(Masjid Cordoba di Andalusia Spain).
Semasa Zaman Kegemilangan Islam (750 - 1250: zaman
Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Antara kesan peninggalan umat Islam seperti masjid Qordoba di Spain.
Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Antara kesan peninggalan umat Islam seperti masjid Qordoba di Spain.
Umat Islam di Spain memulakan pembinaan Masjid Agung Cordoba pada tahun 785 dan menandakan permulaan seni bina Islam di Sepanyol dan
Afrika Utara. Masjid ini terkenal dengan gerbang-gerbang dalaman yang ketara. Seni bina Moor mencapai puncaknya dengan pembinaan Alhambra
yang merupakan istana/kubu Granada
Afrika Utara. Masjid ini terkenal dengan gerbang-gerbang dalaman yang ketara. Seni bina Moor mencapai puncaknya dengan pembinaan Alhambra
yang merupakan istana/kubu Granada
yang indah dan mengagumkan, dengan ruang-ruang dalaman yang terbuka dan berangin dan yang dihias dengan warna merah, biru, dan emas. Dinding-dindingnya dihias dengan motif-motif dedaun, inskripsi-inskripsi Arab, dan reka-reka bentuk awan larat, dengan dinding-dindingnya dilitupi oleh jubin-jubin berkaca. Masjid Qolsharif di Rusia disiapkan sekitar tahun 1000. Ia masih lagi merupakan masjid yang terbesar di timur Eropah kini. Pembinaan Masjid Agung Samarra di Iraq yang disiapkan pada tahun 847 menggabung
kan seni bina hipostail yang terdiri daripada baris-baris tiang yang menyangga sebuah tapak datar yang mempunyai menara pilin yang besar di atasnya.
( Universiti Al-Azhar/ Masjid Al Azhar).
Persoalannya sekarang, apakah insaniah itu benar-benar dapat dibangunkan dalam masjid pada hari ini. Ramai orang termasuk pemimpin politik dan pemimpin masyarakat tahu akan perlunya membangunkan insan. Kalau tidak, masyarakat akan jadi rosak dan kucar kacir. Maksiat akan berleluasa. Disebabkan tidak ada panduan dan ilmu tentang masalah ini, maka mereka menggunakan akal mereka. Ada juga merujuk kepada Barat.Inilah yang menimpa masyarakat kita sekarang. Penyakitnya sudah diketahui tetapi ubatnya belum jumpa. Maka disebabkan itu, penyakit bertambah teruk dan bertambah kronik kerana ubat-ubatan yang dicuba itu kesemuanya racun belaka.
( Masjid di Afrika Utara ).
Keinsanan merangkumi masalah batin. Ia termasuk masalah dalaman, atau menyentuh soal hati, jiwa dan rohani. Mereka tidak ada cara. Bahkan, orang-orang Baratlah yang paling rosak insaniah mereka. Dalam hal ini kita mesti kembali kepada Allah SWT, kepada ajaran Rasulullah. Maka Rasulullah bina para sahabat dengan diberikan Tuhan terutamanya melalui sembahyang yang khusyuk. Daripada sembahyang yang khusyuk akan lahir rasa cinta dan takutkan Allah SWT.Kita fokaskan bagaimana masjid benar-benar berfungsi sebagai pusat rohani. Kerana didalamnya kita melakukan sembahyang. Apakah ianya benar-benar menjadi pusat atau universiti rohani. Kerana fungsi masjid khususnya adalah tempat kita bersembahyang.
Berapa banyak masjid sepatutnya telah ramai graduan-graduan rohani yang dilahirkan daripada masjid-masjid tersebut. Itulah peranan utama masjid iaitu melahirkan orang-orang rohani. Masjid adalah pusat pembangunan insan. Pada hari jumaat berapa ramai manusia yang keluar daripada masjid dan bertebaran disetiap lapangan jurusan kehidupan manusia. Tetapi kalau hanya fizikal sahaja yang keluar daripada masjid-masjid yang ada tidak pun memberikan kekuatan kepada Islam. Kalau ramai yang berpusu-pusu sembahyang di masjid tetapi hanya lakukan pergerakan fizikal ia tidak akan memberi apa-apa kekuatan kepada Islam. Walau seramai mana sekalipun yang bersembahyang tidak akan memberi apa-apa manfaat dan kekuatan.
Walau sebanyak mana pun kita bersembahyang, berpuluh tahun kita lakukan hitam dahi, sakit-sakit kaki, tapi yang sembahyang itu ialah fizikal lahir kita. Yang berdiri badan, akal dan hati tidak berdiri. Badan yang rukuk, akal dan hati tidak rukuk. Badan yang sujud, akal dan hati tidak sujud. Yang membaca lisan, akal dan hati tidak membaca.
Itulah rahsia mengapa sembahyang tidak memberi kesan. Itulah rahsia mengapa orang yang bersembahyang berbohong, rasuah, menipu, bakhil, sombong, khiana t, mengumpat, kejam, zalim, pemarah, riyak, sum’ah, tidak bertimbang rasa, tidak ada tolak ansur, tamak, jahat sangka, ingin nama, suka glamour dan lain-lain lagi sifat yang keji. Sedangkan sembahyang Allah berkata: tanha ‘anil fahsya i’walmunkar.
Apabila khusyuk di dalam sembahyang melalui mujahadah, ia mudah jemu. Tapi orang yang khusyuk di dalam sembahyang kerana telah mesra dengan Allah tidak jemu. Bahkan bertambah-tambah lazatnya, adakalanya hingga melupakan dirinya.
Ada orang bersembahyang boleh juga khusyuk jika mujahadahnya kuat. Tapi orang yang sudah mesra dengan Tuhan, rasa kehambaan dirinya mendalam, khusyuk di dalam sembahyang mudah sahaja tanpa mujahadah.Jika di dalam sembahyang hati tidak terhubung dengan Allah, sudah pasti di luar sembahyang lebih-lebih lagi payah.
Tujuan sembahyang kerana hendak melahirkan rasa kehambaan kepada Allah yang Maha Pencipta lagi Berkuasa. Oleh itu di dalam sembahyang mesti hudhur, faham, takzim, hebat, raja’, haya’, kalau rasa-rasa tersebut tidak ada di dalam sembahyang bukan sembahyang namanya.
Selagi sembahyang tidak khusyuk, penyakit hati (mazmumah) seseorang itu tidak akan dapat ditumpaskan seperti sombong, pemarah, hasad, megah, tamak, dendam dan lain-lain. Dari sinilah lahirnya penyakit masyarakat. Ertinya bila sembahyang tidak khusyuk mazmumah masih wujud. Jika mazmumah masih wujud, penyakit masyarakat pasti wujud. Kalau begitu untuk menangani gejala-gejala masyarakat betulkan sembahyang lebih dahulu. Sembahyang ubat penyakit masyarakat. Beginilah metodologi cara membaiki masyarakat menurut Islam
Ulasan
Catat Ulasan