Langkau ke kandungan utama

TIPUAN DUNIA.

TIPUAN DUNIA.

(Rumah di Bangi)
(Tasik KUIS Bangi).

Maksud firman Allah :”Allah lah yang menjadikan mati dan hidup ini
agar Allah dapat menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.”(Al Mulk: 2).


Tajuk pengajian Abuya Imam Ashaari At Tamimi kali ini ialah Tipuan Dunia . Pengajian kita pada kali ini adalah dari bahagian Tasawuf dan pengajian kita ini adalah berdasarkan kitab bernama Mauizatul Mukminin atau ‘kerengkasan daripada kitab asal iaitu Ihya’ ULumuddin karangan Imam Ghazali r.h. Dan perkara yang hendak kita perkatakan dalam pengajian tasawuf kita ialah bab penipuan. Sebelum kita pergi kepada pokok pengajian kita, elok juga kita katakan di sini tentang betapa pentingnya kita mempelajari ilmu
tasawuf, lebih lebih lagi di akhir akhir ini di mana setengah setengah orang tidak lagi menghiraukan pengajian tasawuf ini kerana bagi mereka pengajian tasawuf ini menghalang kemajuan. 


Padahal ilmu tasawuf ini adalah satu pengajian yang dapat menjaga amal yang kita kerjakan itu benar benar ikhlas kepada Allah SWT. Ada setengah ulama mengatakan betapa sekiranya seseorang itu tidak mempelajari ilmu tasawuf dia akan selalu membuat dosa yang dia tidak selalu membuat doa yang ia tidak sedar. Manakala kalau dia mati, dia adalah mati dalam keadaan dosa yang tidak sedar. Dalam lain lain perkataan dia dikatakan mati dalam su ul khotimah. Seseorang yang mati dalam keadaan berdosa, walaupun dia tidak sedar, matinya tetap masuk neraka.
 

Dan sebelum kita meneruskan pengajian kita kali ini, elok juga saya ingatkan kepada kita semua supaya dalam kita memulakan setiap pengajian fardhu ain kita, eloklah kita betulkan niat kita kerana
niat ini adalah penting dalam setiap amal bakti kita ituditerima sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Di antara niat niat yang baik yang elok kita pasang pada diri kita ialah dalam kita hendak menuntut ilmu
fardhu ain ini, hendaklah kita ingatkan bahawa ia adalah menjadi satu tuntutan syariat. Ertinya, kita mengaji fardhu ain kerana ianya memang dituntut oleh Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW, dalam hadisnya yang maksudnya:

”Menuntut ilmu itu adalah diwajibkan bagi setiap Muslim.”
 
Kemudian, niat yang kedua yang elok kita pasang pada diri kita ialah kita menuntut fardhu ain ini adalah dengan tujuan membebaskan diri kita daripada kegelapan. Dengan kata kata yang lain, kita menuntut ilmu supaya kita keluar dari kegelapan kepada alam keterangan. Sebabnya, alam ilmu itu merupakan alam cahaya manakala alam kejahilan itu ialah alam kegelapan. Ertinya, ilmu itu merupakan petunjuk manakala jahil itu merupakan kesesatan. Orang yang berada dalam kejahilan bererti bahawa dia tidak dapat petunjuk untuk menyuluh kehidupannya.
 

Seterusnya, niat kita yang ketiga ialah, kita menuntut ilmu ini dengan tujuan agar kita dapat mengamalkan ilmu yang kita pelajari sebagai panduan hidup kita di semua aspek dan semua bidangnya agar kita tidak tersesat di dunia ini dan agar kita terlepas daripada penderitaan Tuhan di alam neraka nanti. Dan di antara niat yang baik yang elok juga ada pada diri kita ialah, kita mengaji ilmu fardhu ain ini dengan tujuan agar ilmu yang kita pelajari ini dapat kita sampaikan sekurang-kurangnya kepada anak isteri kita dan kaum keluarga kita. 


Menyampaikan ajaran Allah ini kepada orang lain, termasuk pada anak isteri kita, adalah sesuai dengan kehendak syariat kita sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, yang   maksudnya:”Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat.”Inilah di antara niat yang mesti kita pasang dalam setiap pengajian fardhu ain kita agar kerja mencari ilmu kita ini menjadi ibadah
kepadaAllahSWT. Bila kerja kita ini menjadi ibadah, maka yang akan kita terima dari Allah SWT ialah pahala. 


Andainya kita boleh memasang lebih banyak niat yang sesuai dengan syariat, maka lebih banyaklah pahala yang akan kita perolehi dari Allah SWT. Seperti umpamanya, kalau kita pergi sendiri ke satu satu majlis pengajian, selain dari kita hendak mencari ilmu kerana tujuan tujuan di atas tadi, kita niatkan juga supaya kita dapat bersilaturrahim, supaya dapat kita bertukar tukar fikiran untuk membangunkan masyarakat Islam.
 

Demikianlah kita memasang niat dalam satu satu urusan yang hendak kita lakukan. Ia mestilah dengan sebanyak banyak yang boleh, agar dengan niat niat itu, kita mendapat sebanyak banyak pahala di sisi
Allah SWT. Sekarang, marilah kita memperkatakan tentang pengajian kita kali ini iaitu celanya penipuan. Sepertimana yang selalu kita perkatakan atau sepertimana yang selalu tuan tuan guru kita berkata, dunia ini adalah negara bala bencana dan ujian. 


Manakala akhirat itu merupakan negara kemurkaan Tuhan atau pun keredhaanTuhan. Jadi,kita yang hidup diatas muka bumi Allah ini sentiasa diuji. Dari masa ke masa, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan dan begitulah seterusnya, kita tidak putus putus diuji oleh Allah SWT. Kita pula diuji dengan bermacam-macam ujian, dengan kesakitan, dengan kemiskinan, dengan kesusahan, dengan dikata orang, dengan difitnah orang, dengan bencana alam dan sebagainya.


Ujian Tuhan datangkan dengan tujuan agar manusia disaring atau ditapis; siapakah di antaranya yang baik dengan yang jahat, siapakah di antaranya yang sanggup beribadah kepada Allah SWT dan siapa yang tidak sanggup, siapakah di antaranya yang taat kepada Allah dan siapa yang derhaka. Sebab itulah di dalam Al Quran dikatakan, maksudnya. Jadi di sini Allah sendiri telah menyatakan kepada kita yang Allah menjadi mati dan hidupitu, ertinya Allah menjadikan dunia dan akhirat itu untuk menguji manusia, siapakah di antara manusia ini yang lebih baik amalannya, siapakah yang lebih bertaqwa dan sebagainya. 


Jadi, kita hidup di atas muka bumi Allah ini sentiasa akan diuji oleh Allah SWT. Jadi, oleh kerana kita ini sentiasa diuji oleh Allah SWT yang mana kadang kadang ujian itu kita sedar dan kadang kadang kita tidak sedar, kadang-kadang ujian itu ringan dan kadang-kadang berat, yang ujian ujian itu pula datangnya tidak menentu, maka itu kita yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak dapat lihat Allah datangkan itu kita tidak tahu bila masanya, berat atau ringan dan sebagainya, macam mana kita boleh hendak relek-relek.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman