Langkau ke kandungan utama

KARAMAH KHALIFAH UMAR DI SUNGAI NIL

KARAMAH KHALIFAH UMAR DI SUNGAI NIL

(Sungai Nil yang terpanjang di dunia)

(Sungai Nil menjadi saksi karamah Saidina Umar Al Khattab).

Mesir juga dikenali dengan gelaran bumi Kinanah. Mesir mendapat gelaran bumi Kinanah bermaksud  mempunyai seribu anak panah. 
Tahrir merupakan sebuah bandar yang mana mengalir di tengahnya Sungai Nill yang mana merupakan antara sungai terpanjang di dunia dan dikaitkan dengan kisah Nabi Musa dihanyutkan ketika kecil. Kita boleh menikmati ke indahan persisiran sungai dengan menaiki cruise.Di sini juga letaknya muzium Tahrir yang mana mempamerkan peninggalan mesir dr zaman firaun sehingga sekarang dan di dalamnya terdapat mumia Ramsis 2 yang terkenal berikutan kisahnya menentang Nabi Musa .


Kinanah membawa maksud yang mendalam kerana mempunyai banyak masjid dan dikenali sebagai gedung ilmu kerana disini terletaknya sebuah universiti tertua di dunia iaitu Universiti Al-Azhar. Mesir adalah antara negara tamadun terawal di dunia dan mempunyai pelbagai sejarah seperti dinasti firaun,sejarah anbiya dan dakwah Islam. Kaherah atau Cairo merupakan ibu negara bagi negara Mesir dan juga dipanggil dengan nama Cairo. 


Terdapat sebuah kubu peninggalan Salehuddin Al-Ayubi, di bandar Kaherah. Didalamnya terdapat muzium ketenteraan dan 3 buah masjid, Kubu ini telah dibina pada tahun 1183masihi dan masih utuh sehingga sekarang.Kubu ini terletak bersebelahan dengan Jabal Muqattam yang mana dari atas bukit muqattam ini anda boleh melihat pemandangan bandar Kaherah. Berhampiran dengannya juga terbinanya sebuah masjid yang di beri nama Masjid Imam AS-Syafie kerana di masjid ini,bersemadinya jasad seorang ulama terkenal iaitu Muhammad Bin Idris atau lebih dikenali dengan gelaran Imam AS-Syafie, Beliau merupakan pengasas Mazhab AS-Syafie.


Di dalam masjid Imam AS-Syafie ini juga terdapatnya maqam ulama terkenal Sheikh Zakaria Al-Di kaherah juga kita akan di bawa ke Giza yang mana terletaknya Piramid terbesar di Mesir Pyramid Kufu, disisinya terdapat dua lagi pyramid iaitu Pyramid Mankara dan Pyramid Kufra,di Giza ini juga terdapat patung berkepala singa yang lebih dikenali dengan nama Sphinx atau Abu Hol. Di Kaherah juga terletaknya kampus utama Universiti Al-Azhar dan Masjid Al-Azhar yang mana di gunakan sebagai tempat menuntut ilmu sebelum terbinanya Universiti Al-azhar.Dan ianya masih digunakan sehingga sekarang. 


Berhampiran dengan Universiti Al-azhar terdapat sebuah bazar yang di beri nama Pasar Khan Al-Khalili dan lebih dikenali dengan paggilan husain bagi mahasiswa disini..Pasar yang di buka sejak berzaman ini meruapakan kawasan jualan cenderahati dan pelbagai jenis barangan lain. DI sini juga terbinanya Masjid Saidina Hussain yang mana di katakan di maqamkan di dalamnya kepala Saidina Hussain. 


Ketika Mesir ditaklukki oleh tentara Islam, maka khalifah Sayyidina Umar bin Khathab RA melantik Sayyidina Amr bin Al-Ash RA sebagai Gubernur. Tatkala Mesir dibuka oleh kaum muslimin, penduduk Mesir datang menemui ‘Amr bin Al ‘Ash Ra. Pada saat sudah masuk satu bulan yg dianggap sakral oleh penduduk Mesir. Orang2 Mesir itu berkata, “Wahai gubernur, sesungguhnya Nil ini memiliki kebiasaan dimana dia tidak akan mengalir kecuali dengan tradisi tersebut. ‘Amr bin ‘Ash berkata: “Tradisi apakah itu?” “Kalau sudah tanggal 11 bulan ini, kami biasa mencari seorang anak gadis. Setelah kami menjadikan kedua orang tuanya senang dan ridha, maka kami menyuruh gadis itu berdandan dan berhias seelok mungkin. Lalu kami melemparnya ke Sungai Nil sebagai tumbal,” Penjelasan mereka.  


Amr bin ‘Ash memotong, kata-kata mereka. “Perbuatan itu dilarang oleh Islam dan Islam melenyapkan ajaran buruk sebelumnya.”
Penduduk Mesir patuh oleh apa yang telah dikatakan ‘Amr bin ‘Ash.  Namun akibatnya sungguh mengejutkan. Sedikit demi sedikit aliran Sungai Nil mulai menyusut, dan akhirnya benar benar surut nyaris tanpa aliran, hanya mengalir sedikit air. Keadaan begini jelas mengancam perekonomian penduduk. Hampir 3 bulan lamanya Sungai Nil benar-benar “ngambek”,  masyarakat mulai resah, hingga kebanyakan berencana untuk melakukan Hijrah.


Melihat keadaan  yang demikian, ‘Amr bin ‘Ash menulis surat kepada Khalifah ‘Umar bin Khattab. Dalam surat itu dia menerangkan bahwa mereka ditimpa musibah, dia jelaskan kronologinya termasuk tentang tradisi masa lalu itu.Kemudian Khalifah merespon dengan membalas surat tersebut. Saidina Umar bin Khattab menulis surat kepada ‘Amr bin Ash yang di dalamnya ada nota kecil. Dalam surat ‘Umar menulis: “Tindakanmu benar. Islam memang menghapus kebiasaan buruk sebelumnya.  Sesungguhnya saya telah mengirim kepadamu dalam suratku nota kecil maka lemparlah nota kecil itu ke sungai Nil.”


Setelah menerima balasan dari sayyidina Umar bin khatab tersebut , Amr bin ash pun penasaran dengan surat yang berencana akan di lemparkan ke sungai nil  tersebut. Maka dibacalah nota kecil tersebut yang isinya :

“Dari hamba Allah, Amirul Mukminin, Umar bin Khattab untuk Nil penduduk Mesir. Amma ba’du. Jika engkau mengalir karena kemahuan mu, janganlah engkau mengalir. Tetapi bila engkau mengalir kerana diperintah oleh Allah, maka aku meminta kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa agar menjadikanmu mengalir.”


Kertas itu dilempar Amru bin ‘Ash ke Sungai Nil sehari sebelum hari raya Nasrani. Saat itu penduduk Mesir tengah bersiap-siap pindah ke negeri lain karena Sungai Nil yang menjadi sumber penghidupan mereka berhenti mengalirkan air. Setelah surat Umar dilempar, keesokan harinya, di pagi hari di hari raya Nasrani, air Sungai Nil telah mengalir dengan ketinggian 7 meter lebih hanya dalam waktu satu malam. Sungai Nil pun melimpah lagi airnya dan tak pernah surut sampai sekarang.  Sejak itu adat buruk masyarakat Mesir melempar tumbal seorang gadis hidup-hidup ke tengah Sungai Nil berhenti.  Allah telah menghancurkan tradisi jahiliyah penduduk Mesir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman