Mimipi sebahagian daripada gelanggang perjuangan rohani. Banyak perkara mimpi Rasulullah SAW terbukti manusia mendapat hidayah dan kekuatan. Peranan dan hukum mimpi melihat Rasulullah SAW dalam Islam. Berdasarkan hadits Nabi SAW: "Mimpi Bertemu Rasulullah saw.Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang melihatku disaat tidur maka seakan-akan dia melihatku pada saat terjaga dan syaitan tidaklah dapat menyerupaiku.” (HR. Bukhari).
Juga hadits yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud bahwasanya Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang melihatku disaat tidur maka sesungguhnya dia telah melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku.” (HR, Tirimidzi, dia berkata ini adalah hadits hasan shahih).
Pengalaman mimpi yang dialami oleh Tariq, seorang tokoh yang berjaya menguasai dan menakluk Eropah. Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahwa sebelum meraih kemenangan Toriq telah mendapatkan firasat bahwa ia pernah bermimpi melihat Rasulullah SAW bersama keempat khulafa’ al-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah SAW memberitahukan kabar gembira bahwa ia akan berjaya menakluk kota Andalusia. Kemudian Rasulullah SAW menyuruhnya untuk selalu bersama kaum muslimin dan menepati janji.
Pada 29 April 711, pasukan Tariq mendarat di Gibraltar dengan memimpin pasukan 12.000 anggota pasukan muslim. Berhadapan dengan 100ribu tentera musuh. Tariq bin Ziyad memerintahkan pasukannya untuk membakar semua kapal yang mereka gunakan kesana. Kemudian Tariq bin Ziyad dengan kewibawaannya di hadapan para pasukan Islam berbicara untuk membangkitkan semangat jihad fisabilillah,
أين المفر؟ البحر من وراءكم والعدو أمامكم، وليس لكم والله إلا الصدق والصبر.
"عش كريما أو مت شهيدا"
"Tidak ada jalan hendak melarikan diri? Lautan dibelakang kamu, musuh dihadapan kamu pilihlah apa yang kamu mahu. Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran. Kita hanya punya pilihan, menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid." Negara Sepanyol, negara Portugal dan Selatan Perancis dalam genggaman tokoh Islam yang terkenal. Iaitu Tariq bin Ziyad adalah panglima perang Islam dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar, dan sekitarnya.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi mempunyai kawan-kawan di seluruh dunia yang juga ada pengalaman mimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Seorang Syeikh Tariqat di Turki, iaitu Syeikh Mahmud Afandi, di Jordan iaitu Syeikh Syammar dan Syeikh Sidi Mus'ab, Sidi Dr Abdussalam Harras daripada Maghribi dan Sidi Abdun Nasir daripada Madinah. Semua kawan-kawan Abuya adalah orang yang berjuang dengan pendekatan kasih sayang seperti model yang telah Abuya perjuangkan. Hubungan persahabatan Abuya dengan tokoh-tokoh agama di Jordan telah lama, antaranya bekas menteri Auqaf Abu Anas, arwah mufti Jordan.
Pada suatu hari, Syeikh Abu Mush'ab menjemput Abuya datang ke rumahnya seorang diri kerana ada perkara rahsia yang mahu disampaikan. Dengan nada suara yang lunak tenang, Syeikh Abu Mush'ab pun berkata. "Tidakkah kamu hairan bagaimana saya tahu mengenai kedatanganmu kesini? " Memang itu yang ana ingin tanyakan namun entah kenapa rasa malu pula,"jawab Abuya. "Apakah kamu percaya jika saya katakan pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW? tanya Syeikh Abu Mush'ab lagi. "Saya yakin tuan tidak pernah berdusta..." jawab Abuya Imam Ashaari At Tamimi.
"Saya bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang memberi mesej mengenai kedatangan kamu ke sini. Kerana itu saya terus menyuruh pembantu saya mencari kamu supaya kita dapat bertemu." Betapa sebak dan sayunya hati Abuya Tuhan sahaja yang tahu. Abuya tunduk mengucapkan syukur sehingga air mata Abuya bercucuran. Semakin kuat keyakinannya, semua yang berlaku bukan secara kebetulan tetapi memang sudah dijadualkan. Perkembangan selanjutnya Syeikh Abu Mush'ab sering membuat pertemuan ketika Abuya ke Jordan. Abuya Imam Ashaari At Tamimi sentiasa mendapat kenalan-kenalan baru di Timur Tengah.
Rasulullah SAW juga bersabda: Akan sentiasa ada satu thoifah daripada umatku yang dapat menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang yang menentangnya. Perihal janji ini, sejarah telah pun menceritakan pada kita bahawa bermula dari awal kurun hinggalah pertengahan dan ke hujungnya, setiap generasi mempunyai thoifah-thoifah Islam dengan ciri-ciri khususnya seperti tersebut dalam Hadis di atas mengamalkan Islam dalam hidup mereka dan bila musuhnya cuba merosakkan, ternyata thoifah itu (syariatnya) tidak rosak bahkan terus berkembang.
Kita dilahirkan di satu zaman yang aqidah, ibadah, akhlak, ilmu, didikan, sosial, ekonomi, politik dan seluruh aspek hidup umat Islam sudah dirosakkan oleh Yahudi, nasrani, komunis, kapitalis, nasionalis, sosialis dan lain-lain isme lagi. Juga dirosakkan oleh nafsu dan syaitan serta tipuan dunia. Inilah sifat zaman jahiliah. Sebab itu kita amat perlukan seorang rasul sepertimana umat di zaman jahiliah dulu itu mendapatkannya. Tetapi nabi dan rasul sudah tidak ada lagi. Maka ALLAH yang amat sangat penyayang dan lemah lembut itu menyimpan untuk kita, sesuatu yang mirip dengan apa yang berlaku di Zaman Kenabian itu. Yakni satu jadual yang lengkap perihal akan berlakunya kebangkitan Islam kali kedua untuk zaman jahiliah
kedua ini.
Kita bersyukur kerana Allah rezekikan kita berada di zaman peralihan. Daripada zaman yang aqidah, ibadah, akhlak, ilmu, didikan, sosial, ekonomi, politik dan seluruh aspek hidup umat Islam sudah dirosakkan oleh Yahudi, nasrani, komunis, kapitalis, nasionalis, sosialis dan lain-lain isme lagi. Juga dirosakkan oleh nafsu dan syaitan serta tipuan dunia. Bila berada dizaman peralihan ertinya kita sempat menyaksikan era kebangkitan Islam kali kedua. Jadual ini sebenarnya sudah lama ditunggu oleh dunia Islam. Yang mana setiap zaman umat Islam mengharapkan agar ianya berlaku di tangan mereka.
Jadual Allah untuk kebangkitan kali kedua itu ianya berlaku di zaman kita. Suatu berita gembira yang telah didengari oleh umat Islam sekian lama. Tetapi ternyata bahawa jadual itu ALLAH simpan untuk kita. la tidak berlaku sebelum ini tapi ternyata sedang berlaku sekarang ini. Atau kalaupun belum pasti ia berlaku di kurun ini, apa salahnya kita berlumba-lumba dan berdoa agar ia terjadi di zaman kita dan melalui tangan kita. Sebab kita pun rindu sekali untuk melihat bagaimana rupanya Jadual-Jadual ALLAH yang memaparkan kegemilangan Islam yang sangat indah itu.
Kita sudah jemu sekali hidup dalam dunia sekularisme ini. Kalau para Sahabat pun iri hati dan ingin menikmati jadual agung yang dijanjikan untuk umat akhir zaman ini, mengapa tidak kita? Dan kalau Sahabat Abu Ayub Al Ansari yang sudah tua itu pun ber- semangat muda di 1400 tahun dahulu, untuk merebut Kota Konstantinopel dari tangan kristian sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah, merebut untuk menjadi ketua yang baik kepada tentera yang baik seperti yang disabdakan, mengapa ada lagi di kalangan umat Islam mereka yang asyik berprasangka terhadap janji-janji ALLAH untuk akhir zaman ini?
Sepatutnya kita berjuang dan berlumba-lumba untuk menjayakan Jadual-Jadual ALLAH yang sangat istimewa ini, demi mendapatkan pahala-pahala besar di dalamnya.
Ulasan
Catat Ulasan