Ujian itulah yang menyuburkan rasa hamba kepada para pejuang. Kalaulah kepada manusia awam pun Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih sangat berikan perhatian-Nya, sudah tentu kepada mereka yang berjuang pada jalan-Nya itu Allah berikan perhatian yang lebih lagi. Bukankah Abuya pernah dan selalu ingatkan kita, kasih sayang Allah tak seperti kasih sayang makhluk-Nya? Semakin sayang semakin diuji. Kerana kasih sayang Allah itulah akan melahirkan rasa kehambaan pada pejuang itu.
Menyuburkan jiwa yang positif, rasa ini boleh disuburkan dengan selalu mengenang-ngenang budi dan menghitung nikmat yang diberikan kepada kita. Terutamanya rahmat dan nikmat Allah SWT, Rasulullah SAW, guru-guru, pemimpin, ibu bapa, saudara-mara, sahabat-handai, dan lain-lain lagi. Sewaktu mengenangkan jasa mereka, tentu timbul rasa mahu membalas budi baik itu dan mahu bersyukur atas nikmat. Maka segeralah bertindak Kita melakukannya. Buatlah apa juga kebaikan yang terdaya demi menghiburkan mereka itu serta untuk menjalinkan kasih sayang yang erat dengan mereka.
Apabila kita berjaya mengamalkan Islam secara menyeluruh iaitu berjaya menegakkan cara hidup Islam, baik yang lahir mahupun yang batin atau rohani, maka Tuhan janjikan apa yang difirmankan Allah SWT dalam Quran:
" بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ "
Maksudnya: "Negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan." (As Saba' 15:34).
Aman negara itu adalah kerana adanya ukhuwwah dan kasih sayang, perpaduan, timbang rasa, bersatu padu, rasa bersama, bekerjasama, bertolak ansur, maaf bermaafan, doa mendokan, bertolong bantu, bela membela, pemurah, dan berdisiplin hasil terbinanya rohani dan insan rakyat. Negara damai, tenang dan sejahtera. Tidak ada krisis, pergaduhan, perbalahan dan jenayah.
Makmur negara itu bila ada pembangunan, ada jalan raya, ada kemudahan, mewah makan minum, berpakaian, cukup tempat tinggal, mudah pe hubungan, mudah mengurus keperluan dan kehidupan dan sebagainya. Makmurnya negara itu adalah sebagai tanda atau isyarat kasih sayang Tuhan terhadap negara dan rakyatnya yang telah berjaya mendirikan Islam dalam diri dan negara mereka.
Keampunan Tuhan itu bukanlah kerana negara makmur. Tidak ada kaitan negara makmur dengan keampunan Tuhan. Tuhan tidak memberi keampunan kepada sesebuah negara hanya kerana negara itu makmur. Kalau begitulah maka Amerika dan Eropah lebih layak mendapatkan keampunan Tuhan kerana mereka makmur.
Insaniah sangat berkait rapat dengan hati manusia. Keampunan Tuhan itu adalah kerana makmurnya hati rakyat sesebuah negara. Apakah hati yang makmur itu? Iaitu apabila hati tenang, terutama tenang dengan dunia, walaupun hati bergelora dengan Tuhan. Hati yang lapang, indah dan tidak takut pada dunia dan hal-hal keduniaan.
Ulasan
Catat Ulasan