Langkau ke kandungan utama

PERANG TELOK BERPANJANGAN.


(Bendera Qatar dipelabuhan).
(Bandar Qatar)
(Masyarakat Qatar).

Abuya pernah mengingatkan kita perang telok berpanjangan. Ketika itu pemikiran kita sebagai pengikut  tidak dapat menjangkau pemikiran Abuya selaku pemimpin. Bahagian unit penerbitan buku ketika itu risau sebab buku perang telok tidak laku. Bila Abuya buat kenyataan selepas itu perang telok berhenti, buku tersebut menerima resikonya. Tetapi ternyata kenyataan Abuya itu adalah satu kebenaran ianya kita saksikan terus berlaku hingga kehari ini. Kalau dulu isu Sadam Hussin di Iraq, sedangkan di Yaman sekarang terus berperang dan terkini mincul pula isu Negara terkaya di telok iaitu Qatar, semua kita ingat Al Jazirah Adalah milik media Qatar.


Begitulah Abuya mendidik kita, termasuk merubah pemikiran kita mengikut corak yang dikehendakinya. Bagi pemimpin kebenaran Tuhan bekalkan padanya ilham. Setiap pemimpin akan merubah cara berfikir bangsanya. Dia akan mendidik bangsanya dengan minda yang dianugerahkan Tuhan padanya. Perkongsian minda pemimpin adalah nadi kepada pengikutnya. Bahkan merubah bangsa Melayu yang bersamanya menjadi bangsa baru, iaitu bangsa Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam. Melalui Minda banyak menyumbang perubahan cara berfikir umat Islam di Malaysia dan di Indonesia.


Pengalaman Abuya yang luas, semua bangsa dan negara yang ada di dunia beliau dekati dan kunjungi. Dari pengamatan yang dilakukan dan ilham yang Tuhan anugerahkan padanya  sangat membantu kita mengenali watak-watak manusia sejagat. Bangsa-bangsa lain atas nama Islam pernah menjadi empayar. Hanya bangsa Melayu  sahaja belum lagi menempa sejarah atas nama Islam. Kita yakin kali ini adalah giliran orang Melayu menerajui empayar Islam. Perjuangan Islam di Asia Barat, banyak dikaitkan dengan cara kekerasan dan keganasan. Umat Islam di Asia Tenggara berubah dengan gerakan dakwah. Pendekatan dibuat melalui merubah minda.

"Penekanan lebih mengambil berat soal insaniah dalam diri manusia."

Pembinaan Insaniah manusia inilah yang akan membentuk negara Islam. Apalah ertinya jika berlaku seperti di Timur Tengah sekarang, sudah mendapat kuasa namun insaniahnya tiada. Pergaduhan berlaku dari peringkat atasan hingga rakyat jelata. Di mana indahnya Islam kalau begitu sekali perjuangannya? Pada saat ini situasi dunia Islam umumnya sedang kacau-bilau dan huru-hara, rakyat sudah tak percaya lagi dengan pemimpinnya. Keamanan jelas sudah tiada.Perkara tersebut yang telah diperkatakan sedang berlaku di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah. Ini menuntut agar umat Islam kena banyak merintih kepada Tuhan agar didatangkan pemimpin yang dapat menyelesaikan semua perkara tersebut.


Begitu juga kepada mereka yang perjuangkan Islam melalui politik, sila ambil pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Apalah ertinya mengusai negara yang masyarakatnya belum diikat hatinya dengan Tuhan dan hati mereka diikat satu sama lain. Insaniah ini bukan boleh disorak-sorakkan, bukan boleh disogok. Nak melahirkan masyarakat yang bekerjasama, sama kefahaman, keselarasan, ianya mengambil masa untuk mendidik mereka. Lebih-lebih lagilah untuk dibawa kepada Islam. Mempolitikkan perjuangan Islam tidak akan mampu membina insaniah manusia. Kita mesti ambil pengajaran dari apa yang berlaku di Mesir sekarang ini. Bila terlalu menginginkan kuasa memerintah walaupun bertujuan menegakkan negara Islam ianya bukan bertambah baik. Malah semakin buruk dan buruk.


Dunia sekarang menuju kebangkitan Islam kedua. Apa sahaja yang berlaku adalah menuju ke arah itu. Siapapun tidak boleh menghalangnya kerana masanya telah tiba. Abuya pernah berkata dan dibukukan kata-katanya itu, 'Barat Di Ambang Maut'. Kini barat sedang nazak, membenarkan kata-kata Abuya. Barat yang ketuanya yahudi, kini dalam ketakutan. Walaupun segala persiapan telah dilakukan demi menghadapi kedatangan 'Muhammad kedua' (Imam Mahdi) namun kejutan oleh kerajaan ajaib sangat tidak diduga. Dalam mereka cuba menipu umat Islam mereka juga tertipu. Ditipu oleh makar Allah, dan Allah adalah sebaik-baik tipu daya.

ÙˆَÙ…َÙƒَرُوا ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللَّÙ‡ُ ۖ ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (menutup kebenaran), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. 
(Ali Imran: 54).

Yahudi tahu bahawa sekarang adalah era kebangkitan Islam. Ertinya kemuncaknya Yahudi akan berdepan dengan pemimpin yang menerajui akhir zaman ini. Pemimpin yang Tuhan kirim untuk menerajui kebangkitan ini iaitu Imam Mahdi. Sebab itu yahudi sangat takutkan Imam Mahdi. Mereka memanggil Imam Mahdi sebagai MUHAMMAD KEDUA, dan mereka menganggap Muhammad kedua dan pertama adalah orang yang sama! Kata Abuya, selain pejuang kebenaran yang dijanjikan, yang sangat kenal kebenaran ialah musuh-musuhnya. Jadi tak hairanlah mengapa yahudi menganggap mereka berhadapan dengan Muhammad pertama, kerana memang Imam Mahdi yang sedang melakukan kebangkitan Islam kedua ini! Ada beberapa sebab mengapa yahudi takutkan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim.


Bila dikatakan ini adalah janji Tuhan, sudah tentu bersamanya pakej atau tapak yang dijanjikan. Sebagaimana kebangkitan pertama oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat, kebangkitan kedua dijanjikan bersamanya IMAM MAHDI (IM) dan PUTRA BANI TAMIM (PBT), dan berserta mereka ialah tapak yang disebut didalam hadis sebagai PANJI-PANJI HITAM. PBT ialah pemimpin yang bertanggungjawab menyediakan tapak untuk IM. Pakej ini juga disebut didalam hadis oleh baginda Rasul S.A.W. IM dan PBT adalah pakej tapak yang dijanjikan. 

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salji." dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalaulah mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mampu mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah." dari Sayyidina Ali K.A.W.

"Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." Sabda Nabi S.A.W.

"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin." Hadis Nabi S.A.W.

Sabda Nabi S.A.W., "Orang ramai daripada Timur (Ikhwan dan Asoib) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."


Belajarlah dari sejarah kemenangan Islam oleh para sahabat dan orang-orang soleh. Negara diserahkan oleh rakyatnya yang mahukan keselamatan. Masuknya Islam di Mesir oleh sahabat hanya dengan laungan Allahuakbar. Kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh di Turki bilamana sudah wujudnya sebaik pemimpin dan tentera. Ikatan kasih sayang yang terjalin erat yang lahir dari buah ibadah akan membentuk peribadi yang disegani kawan dan lawan. Inilah yang kita dapati bila minda kebenaran dari pemimpin yang dijanjikan kita pegang dan jadikan prinsip.



         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman