praktikal, mereka telah menggariskan strategi-strategi yang berkesan untuk memandu Barat ke jalan keselamatan. Inilah mesej penting dari Timur itu dengan mengetengahkan Islam sebagai satu satunya penyelamat. Barat yang sedang mengalami kekosongan ideologi, mahu tak mahu terpaksa akur pada seruan ini: Aslim taslam : Islamlah, nescaya kamu akan selamat! Inilah perang fikiran dan perang sikap (lisanul hal) yang sangat seni kerana sasarannya adalah hati dan fikiran. Tidak ada kerosakan fizikal yang berlaku, namun ini yang lebih ditakuti oleh Barat. Bukan rahsia lagi bahawa Barat kini sedang dihantui oleh bayang-bayang ‘Kebangkitan Islam kali kedua' yang mereka telah kenal pasti akan muncul di Timur.
Kepimpinan Islam dari timur telah menggariskan strategi-strategi yang berkesan untuk memandu Barat ke jalan keselamatan. Inilah mesej penting penulis buku dari timur itu dengan mengetengahkan Islam sebagai satusatunya penyelamat. Barat yang sedang mengalami kekosongan ideologi, mahu tak mahu terpaksa akur pada seruan ini: Aslim taslam : Islamlah, nescaya kamu akan selamat! Segala pergolakan di Barat bahkan di seluruh dunia, samada positif mahupun negatif, semuanya membawa petanda bahawa kebatilan kian musnah, kebenaran kian terserlah. Ini juga menandakan dunia sedang diproses menuju ke satu arah: Kegemilangan Islam kali kedua yang dijanjikan hadis2….Manusia sejagat menunggu satu Dunia Baru yang akan menandakan kemenangan mutlak bagi kebenaraan dan tumpasnya kebatilan.
Ulasan
Catat Ulasan