Langkau ke kandungan utama

MELAKA DAN MALAGA ADALAH WADAH DAKWAH ABUYA.



Alhamdulillah Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW kerananyalah kita mendapat Iman dan Islam. Marilah kita banyakkan bersyukur dengan Allah dan berselawat dengan Rasulullah SAW. Abuya Imam Ashaari At Tamimi melakukan XPDC untuk memberi laluan keberkatan kebangkitan Islam yang bertapak di bumi Timur. Seluruh negeri-negeri yang ada di muka bumi Malaysia, termasuk Sabah dan Serawak ini di jelajahi oleh Abuya untuk menabur barakah dakwah Islamiah semoga menjadi pusat di bumi Timur dan akhirnya menjadi kenyataan.


Allah siapkan di dalam diri manusia, rasa-rasa yang menjelma silih berganti ke dalam hati. Bukan hasil berguru atau pengalaman. Ia wujud bersama lahirnya manusia ke dunia. Itulah fitrah. Begitulah bekalan yang telah Allah siapkan di dalam diri manusia. Ketika kita XPDC bersama Abuya jiwa, akal dan fizikal kita terus di aktifkan. Abuya menyuburkan terus rasa-rasa yang Allah bekalkan di dalam diri manusia. Akal disuburkan dengan memberi ilmu dan maklumat. Jiwa disuburkan dengan mengingati Allah. Fizikal di suburkan dengan pergerakan tubuh badan contoh melalui riadha, musafir dan sebagainya.


Perjuangan Abuya mula bertapak daripada tahun 1968 di Malaysia. Selepas itu Abuya berdakwah keseluruh negara-negara yang ada di benua Asia. Seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Manila. Pada tahun 1986 Abuya mula meluaskan hubungan dakwahnya ke benua Afrika Utara, negara-negara yang dikunjunginya ialah Maghribi dan Tunisia. Abuya meneruskan musafirnya ke bumi Eropah. XPDC melalui laluan udara ke negara-negara yang ada kesan peniggalan sejarah Islam. Negara-negara Eropah yang dikunjungi untuk menjejak sejarah peninggalan Islam ialah Portugal, Sepanyol dan Selatan Perancis. Abuya melakukan musafir dakwah kerana mengikut jejak salafussoleh. Para sahabat Rasulullah SAW tiga perempat mati di luar Jazirah Arab. Antara tokoh Islam yang terkenal mengelilingi dunia seperti Ibnu Batutah yang berasal dari Tenjer di Morocco (Maghribi). Juga Abuya sampai ke kampung Ibnu Batutah.


Semasa XPDC di dalam dan luar negara ada dua buah pelabuhan bersejarah yang menjadi saksi perjuangan dakwah Abuya. Iaitu pelabuhan dalam negara iaitu Melaka dan pelabuhan luar negara ialah Malaga. Kedua-dua pelabuhan tersebut sangat berkait rapat dengan sejarah dakwah Islam yang bermula pada kebangkitan Islam pertama. Abuya mengulangi sejarah kebangkitan dakwah sebagaimana pernah berlaku pada kebangkitan dakwah kali pertama. Islam masuk ke Tanah Melayu melalui pelabuhan Melaka di tangan mubaligh Islam dari Arab (Hadralmaut) dan dari India (Gujerat).


Jejak pendakwah Arab dapat di kesan dengan jelas dengan peninggalan nama yang diberikan kepada pelabuhan Melaka. Berasal daripada bahasa Arab iaitu Malqa (ملقى) maksudnya tempat pertemuan. Pelabuhan pada ketika itu adalah menjadi pintu masuk ke Tanah Melayu ertinya pelabuhan menjadi tempat pertemuan manusia samaada berdakwah, berdagang dan lain-lain. Kali ini kami menjejak dakwah Abuya di Sungai Melaka yang menjadi pusat tarikan pelancung yang datang ke negeri Melaka. 


Apakah keistemewaan pusat pelancungan iaitu Sungai Melaka yang menjadi tarikan pelancung dari dalam dan luar negara. Pertama ia adalah Sungai bersejarah, negeri Melaka di sebut negeri bersejarah. Disinilah bermulanya Melaka menjadi negeri bersejarah ianya dikenali oleh masyarakat didalam negeri dan masyarakat antara bangsa. Ia dikenali dari istilah Arab;
* Mulaqah, Malakat
* Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab
* Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'
* Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala dagang'


Kedudukan Melaka dari dahulu hingga sekarang yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun.


Apakah hubungan pelabuhan Melaka di Benua Asia dan pelabuhan Malaga di Benua Eropah. Hubungan kedua-dua pelabuhan tersebut berkaitan dengan dakwah Islam. Dakwah Islam juga masuk melalui laluan laut dengan menggunakan pelabuhan Malaga pintu masuk ke Andalusia kini dikenali dengan Sepanyol. Negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Selatan Perancis dapat dikesan sejarah kemasukan dakwah Islam melalui peninggalan kesan-kesan tinggalan sejarah Islam seperti nama-nama Arab pada bangunan-bangunan lama dan sebagainya. Seperti Malaga berasal daripada bahasa Arab Mulaqah atau malaqat yang bermaksud tempat pertemuan. Portugal berasal dari bahasa Arab iaitu Burtugal (برتقال) maksudnya buah limau.


Abuya menggunakan XPDC menjadikan tempat sejarah sebagai guru. Kata Abuya, "Sejarah adalah guru yang terbaik". Dua pelabuhan tersebut Abuya dedahkan kepada kita sebagai guru untuk kita belajar sejarah kemasukan dakwah Islam ke dua buah benua tersebut. Iaitu Melaka di benua Asia dan Malaga di benua Eropah. XPDC MENITI RAHSIA CIPTAAN ALLAH. Kita bukan sahaja belajar sejarah tetapi Abuya suburkan roh kita melalui dua pelabuhan tersebut. Keindahan dan kecantikan yang kita lihat pada pelabuhan- pelabuhan tersebut dapat menyuburkan rasa-rasa yang ada didalam diri kita. Iaitu merasa hebat dan kagum menikmati pelabuhan tersebut.


berjalan bermusafirlah melihat keagungan Allah
meninjau menitilah rahsia ciptaan Allah
ziarahilah makam kekasih Allah
kenangilah Rasulullah
bangunkan jiwa jihad Islami 
semangat syuhada' Ilahi

marilah bermusaifr laksanakan tuntutan jiwa
bermusafir berkenalana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkelana kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x

berbekal keimanan penyuluh disepanjang jalan 
mengharap keredhaan doa menjadi kelaziman

marilah bermusaifr laksanakan tuntutan jiwa bermusafir berkenalana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkelana kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x

penat lelah mainan safar tempuhi ranjau banyak bersabar
letih lesu tidak menentu syurga menjadi idaman kalbu

marilah bermusaifr laksanakan tuntutan jiwa 
bermusafir berkelana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkenalana kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x Iklan


XPDC Abuya jadikan sebagai hidangan rohani. Sebagai wadah untuk menyuburkan hati. Adanya hidangan rohani manusia mudah untuk dihidupkan perasaannya kembali untuk rasa Cinta Agung, iaitu cintakan Allah. Islam ada zahir dan ada batin. Kalau kita gagal mengenal batin dan kemudian mengisinya, kita akan gagal membaiki diri. Lebih-lebih lagilah kita akan gagal mendidik manusia lain. Bahkan kesannya kerosakan yang akan berlaku. Jadi mengenal diri bukanlah mengenal rupa lahir, tapi yang lebih penting adalah mengenal watak batin manusia, iaitu jiwa, fikiran, kepakaran, kecenderungan, watak, nafsu dan kekuatan yang ada pada diri kita. Yang positip kita suburkan dengan sifat-sifat mahmudah dan yang negatif kita kekangnya dengan bermujahadah.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman