Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN PASIR SALAK PERAK.

(Foto kompleks Sejarah Pasir Salak).

Kompleks Sejarah Pasir Salak ialah sebuah kompleks sejarah di Pasir Salak, Perak Tengah, Perak, Malaysia. Ianya dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990. Terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari Ipoh dan kira-kira 25km dari Teluk Intan, Perak, Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah destinasi yang perlu dikunjungi terutama pencinta sejarah.
(Foto Muzium Pasir Salak Perak).

Pada hari kedua hari raya puasa, 2 November 1897, berlaku suatu peristiwa bersejarah di Pasir Salak, Perak. Pada hari itu, orang Melayu di bawah pimpinan Dato' Maharaja dan Dato' Sagor telah melaksanakan keputusan mesyuarat yang berlangsung di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk membunuh J. W. W. Birch. Keputusan ini ditetapkan oleh Sultan Abdullah, pembesar dan wakil pembesar Perak yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Tentangan dan pembunuhan ini adalah yang pertama dalam sejarah penentangan terhadap campur tangan British dalam pentadbiran negeri‐negeri Melayu. 
(Foto rumah Melayu Perak).

Akhirnya hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang terlibat membunuh J. W. W. Birch serta keadaan mereka yang menjalani hukuman buang negeri di Pulau Seychelles. Perjuangan untuk merdekakan fikiran orang Melayu dan umat Islam yang masih dijajah diteruskan. Ilmu perlu untuk mempertingkatkan daya pemikiran yang bersih. Untuk itu, jalan untuk mendapat ilmu perlu diperlengkapkan. Mengikut ulama, ilmu Islam akan mudah dicungkil dengan taqwa. Maksud firman Tuhan, "Dan bertaqwalah kamu pada Allah; nescaya Allah akan ajarkan kamu." (Al Baqarah 2:282).
Imam Waqi' (guru Imam Syafie)
pernah memberitahu, sewaktu beliau ditanya oleh Imam Syafie,
"Bagaimana untuk mudah mendapat ilmu ? Jawabnya, "Hendaklah takut kepada Allah SWT." Setelah kita menghurai tentang daya pemikiran dan peringkat-peringkat serta memberi perbandingan, maka bolehlah kita nilai diri kita masing-masing: ditahap mana IQ kita?

(Foto tugu Pasir Salak Perak).

Kalau diibaratkan perniagaan; apakah kita ini kilang yang mengeluarkan produk? Atau agen-agen yang jadi pengedar barang-barang dari kilang tersebut? Atau kedai borong atau kedai runcit yang hanya tunggu pembeli-pembeli (consumer)? Atau menjadi pelanggan yang hanya hanya boleh membeli barang-barang tertentu sekadar untuk keperluan diri sendiri sahaja? Dengan kita berbuat demikian dapatlah kita menilai diri kita: diperingkat mana IQ kita?. Wallahua'lam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...