Langkau ke kandungan utama

BERKAT MAULIDUR RASUL.

(Foto:Sempena Maulidur rasul di rumah Sy. Hashim Jaafar).

 “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

Berkat senpena maulid Rasul, marilah kita menanam satu azam untuk menjadi umat Islam yang berubah, moga dengan itu  Tuhan ambil perhatian kepada kita. Walaupun kita belum menjadi orang yang bertaqwa tetapi kita mulakan azam untuk menjadi orang yang bertaqwa.

Memperjuangkan taqwa adalah suatu perjuangan keyakinan untuk mendapatkan bantuan Allah. Apabila kita tidak berusaha menjadi orang yang bertaqwa, macam-macam Tuhan tunjukkan perkara-perkara yang mengancam negara yang kita cintai ini. Bukan saja Tuhan tidak akan wariskan dunia kepada kita, apa yang ada pada kita pun Tuhan akan ambil.

Selama mana umat Islam tidak berubah, selagi itulah Tuhan tidak wariskan dunia kepada umat Islam. Kalau umat Islam tidak mahu berubah meningkat menjadi orang-orang yang bertaqwa.Sampai bila pun tidak mahu berubah dan meningkat menjadi orang-orang yang bertaqwa, sampai bila pun mereka tidak akan dapat mengusai dunia sebab dunia ini adalah warisan orang-orang bertaqwa.

Malah orang-orang Islam akan
terus lemah, mundur, miskin, ditindas, dijajah, dikawal dan ditekan oleh
kuasa-kuasa kafir.Oleh itu umat Islam 
mesti berubah. Umat Islam mesti meningkatkan ketaqwaan mereka. Baru Allah akan bela dan campur tangan.

Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ .
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar Ra'd 13:11).

Mengubah apa yang ada dalam diri itu ialah menjadikan hati itu yakin, beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Merasa bertuhan. Benci dunia dan cintakan Akhirat.Mensejahterakan hati itu dengan membuang segala sifat-sifat mazmumah. Menghiasi hati dengan sifat-sifat mahmudah dengan bermujahadah melawan dan mendidik nafsu. Juga mendidik mental dan fikiran berlandaskan ilmu Islam.Supaya ilmu Islam itu menjadi teras dan panduan dalam semua usaha dan tindak tanduk.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...