Langkau ke kandungan utama

PEJUANG YANG DI MURKAI TUHAN.

PEJUANG YANG DI MURKAI TUHAN.


Pada hari ini ramai manusia yang pandai. Kerana peluang belajar pada hari ini terlalu banyak. Kalau otak lembab masih ada jalan keluar iaitu kelas-kelas tusyen merata tempat. Ada orang yang Tuhan beri dia kemampuan berfikir kerana Tuhan anugerahkan akal fikiran yang cerdik. Walaupun ada perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka tidak mahu menggabungkan diri. Kerana tidak mahu bersusah payah atau tidak mahu menerima atau menanggung risikonya. Golongan ini dimurkai Allah SWT. Umumnya bangsa lain melihat orang Melayu berwatak begini.


Golongan umat Islam yang merasa sudah selesa dengan keadaan yang ada. Berpuas hati menjadi masyarakat subsidi. Kalau diajak berjuang pun tidak bersungguh-sunguh. Buat hanya lepaskan batuk ditangga sahaja. Golongan ini dimana pun dia berada, ada atau tidak sama sahaja. Untuk menghabiskan masa dengan ibadah pun tidak. Usaha untuk memajukan diri juga tidak nampak. Serious membaiki diri pun tidak berlaku. Ramai manusia begini dalam masyarakat. Akalnya berlian tetapi jiwanya mati bagaikan batu kerikil. Batu yang tidak berharga ada bersepah dimana-mana ditepi jalan.


Bangsa yang tidur, tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya.
Lebih suka hanya hidup dengan sabsidi daripada berusaha atau berjuang untuk memajukan negara sendiri. Golongan masyarakat ini perlu ditanamkan cita-cita Islam. Golongan ini perlu diberikan kesedaran untuk persiapan bertemu dengan Tuhan. Perlukan kesedaran bahawa persiapan untuk menuju Akhirat perlukan persiapan dengan amalan semasa hidup didunia ini. Di dunia tempat bercucuk tanam sedangkan di akhirat nanti adalah tempat kita mengutip hasilnya.


Sebagai seorang Islam kita seharusnya bijak melayarkan bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Hadith. Dalam menuju ke destinasi akhirat maka hendaklah kita mencari dan mengumpul seberapa banyak bekalan  pahala kebajikan dan kebaikan semasa hidup di dunia. Ingatlah sebagaimana pesan Nabi kita dalam hadithnya yang bermaksud: “Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti.” Dan “Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya. ”
 .

Sering Abuya menegaskan kepada kita, Islam seharusnya menjadi matlamat bukan alat. Peringatan ini sering disampaikan di dalam dewan kuliah atau ketika berekspedisi bersamanya. Segala amalan kita di dunia ini akan dibentangkan di akhirat, tidak terkecuali walaupun ianya sekecil zarah. Pada ketika itu kita akan melihat segala amalan semasa hidup ini dalam suratan amal, ada yang berpahala, ada juga yang berdosa. Mereka yang berdosa itu akan merasa takut dengan keadaan sedemikian. Tugas pemimpin untuk mengingatkan dan memandu kita sudah dilaksanakan, soal merubah pemikiran dan hati itu adalah urusan dan hak Allah. 


Manusia hanya ditugaskan menyampaikan. Hidayah hak Allah SWT. Ini mengingatkan kita kepada teguran Tuhan kepada Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah kepada bapa saudara Baginda. Bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib yang sangat banyak membantu di awal perjuangan Nabi Muhammad SAW namun tetap tidak memeluk agama Islam. Baginda yang begitu sedih dengan kematian bapa saudaranya, sehingga Allah mengingatkan Baginda SAW, "Tidaklah engkau (wahai Muhammad) hanyalah menyampaikannya sahaja." Jadikan keluarga atau rumah tangga sebagai wadah perjuangan. Kerana rumah tangga atau keluarga  adalah wadah perjuangan yang paling kecil. 


Keluarga adalah wadah kecil perjuangan, kerana ia adalah permulaan perjuangan, namun ia akan membesar dan menjadi contoh ikutan. Sesebuah keluarga yang besar pun menjadi kebanggaan, sehingga ada perhimpunan atas nama keluarga besar seseorang, begitu juga di Jazirah Arab, keluarga atau disebut sebagai Bani atau Kabilah adalah satu kekuatan terbesar bangsa tersebut. Malah sehingga kini, di negara-negara Arab setiap keputusan mestilah dipersetujui oleh ketua-ketua Kabilah atau Bani ini, yang kita panggil sebagai ketua keluarga. Begitu sekali pengaruhnya.


Kita dahulukan hak Allah. Ertinya kita tegakkan hukum hakam Allah dalam rumah tangga kita. Jamaah bani atau rumah tangga kita menjadi alat untuk menegakkan agama. Islam ditegakkan dalam keluarga kita, bukan Islam diperalatkan untuk dunia. Kita perjuangkan Islam, dunia datang kepada kita. Kita jadikan dunia sebagai matlamat, kita kehilangan keluarga. Kerana watak dunia memisahkan dan memecah-belahkan. Mengejar kebahagian rumahtangga itu hanya alat. Yang menjadi matlamat atau tujuan ialah menegakkan hukum dan syariat Allah dalam sistem rumahtangga. 


Bila hukum Tuhan telah dapat dilaksanakan dalam keluarga itu sudah dianggap berjaya. Letaknya kejayaan bukan pada kepuasan seseorang, tetapi sejauhmana kita berjaya menegakkan hukum Allah dalam rumahtangga dan kehidupan. Berkat kebangkitan Islam, kita dimudahkan untuk bangunkan keluarga Islam, produk-produk Islam dan aktiviti acara Islam mendapat tempat. Matlamat hanya ada satu, tetapi jalan untuk mencapainya banyak. Bangsa yang bijak tidak akan meletakkan hanya satu jalan untuk menuju matlamatnya. Contoh, berdakwah dengan mendekati masyarakat melalui pelbagai cara; dari media arus perdana hingga media sosial, mencipta dan memberi peluang perkhidmatan sesama umat Islam, melalui hiburan dan fesyen bersyariat Islam, sehingga dengan dakwah paling lemah iaitu dengan memberi salam. 


Maksud hadis:
"Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang, mahu Aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang apabila kamu lakukan kamu dapat saling berkasih sayang? (Itulah) Sebarkan salam dalam kalangan kamu."
(Riwayat Muslim).


Golongan yang bersungguh-sungguh berjuang serta faham apa yang mereka perjuangkan. Cuma lemah mujahadah melawan nafsu. Membiarkan diri dikuasai hawa nafsu. Perjuangan Islam hanya diwariskan bukan cita-cita yang punya diri. Dalam gigih berjuang itu, maksiat dibuat juga. Biasanya buat yang tidak disedari, iaitu merasa diri sudah baik. Ertinya  dia buat maksiat batin. Di dalam ada cita-cita Islam, terlibat juga dengan dosa. Ini terserahlah kepada Allah Taala, terpulanglah kepada Allah. Dia mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan mengazab sesiapa yang Dia kehendaki. 


Atau jika kebaikan yang mereka lakukan lebih banyak daripada kejahatan, maka beratlah amalan kebaikannya maka mereka tergolong dalam ashabul yamin. Kalau ada orang mengajak kita kepada Tuhan, yang mengajak kita mengenali Tuhan, yang mengajak kita untuk merasakan bahawa diri kita ini hamba, yang mengajar kita untuk supaya takut dan cinta kepada Tuhan, maka inilah jalan kebenaran iaitu jalan yang ditunjukkan oleh para rasul. Kedudukan seorang hamba di sisi Allah bukan diukur kepada berapa banyak beribadah dan fadhilat-fadhilat yang diamalkannya tetapi kepada apa yang ada di dalam hatinya, iaitu keimanan, keyakinannya dan ketaqwaannya. Kepada kebersihan hati dan jiwanya. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman