Langkau ke kandungan utama

RUMAH TERBUKA HARI RAYA SUBURKAN UKHUWWAH.

RUMAH TERBUKA HARI RAYA SUBURKAN UKHUWWAH.

(Rumah terbuka Maktab tentera di Raja 21/Julai/2017).

(Perjumpaan keluarga sempena aidulfitri 2017).

Tradisi mengadakan rumah terbuka dan berkunjungan makin rancak dan ada saja undangan ke rumah terbuka. Begitulah unik dan indahnya masyarakat Islam, khususnya di negara ini yang menjadikan budaya berkunjungan dan rumah terbuka sebagai satu tradisi sekali gus mencerminkan keindahan dalam Islam. Islam menganjurkan umatnya menjalinkan hubungan silaturahim kerana melaluinya akan mewujudkan kesepakatan dan perpaduan.


Mereka yang mengunjungi saudaranya ikhlas kerana Allah, akan disukai dan dicintai-Nya, sebagaimana ditegaskan Rasulullah s.a.w melalui sabdanya bermaksud:"Ada seseorang yang berziarah ke tempat saudaranya kerana seagama (bolehlah dianggap saudara) dalam suatu kampung, lalu Allah mengutus malaikat untuk mendatangi jalan yang dilalui. Setelah bertemu, lalu mailaikat bertanya, "Ke mana saudara akan pergi?" Jawabnya: "Hendak ke tempat saudara saya di dalam kampung ini. 


Malaikat bertanya: "Apakah kedatangan saudara itu kerana ada sesuatu kenikmatan daripadanya yang akan saudara dapatkan?" Jawabnya: "Tidak, saya datang semata-mata kerana saya mencintainya untuk mengharapkan keredaan Allah." Kemudian malaikat itu berkata lagi: "Ketahuilah sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menemui saudara dan untuk mengatakan) bahawa Allah mencintai saudara sebagaimana saudara mencintai orang itu." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad daripada Abu Hurairah r.a)


Cukuplah dalam satu hari sahaja, ujian Allah serta percaturan taqdir-Nya datang bersilih ganti mengena batang tubuh manusia. Tidak dapat tidak, antara susah dan senang, antara suka dan duka, lapang dan sempit, antara gembira dan sedih, antara pahit dan manis, antara sakit dan sihat, serta miskin dan kaya. Ini akan Tuhan pergilir-gilirkan dalam kehidupan seharian manusia. Hidup ibarat putaran roda. Tidak selamanya di atas dan tidak selamanya di bawah.


Perhatikanlah bahawa satu-satu ujian (keadaan) yang menimpa manusia itu tidak akan kekal lama melainkan akan bertandang pula satu situasi lain yang akan menggantikannya dan begitulah seterusnya rutin ‘ kehidupan duniawi’ yang bakal dilalui dan disaksikan manusia. Bahkan inilah juga yang dinamakan warna warni, asam garam dan rencah kehidupan.


Firman Allah SWT: “Dan demikian itulah keadaan hari-hari, kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim." Surah Ali Imran: 140


Tahukah kita bahawa keperluan manusia kepada ujian dan dugaan adalah sama perlunya dengan keperluannya kepada nikmat kesenangan, kelapangan dan kegembiraan? Pelik bunyinya kan?
Ya, memang benar. Tanpa ujian sakit, manusia tidak akan menghargai dan mensyukuri nikmat kesihatan. Tanpa dugaan kesibukan dan kesempitan, manusia tidak akan menghargai nikmat kelapangan waktu. Tanpa ujian kesusahan dan penderitaan, sampai bila pun manusia tidak akan pandai mensyukuri nikmat kesenangan. 


Ketika nama kita tidak tercalar dan tercemar tidak terasa itu satu nikmat. Tetapi di atas kecuaian dan ambil mudah, rasa selesa akhirnya nama terpalit disinaraikan dalam sinarai perhatian polis kerana cuai jalankan satu-satu amanah seperti ambil ringan membayar sewa rumah atau seumpamnya. "Apabila dapat surat saman baru terkejut selama ini ambil mudah dan mudah berlepas tangan" Menerima hakikat bahawa dirinya makhluk yang dicipta Allah untuk diuji di alam dunia yang penuh dugaan dan rintangan. Sungguh, manusia tidak akan berupaya menghargai ‘nilai’ sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah, melainkan setelah nikmat tersebut hilang, bertukar tangan atau pun diambil orang. 


Tidak kira samada bertamu musim suka maupun bertandang musim duka, seseorang hamba itu hendaklah peka, berusaha dan bersungguh-sungguh mengutip ‘mutiara-mutiara’ hikmah yang hadir bersama di dalam putaran masa, kitaran zaman dan pusingan perstiwa. Dengan cara dan sikap yang sedemikian, pasti ia akan memperolehi banyak kelebihan, manfaat dan faedah melalui persinggahannya di dunia nan sementara ini. Keperluan kepada ujian itu adalah bertujuan menguji sejauh mana kualiti Iman seseorang hamba. 


Macamlah bola yang mau dikeluarkan oleh sesebuah kilang, setelah dijahit dan dimasukkan angin, akan dicuba dahulu. Disepak, diteranjang, dihempap, dilambung, dan diapa-apakan hingga terbukti kekuatannya. Yang terbaik tentulah harganya mahal dan dijual ditempat-tempat yang ekslusif dan istimewa. Sesuailah mengikut mustawa atau darjat setelah mencapai tahap ISO yang dimahukan.
Begitulah manusia, ujian yang menjadikan seseorang itu berada di tahap Iman mereka. 


Bagaimana kita mahu melihat tahap Iman seseorang, lihat setelah diuji. Nak tahu sabar tak sabar seseorang itu, lihat penerimaanya ketika diuji. Nak tengok dia qanaah atau tidak, bersyukur atau tidak, pandai berterima kasih atau tidak, mampu redho atau tak, tengok ketika sedang diuji. Dalam persediaan seseorang memasuki universiti, tidak semudah yang difikirkan. Dari sekolah rendah lagi sudah menduduki peperiksaan dan ujian. Dalam nak menentukan untuk masuk ke sekolah berasrama penuh pun bukan sembarangan yang dipilih. Ujian dan peperiksaan bertahap-tahap. Ujian dan peperiksaan adalah semakin sukar mengikut tahap dan peringkat.


Setelah terbukti di sekolah rendah, kena masuk sekolah menengah. Sesudah itu perlu lulus SPM. Kalau nak masuk ke kolej atau universiti, tak boleh sekadar keputusan cukup makan. Bahkan ketika di universiti ujian adalah semakin besar dan berat. Nak dapat phd, kena tempuh BA dan Master. Bukan sehari dua bahkan bertahun-tahun. Nak ambik peperiksaan bukan free, semua itu berbayar. Bukan seringgit dua nak masuk universiti, yuran beribu-ribu. Dalam ramai yang memasukinya pun tak ramai yang berjaya. Di kalangan yang berjaya pun tak semua sama level-nya. Begitulah dalam nak menentukan tahap seseorang kat dunia pun bertahap-tahap ujiannya.


Sudah tentu dalam nak melahirkan hati-hati yang selamat di dunia lebih-lebih lagi di akhirat, sudah tentu tak sama. Ujian di dunia perlu dilepasi, kerana nasib di akhirat adalah kekal selama-lamanya. Kalau di dunia, tak lulus ujian boleh diulangi. Tapi kalau dah sampai di akhirat nanti dah tak boleh patah balik. Menyesal tak sudah, kekal selamanya dalam Neraka. Wal'iyazubillah! Kita dipromosikan dengan Sekolah Roh, diperkenalkan dengan istilah Madrasah Roh atau Universiti Roh. Atau kita biasa gunakan istilah Universiti Kehidupan. Inilah yang sedang kita lalui. Para Sahabat pun melalui ujian demi ujian dalam nak menentukan tahap Iman mereka kepada Allah dan Rasul.


Berguru terus dengan baginda Nabi S.A.W., ujian juga sangat besar dan lebih berat bersesuaianlah dengan hebatnya guru mereka. Diuji dengan tahap Iman mereka, layaklah mereka digelar sahabat. Nyawa mereka serahkan, bukan setakat duit dan tenaga! Kita baru sedikit wang yang diberikan, kemudian bila diuji kita nak claim pula. Awal masuk sekolah dah bayar yuran, tapi bila masuk dewan peperiksaan kita minta balik duit yuran tu. Kalau dunia lihat pun pelik rupanya.


Bila sedang melalui ujian ini, barulah kita tahu tahap Iman kita berada di tahap mana. Kita sangka kita wali, sedangkan kita ahli neraka. Kita sangka kita dah berkasih sayang, rupa-rupanya kita yang memutuskan silaturrahim. Kita sangka kita betul, sebenarnya kitalah yang salah. Sikap-sikap kita yang tak sabar dalam menghadapi ujian menyebabkan kita terkantoi di dunia. Itu belum di akhirat. Betapalah kalau belum diuji lagi dah lari. Ini kita nak kata apa pada mereka. Kalau ibarat masuk sekolah, seminggu nak periksa dah hilang. Bagi seribu alasan. Mak sakitlah, nak ziarah datuk atau neneklah, sepupu eksiden, cikgu tersilap beri soalanlah, dan bermacam-macam seribu alasan lagi yang diberi demi mengelakkan masuk dewan peperiksaan.


Marilah kita sama-sama koreksi diri kita. Hidup kita saling memerlukan satu sama lain. Dalam nak membaiki diri pun sangatlah memerlukan satu sama lain. Kawan-kawan kita adalah cermin diri kita. Bahkan Nabi pun berpesan, Iman kita tak sempurna kalau tak mengasihi sesama satu sama lain. Itu sangat menunjukkan betapa kita saling memerlukan. Sebab itulah kita diminta mengambil berkat satu sama lain. Kawan kita nak selamat perlukan kita, kita nak selamat perlukan mereka. Inilah salinan hidup sahabat, saling memerlukan satu sama lain dalam menyelamatkan Iman manusia.


Orang-orang yang hidupnya berkat, tidak akan berlaku pertentangan sesama mereka kerana masing-masing melalui jalan yang satu, sama arahnya menuju kepada keredhaan Allah. Dalam perjalanan itu setiap orang akan berusaha mencari keperluannya iaitu apa jua mata benda dunia untuk dikorbankan demi mencapai matlamat hidupnya. Contoh wang ringgit, ilmu, pengalaman, jawatan, harta, negara dan lain-lain. Masing-masing akan menggunakan perkara itu sebagai alat untuk menegakkan hukum Allah. Sudah menjadi Sunnatullah bahawa hidup ini sarat dengan ujian. Padat dengan cubaan. Ujian-ujian itu datang bersilih ganti dalam rupa, saiz, skala, warna dan jenis yang pelbagai. 
Manusia tiada pilihan melainkan menerima dan mendepani hakikat ini. 


         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman