Firman Allah SWT: وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ Maksudnya: dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). (Al Hujurat 49:13). Orang Arab umumnya berwatak berani,terus terang, kasar dan keras hati. Mereka juga begitu bersungguh-sungguh melayan tetamu dan kuat makan. Mudah bergaduh dan mudah bermaafan dan berbaik-baik. Orang Thailand umumnya berwatak lemah lembut, suka menolong, tidak mudah bergaduh dan bertolak ansur. Orang Barat wataknya cerdik, terus terang, boros, keras hati dan hidup nafsi-nafsi. Orang Melayu wataknya secara umum lembu, beralah, memendam rasa dan mesra. Watak seseorang atau sesuatu kaum itu terbentuk kerana pengaruh keturunan, perkahwinan, alam sekitar dan lain-lain. (Perkahwinan anak perempuan Sy. Mujahid At Tamimi sempena Maulidur rasul 1440/2018). Timur Tengah iklim dan muka buminya yang ekstrem, keterlaluan yakni panas da...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.