MASYARAKAT YANG AMAN.
(Anak cucu Abuya Ashaari Muhammad)
Firman Allah SWT:
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ.
Maksudnya:
"Negara yang aman makmur dan mendapat ampunan Tuhan."
Dalam sebuah masyarakat yang bertamadun, hidup yang indah, selesa, dan menyenangkan kerana didalamnya terbina dua tuntutan manusia iaitu tuntutan rohani dan tuntutan lahiriah.
Disudut rohaninya, berlaku ukhuwah, kasih sayang, timbang rasa, rasa bersama, bersatu padu, bekerjasama, bertolak ansur, maaf-bermaafan, doa-
mendoakan, bertolong bantu, pemurah, berdisiplin dan bersih dari noda dan dosa.
Di sudut lahiriahnya pula, hidup aman damai, makmur, membangun, terdapat kemudahan dalam serba serbi termasuk makan minum yang cukup, pakaian serba ada, tempat tinggal yang selesa dan perhubungan yang mudah.
Wujud perniagaan dan industri, pertanian dan pendidikan.
Semua orang ada kerja, tidak ada yang menganggur. Ahli masyarakat mudah mencari rezeki, mudah beragama dan mudah belajar. Hospital banyak dan menyenangkan. Maruah agama, bangsa, dan negara terjaga.
Hak asasi manusia terjamin, dijaga, dipertahankan dan diamalkan. Siapa yang mencerobohinya diadili dan dihukum setimpal dengan kesalahannya.
Manusia bebas membuat aktiviti. Namun dalam kebebasan itu, tidak pula melanggar peraturan. Tidak merosakkan hak asasi manusia.Manusia aktif tetapi berdisiplin.Rajin tetapi tidak pula melanggar etika.
Dalam maju, suasana tenang. Berlumba-lumba membuat kemajuan dan kebaikan tetapi tidak ada hasad dengki. Dalam kesibukan tidak ada pelanggaran.
Manusia penuh sopan, rendah diri, tidak berlagak-lagak dan menunjuk-nunjuk, hormat menghormati, jaga-menjaga, ingat-mengingat,tegur-menegur dan sayang menyayangi.

Ulasan
Catat Ulasan