Langkau ke kandungan utama

KEKUATAN MELAYU ADALAH ISLAM

KEKUATAN MELAYU ADALAH ISLAM


Usaha untuk mengubah nasib orang Melayu Islam juga tidak akan membuahkan hasilnya jika Islam tidak diambil sebagai falsafah perjuangan dan pembangunan bangsa. Jika kita melihat kepada fakta sejarah, walaupun wujud kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, kerajaan-kerajaan Melayu ini berkedudukan lemah dan kecil serta sentiasa diserang oleh kuasa-kuasa besar ketika itu seperti Negara Siam sehinggakan negara-negara Melayu ini terpaksa menghantar wang ufti ke negara Siam tersebut bagi menjamin keselematan negaranya. 


Detik kegemilangan Empayar Melayu Islam Melaka hanya bermula setelah Islam sampai ke Tanah Melayu  Melaka pada ketika itu di mana setelah kedatangan Islam, orang Melayu telah mula bangkit dan membina sebuah kerajaan dan empayar yang kuat sehingga mereka mampu menggerunkan negara-negara jiran mereka termasuk Siam yang suatu masa dahulu pernah menjadi ancaman kepada kerajaan-kerajaan kecil orang Melayu tersebut. 


Melalui Islam juga, orang-orang Melayu telah diajar untuk bersatu di bawah satu sistem pentadbiran antarabangsa yang dinaungi di bawah payung Khilafah Islam. Berdasarkan hakikat tersebut, Islam dan peranan bangsa Melayu dalam konteks negara ini tidak boleh dipisahkan, dan oleh itu, jika kita cuba membangunkan tamadun dan bangsa Melayu berdasarkan falsafah luar seperti Liberal Barat yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan, kita bimbang, bangsa Melayu yang ingin dibangunkan nanti akan menghasilkan bangsa Melayu yang tiada identiti Melayu dan ketimurannya serta hilang jatidirinya sebagai seorang Melayu Islam yang berani dan berpegang teguh kepada agama.  


Kelunturan dan kecairan jatidiri Melayu Islam ini juga pasti akan menyebabkannya mudah terjebak di dalam percaturan agenda orang lain. Suatu fakta sejarah yang tidak boleh kita nafikan ialah bahawa sebelum kedatangan penjajah barat (dari Portugis hinggalah Inggeris) ke Tanah Melayu, orang Melayu sebenarnya telah pun mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Walaupun ianya bukanlah sistem demokrasi sepertimana yang diagung-agungkan oleh ‘pejuang-pejuang demokrasi ala Barat’ di negara ini, namun yang pasti, sistem pemerintahan pada era kesultanan Melayu Islam Melaka 
dalam pentadbiran kerajaan ketika itu. 


Perkara ini sangat jelas dalam pentadbiran kerajaan Melayu telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu tidak memerlukan kepada ‘sistem dan bantuan luar’ di dalam urusan pentadbiran kerajaannya. Demi menjamin kelangsungan kepimpinan Melayu Islam atau Ketuanan Melayu di negara ini, adalah penting agar masyarakat Melayu Islam di negara ini dikembalikan semula kepada jatidirinya yang asal melalui pendekatan keagamaan kerana kekuatan jiwa umat yang berasaskan kepada agama adalah merupakan tunjang di dalam mana-mana kerajaan Islam. 


Kebangkitan mana-mana umat di sepanjang sejarah termasuklah negara ini. Kebangkitan Islam kali kedua ini hasil pergantungan kepada Tuhan dan persepakatan orang Melayu atas ama Islam akan memberi kekuatan kepada kebangkitan Islam kali kedua. Pepatah Melayu ada menyebut, “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Hakikatnya, apabila orang-orang melayu bersatu pada, ia pasti akan memberikan kemenangan dan kekuatan kepada Islam manakala perpecahan yang kiniberlaku di kalangan orang-orang Melayu di negara ini pula akan menjadi punca kepada kelemahan bangsa Melayu Islam di negara ini. 


Oleh itu, perpecahan umat Melayu ini wajar dihentikan segera kerana ia sangat merugikan Melayu dan Islam itu sendiri. Sebagai seorang Muslim, semua kita sewajarnya menilai dan menentukan sikap dan kebenaran mengenai sesuatu isu dan perkara berpandukan kepada syarak. Walaupun orang-orang Melayu mungkina berbeza dari segi ideologi dan aliran kefahaman politik, namun di dalam perkara prinsip, merea tidak seharusnya mempunyai pertikaian berhubung perkara asas dan kepentingan bersama berkaitan agama Islam dan bangsa Melayu di era kebangkitan Islam kali kedua.

Firman Allah: 

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ  ﴿١٠٣﴾

Maksudnya: 

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."(Ali Imran103:3).


Berdasarkan ayat tersebut Tuhan gambarkan orang mukmin itu bersaudara. Ini bermakna kita di ibaratkan satu sama lain bagaikan satu keluarga besar. Dalam sebuah keluarga tentulah ada ibu, ada dan ayah. Di kalangan adik beradik pula, ada yang menjadi abang sulung, atau abang ngah. Begitu juga tentulah ada Kak long, Kak Ngah dan juga ada adik-adik yang ramai. Susah senang silih berganti dihadapi bersama. Sebagai sebuah keluarga, kesenangan sama-sama nikmati, kesusahan sama-sama hadapi. Dengan erti kata yang lain, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Sebuah bangsa yang di ibaratkan sebuah keluarga besar, demi menjaga keharmonian keluarga itu, tegur menegur, nasihat menasihati amat diperlukan agar terjamin kebahagian keluarga tersebut didunia lebih-lebih lagi di Akhirat. Cubalah kita bayangkan bila kerosakan berlaku dalam keluarga besar kita itu. Yang mana ibu dan ayah berselisih faham, adik beradik bercakaran. Kalau ada abang yang ingin kita rujuk, dia pula sibuk dengan pangkat yang amat dibanggakannya. Hidupnya nafsi-nafsi. Ada kakak dia pula menghadapi krisis rumahtangga hingga berlaku perceraian. Bila dijenguk adik-adik yang ramai itu; kasihan, seorang penagih dadah, seorang lagi mabuk dengan kegilaan muzik rock. Adik-adik yang lain diharapkan mengubah haluan keluarga juga mengecewakan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman