Langkau ke kandungan utama

SYURGA SEBELUM SYURGA.

SYURGA SEBELUM SYURGA .


Intitusi rumahtangga gambaran masyarakat yang ada. Rumahtangga adalah penentu dan penyumbang utama  kepada corak masyarakat.
"Engkau jadikanlah rumahtangga syurga sebelum syurga" inilah doa yang Abuya ajarkan kepada kita tentang rumah tangga yang menjadi idaman setiap orang. Rumahtangga inilah yang pernah wujud pada kebangkitan Islam pertama. Kita menaruh harapan perkara tersebut akan berlaku sekali lagi di era kebangkitan Islam sekali lagi.


Rumahtangga yang haru biru melahirkan masyarakat yang sakit dan kronik. Masyarakat yang punah ranah dapat dilihat di-sana sini. Dunia terus di-landa pergolakan. Manusia pada hari ini hidup dalam keresahan dan kebimbangan. Sama ada umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan berbual-bual tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini. 


Pergolakan perasaan tersebut melanda kehidupan manusia. Ianya tidak mengira bangsa dan agama. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada. Siapakah yang cetuskan perasan-perasaan tersebut? 


Tuhan mainkan hati manusia hingga perasaan-perasaan tersebut merindukan dan inginkan sistem baru. Sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia. Dunia memerlukan kepimpinan yang dapat mengisi jiwa atau roh manusia. Pemimpin yang ditunggu-tunggu oleh dunia ialah yang 
Tuhan berikan kekuatan rohaniah kepada kepimpinan orang roh untuk mengesan kegelisan hati-hati manusia. Keupayaan roh tersebut membantunya dapat melakukan satu pembaharuan yang diperlukan oleh manusia. Pemimpin yang menggabungkan pendekatan sufi dan teknologi. Hasilnya lahirlah masyarakat Islam yang membangun dan dapat mengekalkan rasa kehambaannya. 


Pejuang yang dapat kekalkan hatinya rasa kehambaan kepada Allah, dalam masa yang sama di tangannya berlaku kemajuan meterial yang menjadi keperluan manusia. Kata-kata lain, "berjiwa sufi dan berteknologi" atau sebagai "Khalifah yang kekal rasa hamba. Orang roh yang berperanan dalam dunia koperat. Orang roh peneraju dalam pelbagai bidang tetapi tetap mengekalkan jiwa hamba. Orang roh perkenalkan ajaran sufi yang tidak mengasingkan diri dari masyarakat, kemajuan dan kemodenan. Orang roh boleh jadi pemimpin yang berjaya. Orang roh boleh jadi ahli ekonomi, pakar teknologi atau apa sahaja tugas dalam masyarakat. Mereka orang sentiasa terhubung hati dengan Tuhan. Bahkan hatinya sangat sensitif dengan Tuhan.

Firman Allah:

ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَٱلصَّٰبِرِينَ عَلَىٰ مَآ أَصَابَهُمْ وَٱلْمُقِيمِى ٱلصَّلَوٰةِ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ.
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (Al Hajj (22:35).

Sebenarnya, perasaan itu adalah rahmat dari Tuhan untuk memudahkan orang Tuhan berjuang. Untuk menyedarkan manusia menuju ke arah perjuangan yang membawa kasih sayang dan keamanan. Kalau Tuhan tidak melakukan perubahan-perubahan perasaan itu maka sangat sulitlah bagi kita untuk berjuang hari ini. Terjadinya perubahan-perubahan perasaan dalam diri-diri manusia di dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang pernah berlaku di zaman-zaman di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali apabila rasul-rasul hendak datang maka manusia mengalami peurbahan-perubahan perasaan itu. Lebih-lebih lagi di zaman Rasulullah SAW.

Pada kebangkitan Islam kali kedua ini, perkara yang sama Tuhan lakukan kepada perubahan-perubahan perasaan dalam diri-diri manusia di dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang pernah berlaku di zaman-zaman di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah. Perkara tersebut juga termasuk contoh sunnatullah. Apa yang kita telah diberitahu oleh abuya bahawa kebangkitan kedua akan mengulangi kebangkitan pertama. Apa yang diulangi bukan sahaja bersifat lahiriah tetapi apa yang diulangi juga ada yang bersifat rohiah atau maknawiah.

Sebelum datang kepimpinan ummah, hati-hati manusia seperti sudah meminta kedatangan penyelamat dunia sejagat. Begitulah watak manusia menunggu di waktu zaman kedatangan pemimpin yang ditunjuk Allah. Rupanya watak itu berulang di dunia ini sekarang. Sebab itu orang yang tidak masuk Islam pun apabila mereka mendengar kebenaran merasa senang hati. Apabila mereka lihat satu kelompok yang berkasih sayang, mudah saja mengikuti. Mereka tidak prejudis kepada siapa yang membawa dan memperjuangkannya. Sekalipun bukan dari bangsa dan agamanya.

Firman Allah:

                                           وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَٰفِرُونَ

Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (As-Saff (61:8).

Satu kebangkitan menurut lidah Rasulullah yang bertaraf dunia akan berlaku. Ertinya dunia kita pun ada harapan untuk bertemu dengan dunia yang penuh dengan keadilan dan keamananan. Walaupun di dunia yang bangsa-bangsanya sudah memerlukan satu keadilan dan kasih sayang namun ia tetap memerlukan satu sistem alternatif. Maka pada kali ini adalah giliran Islam. Perkembangan Islam di Malaysia sudah menjadi bualan dan perhatian oleh dunia. Para pelancung orang Islam atau bukan orang Islam ke Malaysia sangat tertarik suasana masyarakat di Malaysia yang hidup harmoni. Mereka tahu rakyat Malysia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Tetapi bagi umat Islam, di negara-negara lain tidak dapat menjadi tapak kebangkitan itu walaupun berkeinginan ke arah itu. Walaupun inginkan perubahan tetapi mereka masih bingung dan tercari-cari. Tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Kalau dilakukan juga, kita sudah melihat hasilnya. Ada yang menjadi militan, ada yang beku dan jumud. Kerajaan sudah mula bimbang kerana orang ramai menghantar anak mereka ke institusi agama di Timur Tengah. Kenyataannya Islam yang tertunjul di sana ada pelbagai bentuk. Ada yang tertonjol model Islam yang ganas seperti di negara-negara Teluk. Ada yang membawa model Islam yang jumud.

Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.( Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).

Tentang kegemilangan Islam dan Imam Mahdi ini, Rasulullah SAW bersabda :
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.

Dan abu Nu'aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya :
“Al Mahdi daripada kami Ahlul bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan, seperti dia dipenuhi kezaliman”.

Dan telah mengeluarkan Abu N'aim dan Al Khatib dalam Talkhis Al mutasyabih dari ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW :
“Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru : Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia”.
Putera Bani Tamim dari Timur Perintis Jalan Bagi Imam Mahdi

Sesuai dengan janji Allah ini dan bukti-bukti nyata, maka Islamlah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empire, dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagai mana Allah telah menyerahkannya kepada Rasulullah dan para sahabat (QS Ar Rum 2-4).



Lirik Nasyid: Rumahtangga Tapak Perjuangan

Ya Allah,
Engkau jadikanlah rumahtangga syurga sebelum syurga,
Anak-anak cahaya mata,
Isteri-isteri mengikut kata.
Tuhan,
Jadikanlah rumahku masjid mengingatiMu,
Sumber ilham dan ilmu,
Tempat hiburan dan ketenanganku dan keluargaku.
Tetamu yang datang membawa rahmat,
Perginya penghapusan dosa,
Wahai Tuhan, jadikanlah rumahku kerehatanku,
Tempat aku mendapat kekuatan jiwa,
Tempat aku mengecas bateri jiwaku,
Pabila ku keluar rumah, kereta perjuanganku bertambah laju.
Ya Allah,
Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku,
Role model untuk ditiru,
Berilah aku kekuatan memimpin diri dan keluargaku.
Memimpin masyarakat diharapkan juga,
Berilah aku kekuatan iman dan ilmu,
Kesihatan dan buah fikiran,
Kelapangan masa untuk berjuang,
Boleh menilai diri baik buruknya.
Ya Allah, jadikanlah Engkau cinta agungku,
Agar seluruh apa yang ada aku korbankan untukMu,
Bahkan jiwa ragaku,
Dan berilah aku kawan-kawan yang setia,
Boleh berjuang bersamaku susah dan senang.
Akhir sekali ampunkanlah dosa-dosaku,
Dan dosa-dosa keluarga serta pengikut-pengikutku…
Amin.
Lirik: Abuya Ashaari Muhammad
Lagu: Qathrunnada








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman