Mengembara menuju Allah.
Bermusafir dan mengembara banyak beri pengalaman. Jauh perjalanan luas pandangan.Ke mana pun kita pergi musafir di bumi Tuhan ini, kita dapat menyaksikan macam-macam keajaiban. Ketika berpeluang bermusafir atau berxpdc dengan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi banyak pengalaman rohani yang kita alami.
Hati kita dibawa kepada Tuhan. Macam-macam rasa yang positif dapat disuburkan. Sifat-sifat mahmudah dicungkil dari dalam diri kita dan disuburkannya.Takrif musafir dalam Islam. Musafir berasal dari bahasa Arab. Safara yusafiru musafaratan. سافر يسافر مسافرة
Kalau pada kebangkitan Islam pertama umat Islam dikejutkan pemusafiran rohani yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke hari ini umat Islam menyambut perayaan israk mikraj. Dengan mengingati musafir rohani tersebut menambah keyakinan umat Islam tentang kuasa Tuhan yang melakukannya.
Maksud firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Al Israk 17:1).
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Al Israk 17:1).
Musafir rohani atau XPDC rohani yang berlaku kepada Rasulullah SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Perjalanan Israk mikraj kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail.
Perjalanan Israk mikraj tersebut adalah antara mukjizat Rasulullah SAW.
Para alim ulama menyatakan bahawa perjalanan Israk mikraj adalah secara roh dan fizikal turut bersama.
Para alim ulama menyatakan bahawa perjalanan Israk mikraj adalah secara roh dan fizikal turut bersama.
Bagi umat Rasulullah SAW hanya berlaku secara fizikal. Kalau roh musafir tidak melibatkan fizikal. Begitulah sebaliknya roh mengembara tanpa melibatkan fizikal.
Pengembaraan hati kita boleh bertemu dengan roh orang-orang yang soleh. Ia berlaku secara mimpi atau yaqazah.
Hati merupakan raja kepada setiap diri seseorang. Hati yang dimaksudkan adalah hati rohani bukannya hati jasmani. Hati jasmani adalah hati fizikal yang kita boleh lihat. Ia merupakan segumpal darah yang terletak di dalam dada kita. Manakala hati rohani pula hati yang kita tidak dapat melihat secara zahir. Hanya Allah SWT Maha Mengetahui.
Sebagai manusia yang bersifat baharu iaitu tidak kekal adakalanya kita akan diuji oleh Allah SWT dengan penyakit hati. Bagi hati jasmani, kita mungkin boleh mengubatinya dengan mengambil ubat dan berjumpa dengan doktor perubatan.
Sifat bagi hati rohani juga boleh digambarkan seperti hati jasmani di mana ada ketikanya dia akan sakit.
Antara cara kita menyuburkan hati ialah dengan bermusafir. Musafirlah untuk menyaksikan kebesaran Allah SWT. Setiap kali kita melihat keindahan ciptaan Tuhan hati kita akan terhubung dengan Tuhan yang Maha pencipta.
Ulasan
Catat Ulasan