TOKOH WALI PEREMPUAN DARI IRAQ.
Basra (bahasa Arab: البصرة Al-Baṣrah) merupakan bandar kedua terbesar di Iraq. Bandar ini merupakan pelabuhan utama Iraq. Basra memainkan peranan penting dalam sejarah Islam, terutamanya sebagai pusat ilmu kerajaan Bani Umayyah. Bandar Basra 50 kilometers bersempadan dengan Negara Kuwait. Jarak Basra ke selatan Baghdad 549 kilometers. Ketika penulis berkunjung pada 16 januari ke Basra hampir hancur musnah ketika perang dengan Iran.
Ada seorang tokoh perempuan yang di kenali dalam sejarah Islam iaitu tokoh sufi Siti Rabiah Adawiyah.
Beliau dikenali seorang tokoh wali perempuan, Siti Rabiah Adawiyah lahir di Basra pada tahun 105 H dan meninggal pada tahun 185 H. Siti Rabiah Al Adawiyah adalah salah seorang perempuan Sufi yang mengabdikan seluruh hidupnya hanya untuk beribadah kepada Allah. Seorang wanita yang alur kehidupannya tidak seperti wanita pada umumnya, ia menjauhkan diri dari hal-hal duniawi. Tidak ada sesuatu yang lebih dicintainya di dunia yang melebihi cintanya kepada Allah.
Kehidupannya seolah hanya untuk mendapatkan ridho Allah, tidak ada suatu tujuan apapun selain itu. Rabiah pernah mengungkapkan bentuk penyerahan dirinya kepada Allah. Rabiah Adawiyah sikapnya mendahulu dan membesarkan Tuhan sangat luar biasa. Suka berbakti dan berkhidmat kepada Tuhan luar jangkaan manusia biasa. Ini semua bukti rasa hamba yang dimiliki oleh Rabiah Adawiyah. Sikap tidak berkira dengan Tuhan sangat ketara. Penyerahan dirinya kepada Allah dalam syair berikut ini :
“Jika aku menyembah-Mu karena takut api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya. Dan jika aku menyembah-Mu karena mengharap surga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya. Tetapi jika aku menyembah-Mu karena kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
الحب الذي لا تقيده رغبة سوى حب الله وحده
‘Cinta yang murni yang bukan hanya terbatas oleh keinginan adalah cinta kepada Allah semata’
Wanita-wanta atau serikandi era kebangkitan kali kedua ini supaya menyalin lahir dan batin mereka menyalin peribadi tokoh-tokoh wanita dan Serikandi di era kebangkitan pertama iaitu era salafussoleh. Sejarah juga mencatat, wali-wali Allah yang diberikan ilmu laduni atau ilham atau ilmu rasa ini, pada asasnya mereka menguasai ilmu-ilmu lahir ini. Hasil pengamalan ilmu-ilmu yang berteraskan Quran, Sunnah, Ijma Ulama, dan Kias, maka Allah turunkan kepada mereka ilmu ilham atau ilmu rasa ini. Mana mungkin ilmu ilham atau ilmu rasa didapati tanpa melalui proses-proses mendapatkan ilmu-ilmu lahir yang bersandarkan Quran dan Sunnah, Ijma Ulama dan Kias. Ilmu-ilmu dalam pegangan Ahli Sunnah Waljamaah tidak lari dari sumber-sumber tersebut.
Mereka bukan sahaja dikalangan tokoh-tokoh lelaki tetapi juga ada dikalangan perempuan seperti Rabiah Adawiyah yang sezaman dengan Junaid Al Baghdadi. Lihatlah sejarah mereka dan lain-lain bagaimana mereka sangat menguasai ilmu-ilmu dalam Islam. Sebab itulah mereka tidak dapat dipermainkan musuh-musuh mereka walaupun difitnah dan dikata seperti Imam Syafi'I dipenjara,Syeikh Suhaimi dan lain-lainnya. Kerana pada asasnya, mereka sangat menguasai ilmu-ilmu yang diiktiraf dunia Islam am-nya.
Ilmu rohani serta ilmu-ilmu yang mensucikan hati (atau roh) dan ilmu-ilmu yang menyatakan berkenaan adab dan kelakuan para Wali-wali Allah dan orang-orang yang salih. "Adapun Rabiah Adawiyah Rabiah adalah sufi pertama yang memperkenalkan ajaran Mahabbah (Cinta) Ilahi, sebuah jenjang (maqam) atau tingkatan yang dilalui oleh seorang salik (penempuh jalan Ilahi).
Zaman mereka dikenali dengan kehidupan yang zuhud walaupun mereka orang yang mampu kehidupan dunianya. Tetapi ilmu-ilmu yang seperti itu tidak mudah tercapai dan tidak lekas mendatangkan hasilnya melainkan hendaklah juga disertakan dengan menjauhkan diri daripada tarikan dunia, banyak berpuasa dan mengurangkan makan, banyak berjaga dan beribadat selepas tengah malam, dan juga banyak menziarah makam para Wali-wali Allah dan orang-orang salih, dan lebih lebih lagi makam Rasul-rasul dan Nabi-nabi ('alaihimus-salatu-wassalam) serta mendapatkan guru yang layak.
Mereka meninggalkan pakaian-pakaian yang lawa atau ranggi kerana pakaian-pakaian yang seperti itu boleh mendatangkan perasaan 'ujub, ria' dari takabbur. Dan begitu juga tentang makan minumnya, sebelum mereka dianugerahkan ilmu-ilmu hati atau ilmu rasa ini, beliau sangat mengusahakan ilmu-ilmu agama. Mana mungkin orang yang tidak sukakan ilmu agama atau tiada latarbelakang ilmu agama akan diberi ilmu ilham atau ilmu rasa ini. Kerana ilmu ini diberikan kepada mereka yang mengusahakan hati yang bertaqwa. Hasil dari usahanya kita boleh lihat pada natijahnya.
Bahkan kata Nabi Muhammad S.A.W., baginda menjatuhkan hukum dengan ilmu zahir (bukti lahir); walaupun baginda dianugerahkan pandangan tembus yang luar biasa, baginda tetap menggutamakan perkara yang lahir, kerana manusia biasa melihat pada lahirnya. Allah menilai hati manusia, yang hati itu menghasilkan sesuatu pada natijahnya. Samada baik atau buruk, bergantung pada hatinya. Baik atau buruk hati tadi, bergantung sejauh mana hati itu mendapatkan ilmu yang membentuk dirinya. Hati yang baik akan menerima ilmu yang baik. Manakala hati yang buruk akan mendapat sesuatu yang setimpal dengannya.
Diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abu Hurairah,"Seseorang yang berilmu adalah lebih sukar bagi syaitan menipunya berbanding seribu orang abid (ahli ibadah)."
Pesan Rasulullah lagi, "Sesungguhnya amal yang sedikit tetapi disertai dengan ilmu tentang Allah adalah bermafaaat. Sedangkan amal yang banyak disertai dengan kejahilan tentang Allah tidak akan bermanfaat"
Abuya persiapkan keluarganya bukan semberono. Abuya mendidik keluarganya bukan sekadar ilmu rasa semata. Malah sejak dari awal perjuangannya, Abuya sendiri bertindak selaku pengetua madrasahnya. Abuya sendiri mengajar ilmu fekah, tauhid, tasauf, sejarah, bahasa arab, dan lain-lain lagi kepada muridnya.
Kalau ilmu-ilmu yang berlandaskan Quran dan Sunnah, Ijma Ulama dan Kias ini ditolak, sudah pasti tidak memberi manfaat, sepertilah sabda Nabi tadi. Sebab itulah yang berlaku hanya kerosakan sahaja. Hidup tidak bahagia kerana ilmu-ilmu yang diberikan oleh Nabi S.A.W. dengan semudahnya ditolak. Malah ilmu yang berlandaskan akal pula dipegang dan dijadikan pegangan walaupun menjual nama Allah dan Rasul. Perjuangan ini telah melahirkan generasi demi generasi. Sekiranya generasi sekarang yang ada tidak mempunyai ilmu-ilmu berlandaskan Quran, Sunnah, Ijma dan Kias, bagaimana mahu meneruskan cita-cita besar Abuya? Calon-calon ikhwan itu sendiri bukan sembarangan. Mereka mesti menguasai ilmu-ilmu akhirat, yang sumbernya adalah Quran dan Sunnah, Ijma Ulama dan Kias.
Kalau Quran dikatakan tidak relevan lagi, ilmu mursyid dikatakan sudah luput, pada apakah calon-calon ikhwan ini mahu bersandar? Orang soleh pun iman mereka sekurang-kurangnya iman Ayyan, bukan iman taqlid. Apatah lagi calon ikhwan. Apakah pilihan atas pilihan ini sama sahaja dengan level awwamul muslimin? Malulah kita kalau awwamul muslimin pun menguasai ilmu Quran dan Hadis, sedangkan pejuang kebenaran hanya bersandar pada akal semata. Apatah lagi pada ilmu yang datang hasil riadhah akalnya. Ingatlah, syaitan sangat mudah merosakkan manusia yang tidak berilmu. Orang yang jahil itu musuh Allah walaupun dia seorang abid.
Ulasan
Catat Ulasan