BINA JATI DIRI DENGAN AQIDAH ISLAM.
Sejak kewafatan Rasulullah SAW hingga ke saat ini telah lahir dan berkembang di tengah-tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran aqidah dan pegangan serta pecahan-pecahannya. Sehingga kalau dihitung-hitung aliran-aliran aqidah itu, akan terjumlahlah ia kepada 73 pecahan yang kesemuanya terkeluar daripada aqidah yang sebenar, kecuali satu - Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini menepati maksud Hadis: "Sesungguhnya akan berpecah-belah umatku menjadi 73 puak. Maka yang satu puak di Syurga dan yang 72 puak di Neraka."
Beruntunglah kita kalau selama ini berpegang kepada aqidah yang sah. Namun semata-mata mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menjamin kita terselamat daripada terperangkap dengan aqidah yang sesat.
Malah, hari ini ramai di kalangan umat Islam yang terjebak ke dalam perangkap qadariah, jabariah, mujassimah, muktazilah, dan lain-lain aqidah yang sesat. Terperangkapnya kebanyakan mereka ke dalam aqidah-aqidah yang sesat itu biasanya secara tidak sedar disebabkan kejahilan, iaitu dalam pada mereka mengak berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu tidak kurang pula di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang secara sedar menukar aqidah mereka kepada aqidah syiah, wahabi dan sebagainya semata-ata kerana melihatkan golongan yang berpegang kepada aqidah-aqidah itu telah berpengaruh dalam masyarakat, malah sesetengahnya telah menerajui negara.
Justeru itu, Abuya Imam Ashaari at Tamimi menulis buku (dalam tiga jilid) untuk memandu pembaca menyuluh kembali aqidah dan pegangan mereka agar benar-benar selari dan tepat dengan aqidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Ia menghuraikan dengan jelas, berdasarkan hujah-hujah aqliah dan naqliah, ciri-ciri aqidah yang sebenar dan kesesatan aqidah-aqidah selainnya. Gaya penyampaiannya yang mudah dan menyentuh.
Perbahasan Aqidah biasanya berat. Kita yang mengikuti kuliah yang Abuya sampaikan dalam pengajiannya berserta contoh-contoh semasa yang dipaparkan, menjadikan kuliahnya yang telah dibukukan istimewa berbanding dengan mana-mana buku lain yang menyentuh persoalan aqidah (tauhid). Ia akan membuatkan pembaca berasa ringan dalam menghayati satu persoalan yang mana penting dalam kehidupan seorang Mukmin. Dan akhirnya ia akan membawa kita (insya Allah) kepada satu keyakinan yang kental bahawa aqidah dan pegangan mereka adalah sebenar-benar. Itulah yang dinamakan pegangan Ahli Sunnah Wal jamaah.
Rasa bertuhan adalah fitrah, tetapi pengenalan mengenainya bukanlah melalui khayalan atau gambaran sepertimana yang dibuat oleh orang-orang kafir. Dan tidaklah benar kalau ada orang mengatakan yang dia tidak percaya kepada Tuhan kerana mungkin dia membenci agama. Dia benci kepada agama Islam kerana ada orang Islam yang jahat dan khianat; dia benci kepada agama kristian kerana kristian juga menipu dan mengkhianat. Dia juga membenci agama-agama lain, tetapi yang sebenarnya, hatinya tetap mengakui adanya Tuhan.
Buktinya, sekiranya dia ditimpa sesuatu penyakit yang sukar diubati hingga sudah habis usaha ikhtiarnya, dia akan mengeluh, “Kalaulah ada suatu kuasa yang menolong aku . ..” Keluhan itu menunjukkan dia percaya adanya suatu ‘kuasa’ yang ghaib. Itulah rasa ketuhanan. Abuya Imam Ashaari Muhammad at Tamimi buat kuliah dalam pengajiannya kepada kita.
Maksud firman ALLAH SWT:
Terjemahannya: "Kami datangkan bagi setiap sesuatu dengan adanya sebab." (Al Kahfi 18: 84).
Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sebenarnya, walaupun adanya alam ini, adanya makhluk dan adanya segala yang baharu ini kerana ada sebab-sebabnya, tetapi sebab-sebab kejadian itu bukanlah yang membawa kepada akibat. Atau dalam perkataan lain, walaupun ada sebab-sebabnya tetapi sebab-sebab itu tidak boleh memberi bekas. Bukan sebab itu yang memberi bekas tetapi yang memberi bekas atau yang mendatangkan akibat adalah ALLAH SWT. Inilah fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kalau ada orang yang berusaha, bekerja dan berjuang bertungkus untuk mengejar dunia, untuk mendapatkan harta benda, kekayaan, glammour, nama dan pujian, pangkat, gelaran, darjah kebesaran, kuasa, perempuan dan sebagainya tanpa mempedulikan nasib mereka di Akhirat, maka jelas mereka itu rugi dan tertipu. Namun begitu kalau ada orang yang berusaha, bekerja dan berjuang bertungkus-lumus untuk mengejar Akhirat iaitu untuk mendapatkan Syurga, dengan melakukan berbagai-bagai ibadah sebanyak-banyak nya dan dengan mencari dan mengejar fadhilat, dengan tujuan untuk mengumpulkan sebanyak-banyak pahala maka dikuatiri mereka juga rugi dan tertipu.
Ulasan
Catat Ulasan