Langkau ke kandungan utama
FENOMENA KEBANGKITAN ISLAM ISU BESAR.

Fenomena Kebangkitan Islam merupakan suatu isu besar. Ia
menjadi perhatian umat Islam dan bukan Islam. Kebangkitan Islam kepada dunia Islam semakin terserlah. Kebangkitan Islam memberi kesan besar kepada masa hadapan Islam.
Sebab itu ia hendaklah ditangani dan dipandu arah kepada suatu visi yang pro aktif kepada kehidupan umat Islam.

Justeru itu Abuya mendidik kita dengan pendekatan kasih sayang. Pelancarannya bermula di Perancis kemudian di Utara Thailand dan seterusnya ditempat-tempat lain.

Realiti ini boleh juga dilihat di Malaysia. Populasi Islam kembali bertambah daripada 60 peratus kepada 65 peratus kini, walaupun pada awalnya mencecah 85 peratus sebelum migran Cina, India dan etnik lain diberikan kerakyatan sebagai syarat kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia. Di Barat ramai dikalangan masyarakatnya yang masuk agama Islam.

Fenomena Kebangkitan Islam dan aliran-aliran yang memperjuangkan Kebangkitan Islam itu di Malaysia dengan pendekatan dakwah.
Walaupun perjuangan Islam adalah untuk memartabatkan agama Allah SWT tuhan pemilik sekalian alam, dan pendokongnya juga digelar golongan Allah (Hizbullah), Asoib, para ikhwan. Namun Allah tidak menjadikan perjuangan Islam ini sentiasa menang dan di atas. Sebaliknya perjuangan ini senantiasa menghadapi pasang surut dan jatuh bangun.

Ketika Timur muncul kuasa besar Barat semakin lemah, ibarat diambang maut. Kuasa besar Timur yang diterajui oleh Soviet Union lebih awal jatuh. Ertinya kebangkitan Islam sekali lagi mengulangi sejarah kebangkitan Islam pertama. Ketika bangsa Arab muncul, Rom dan Parsi runtuh. Kuasa besar Parsi lebih awal menerima isyarat keruntuhannya iaitu dengan terpadamnya api majusi ketika kelahiran Baginda Rasulullah SAW.

Telah lahir generasi baru,
iaitu bangsa baru yang menggabungkan berbagai-bagai watak yang baik. Sebab berkahwin dengan berbagai bangsa dan etnik. Ini dapat disaksikan dengan mata lahir apa yang berlaku di Malaysia. Masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Bandar-bandar yang terdapat di Malaysia dengan berbagai warna, corak, budaya, bahasa, pelbagai bangsa dan agama. Malaysia dikenali juga dengan syurga makanan. Semua jenis makanan yang ada didunia boleh didapati di Malaysia. Bangsa baru inilah yang akan menerajui pusat empayar timur atas nama Islam.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...