Langkau ke kandungan utama

MAULID MANUSIA PALING AGUNG.


Hari ini 6 Rabiulawal 1440 hijrah
Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan kelahiran Baginda SAW.  Manusia yang paling dicintai Allah SWT!.Kita sedang menuju hari kebesaran-nya! Nabi kita sangat mulia tiada taranya. Jika di rumah sebaik-baik suami, bersama anak-anak sebaik bapa, dengan sahabat sebaik-baik kawan, dengan ummat sebaik-baik pemimpin yang ada! Marilah kita berselawat kepadanya. Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat kepada Nabi SAW.

(Menyambut Maulidur rasul ke 1440 H).

Wahai orang beriman, marilah berselawat kepadanya. Baginda SAW sangat memuliakan tetamunya sekalipun bukan Islam. Setiap yang bergaul dengan Baginda terasa puas hati dengannya.Baginda adalah penutup sekelian para Nabi dan para Rasul. Baginda di utuskan Tuhan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Baginda juga di utuskan Tuhan untuk membawa rahmat kepada sekelian alam.


Iaitu seluruh ciptaan Allah SWT. Baginda adalah seajaib-ajaib ciptaan Tuhan.  Tiada yang lebih menghairankan selain Baginda SAW. Perjalanan hidup Baginda SAW adalah sunnah yang kena di ikuti oleh umatnya. Mengikuti sunnahnya adalah panduan kepada manusia. Manusia yang bersamanya adalah hidayah. Baginda menyediakan Jadual Allah buat umatnya. Maka terjadilah kebangkitan Islam pertama dan akan berlaku sekali lagi satu kebangkitan yang menyalin kebangkitan pertama.
(Putrajaya Malaysia ).

Jadual kebangkitan pertama berdepan dengan dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Jadual berikutnya juga berlaku perkara yang sama iaitu berdepan dengan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union. Kuasa besar yang diterajui oleh Rusia telah hilang dalam peta dunia. Sekarang sedang di ikuti oleh dunia Barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat juga diambang maut.

(Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan darurat di California berikutan kebakaran hutan paling buruk sehingga mengancam beberapa bandar ...).

Kalau pada Barat Allah SWT beri
sains teknologi yang begitu mempesonakan, maka Allah SWT bagi mukjizat kepada Baginda SAW. Mukjizatnya yang paling besar adalah Al Quran. Dan kepada umatnya diberikan karomah untuk menandingi dan mengatasi sains teknologi.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...