Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

PEJUANG YANG MERUBAH MASYARAKAT.

Kepada pejuang kebenaran, pasti mereka akan diuji. Kerana ujian yang paling besar dan berat itu diberikan kepada mereka yang paling dekat dengan Allah, seperti para Nabi dan Rasul, seterusnya mengikut kekuatan dan tahap iman masing-masing. Para pejuang Islam perlukan kekuatan rohaniah dan cita-cita Islam. Mereka perlukan Zikir atau Wirid khususiah atau amalan tarekat. Memisahkannya bererti membuang roh dari jasadnya. Apalah ertinya lagi kalau itu berlaku kepada jasad dan roh tadi? Kekuatan rohaniah dan cita-cita Islam yang ada pada diri kita akan terus mengubah masyarakat dengan dakwah dan tarbiah.  "Islam bangkit di setiap zaman, bersama bersama tarekat pengiring. Tanpa kegiatan rohaniah, para pejuang tidak mungkin ada 'power' untuk melakukan kerja-kerja kebangkitan itu. Bila selesai program dan sempurna program kebangkitan itu, untuk sesuatu zaman itu, maka tamat jugalah peranan tarekat itu." Pejuang kebenaran bagi kebangkitan Islam sekali lagi akan mengambil pendek

PERTEMBUNGAN MUSYSIK DAN KUFFAR DI-ALEPPO SYRIA.

Pertembungan Rafidah (Syiah) dan MUBTADIAH (Wahabi) di Aleppo Syria sedang mengganas sekarang. Kuasa besar mengambil peluang menjual senjata kepada golongan yang sedang berperang di Aleppo sekarang begitulah perkara yang sama peperangan sesama umat Islam di tempat lain. Golongan 'Rafidah' atau Syiah bertembung dengan wahabi di Aleppo Syiria. Rafidah yang di ketuai oleh Iran dan di dokong oleh Rusia (Kuffar) dengan membekalkan senjata kepada mereka. Wahabi di ketuai oleh Saudi dan didokong oleh Amerika (Musyrik) dengan membekalkan senjata. Semua komflik yang berlaku petanda Imam Mahdi sudah hampir datang untuk berperanan mendamaikan dunia khususnya umat Islam yang sedang bergaduh.  KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel. Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi S

PEJUANG KEBENARAN TIDAK RAMAI TETAPI BERPENGARUH.

Sesuatu kebenaran yang datang dari Tuhan sangat berpengaruh. Perjuangan Abuya bertapak di Timur. Ianya sekarang di teruskan oleh keluarga besar Abuya dan ahli yang yakin dengan perjuangan Abuya sama-sama sedang memeriahkan kebangkitan Islam bersama masyarakat. Kini giliran Timur ertinya kebenaran itu akan terserlah di Timur ini. Pengaruh Timur akan mengatasi pengaruh Barat. Bila tuhan hendak gilirkan Timur ertinya banyak kebaikkan akan terserlah dari Timur. Kemakmuran juga akan terserlah dari Timur. Keluarga Abuya dan ahli sebagai pejuang yang mendokong kebenaran meneruskan misi Abuya tidak ramai. Hasil perjuangannya besar. Jemaah kebenaran itu ahlinya tidak ramai tetapi hasil perjuangannya lebih banyak daripada jemaah yang bukan kebenaran walaupun ahlinya ramai. Begitu juga perjuangan kebenaran itu walaupun membawa Tuhan, membawa Islam, orang yang tidak Islam pun suka. Ini menjadi pengalaman keluarga Abuya sendiri kerana mereka kini sebahagiannya tinggal di kawasan yang berjiran denga

TOKOH KRISTIAN MANILA TERTARIK DENGAN ABUYA.

Penerimaan sebuah keluarga kristian di Manila Filipina terhadap minda Abuya dan kepimpinan Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi serta pengislaman beberapa orang ahli keluarga itu selepas beberapa hari ketibaan Abuya di Filipina. PAULIE CAYETANO seorang tokoh pejuang hak asasi Manila Filipina tertarik dengan Islam. Mengimbau kembali dakwah Abuya Imam Ashaari At Tamimi di Manila pada bulan april 1994. Telah melengkapkan misi dakwah Abuya di bumi sebelah Timur. Manakala sambutan baik daripada golongan intelek, ahli perniagaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan beragama kristian di sini.  Kunjungan dakwah Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi ke bumi Filipina adalah sebagai penyelamat kepada 65 juta penduduk yang sedang "karam", kata Louie L. Balatbat, 60, seorang ahli politik dan ahli perniagaan terkenal di Filipina. Beliau berkata, Abuya dihantar khusus oleh Allah untuk tujuan itu. Hasil mereka menilai perubahan yang berlaku kepada Abu Khairullah salah seorang dari keluarga merek

ISLAM ADA KAEDAH LAHIRKAN RAKYAT BERWIBAWA.

Membina dan membangunkan insan ini bukanlah boleh buat sambil lewa dan bukanlah perkara main-main. Ia satu usaha yang serius dan memerlukan satu bentuk kemahuan dan komitmen yang tinggi. Ia bukan setakat berkumpul satu kem untuk beberapa hari, bergaul lelaki dan perempuan, muda dan mudi, mandi sungai, meredah hutan, gotong royong, berkayak, bermain berbagai bentuk permainan, berkawad dan perkara-perkara yang seperti itu. Kalau tidak kena caranya, ini semua bukan akan membina insan tetapi merosakkannya. Membangunkan insan bukan perkara boleh dibuat secara berkala. Ia sebahagian dari hidup. Ia mesti menjadi program hidup. Ia mesti berjalan secara berterusan tanpa henti dan rehat. Kalau rehat insaniah manusia akan rosak semula kerana dicemari oleh nafsu, syaitan, manusia dan dunia.  Manusia itu, kalau insannya dapat dididik, dijaga, dibina dan dibangunkan, maka dia akan jadi seperti malikat bahkan lebih baik dari malaikat. Baiknya malaikat sekadar dan setakat mengikut akal dan hati mereka

ETNIK YANG MENJADI PAYUNG KEPADA BANGSA LAIN.

Di-celah-celah kehancuran dan keruntuhan moral di dunia hari ini, muncul satu "etnik baru " dari sebelah Timur. Kemunculannya untuk menyuburkan keyakinan dan kepercyayaan umat Islam bahawa zaman keangkuhan empayar Barat sudah sampai ke titik penghujung. Etnik baru itu tampil untuk membenarkan janji Allah Islam akan bangkit kembali di sebelah Timur. Daerah kelahiran pencetus etnik baru ini, telah dipilih sebagai gelanggang asas kebangkitannya. Mereka datang dari Timur itu membawa harapan yang besar. Perjuangan Abuya Imam Ashaari At Tamimi yang menjadi pencetus etnik baru ini untuk sama-sama mendukung kebangkitan Islam kali kedua ini. Mereka datang bersama cahaya harapan kepada umat Islam dengan pendekatan kasih sayang dan kaedah serta formula tersendiri. Mereka adalah etnik baru datang dari sebelah Timur. Ciri-Ciri mereka yang menjadi etnik baru ini yang akan menjadi payung kepada bangsa lain. Di mana kebenaran yang ada pada mereka terserlah. Kebenaran yang dimaksudkan ialah:

CIRI-CIRI ETNIK BARU.

Ciri-Ciri etnik baru yang menjadi payung kepada bangsa lain. Di mana kebenaran yang ada pada mereka terserlah. Kebenaran yang dimaksudkan ialah:  • Kasih sayang • Keadilan • Perikemanusiaan yang amat tinggi • Rasa bersama dan bekerjasama • Kesatuan dan perpaduan • Mengutamakan orang lain dan bertolak ansur
• Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan • Merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia • Memikirkan kepentingan orang lain • Sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian. Umat Islam meletakkan harapan tinggi kepada etnik baru yang dikenalkan oleh Rasulullah dengan gelaran Ikhwan.Dengan adanya ikhwan moga dapat mengembalikan semula kebenaran yang di nanti-nantikan oleh semua bangsa dan agama yang ada di Malaysia.  Kebenaran yang telah di sebutkan seperti di atas. Inilah yang Abuya kongsikan dengan kita sebelum ini bahawa golongan ikhwan ini sangat berperanan di era kebangkitan islam. Iaitu kegemilangan Islam kali kedua bukan satu rama

PERJUANGAN ABUYA BERSIFAT GLOBAL

Keluarga Abuya dan ahli jemaah meneruskan perjuangan kebenaran yang diperkenalkan oleh Abuya selama ini terus mara ke hadapan. Perjuangan kebenaran itu walaupun ahlinya tidak ramai, oleh kerana ia bersifat sejagat maka semua golongan ada. Ia benar-benar bersifat global. Bukan Melayu sahaja atau Arab sahaja atau Malaysia sahaja. Sama ada di kalangan ahli mahupun di sudut pengaruh. Kalau ada ciri itu, itulah kebenaran seperti ilmu yang telah di kongsikan sebelum ini. Begitu juga peringkat masyarakatnya. Tidaklah hanya ada orang pandai sahaja atau orang bodoh dan orang miskin sahaja. Tidak begitu. Sebab sudah dikatakan tadi, sifat kebenaran itu global. Ahlinya pun global. Di dalamnya ada orang miskin, orang pandai, orang bodoh, orang kaya. Itulah lagi antara ciri kebenaran yang lahir.  Berdasarkan contoh yang di sebutkat di atas jelas bahawa Abuya telah melagang satu perjuangan yang menepati ciri-ciri yang bersifat global. Abuya mempunyai keluarga besar, di dalamnya pelbagai bakat, watak

ABUYA BERJAYA LAHIRKAN GENERASI KE 3 PENERUS PERJUANGAN.

Perjuangan kebenaran yang di janjikan keturunan pemimpinnya dijaga. Perkara tersebut termasuk yang tersirat  itu ialah Tuhan menjaga keturunan pemimpin itu. Inilah yang saya maksudkan Tuhan monitor dari jauh lagi. Ratusan dan puluhan tahun sebelum Rasulullah, keturunannya tidak cacat, sama ada dari pihak ibu mahupun ayahnya. Ertinya Rasul dari keturunan yang sangat bersih. Kalau pemimpin yang bukan rasul, keturunannya agak bersih. Kalau Rasul sangat bersih keturunannya. Kalau mujaddid agak bersih. Tuhan jaga keturunannya. Peribadi pemimpin yang di janjikan terpelihara. Ini adalah 
termasuk yang tersirat, waktu pemimpin itu baru lahir hingga dewasa, nakal macam mana pun, lasak macam mana pun dia namun ada padanya sifat-sifat tertentu yang Tuhan beri supaya jangan sampai dia memiliki sifat-sifat yang jahat. Kalau Rasul sudah tentulah terpelihara. Sebab itu Sayidina Abu Bakar, oleh kerana berkawan dengan Rasulullah sejak kecil, dia nampak betul Rasulullah itu pelik, luar biasa dan ajaib.

KELUARGA ABUYA KINI UMPAMA ETNIK BARU.

Dalam Islam membangunkan jemaah Islam adalah wajib. Sembahyang berjemaah adalah wadah Allah proses hati-hati cintakan jemaah Islam. Disiplin sembahyang berjemaah adalah peraturan dan disiplin Islam paling asas. Ataupun disiplin yang wajib dipatuhi kalau tidak akan mencacatkan sembahyang jamaah kita. Kalau tidak ikut disiplin sembahyang jamaah sekalipun kita berjemaah tetapi Tuhan hanya bagi ganjaran sembahyang bersendirian bukan ganjaran pahala berjamaah. Proses paling penting dalam sembahyang berjemaah untuk menjadikan kita seorang hamba Allah dan  KhalifahNya. Sebab itu ayat-ayat didalam sembahyang sangat membesarkan Tuhan. Ertinya memaksa hati kita menjadi hamba bukan tuan. Dalam sembahyang berjemaah juga ada roh kepimpinan dan bagaimana menjadi makmum yang baik atau rakyat yang taat mendukung kepimpinan yang baik. Bagi umat Islam yang sembahyang berjemaah ertinya dia sedang mendisiplinkan dirinya pandai memahami keperluan masyarakat. Jika imam telah melakukan kesilapan maka makmum

ABUYA ADALAH PEMIMPIN ROHANI DI ERA TEKNOLOGI.

Pemimpin rohani sangat mengambil berat dan mendidik hati kita supaya pandai merintih dengan Tuhan. Dunia era sekarang menyaksikan dua bentuk kepimpinan iaitu kepimpinan kapitalis dan kepimpinan rohani. Kepimpinan akal yang hanya bersandarkan akal hanya mementingkan pencapaian teknologi sekalipun insaniahnya hancur. Kepimpinan rohani yang membina insaniah manusia, jiwa manusia atau hati di persiapkan supaya pandai bergantung dengan Tuhan. Kepimpinan rohani disamping mendidik hati manusia juga tidak abaikan teknologi yang boleh di manfaatkan untuk Islam.  Pertembungan kepimpinan rohani dan kepimpinan yang masih mengagungkan akal sangat ketara. Contoh apa yang berlaku sekarang pemimpin yang membesarkan akal diperingkat awal masih memperjuangkan Islam. Semakin dihujung kepimpinan yang mengagungkan akal nama Islam sudah tidak disebut tetapi menjadi pejuang LGBT. Pemimpin-pemimpin bertunjangkan akal sedang buntu untuk mempertahankan saki baki umur sistem Komunis dan sistem Demokrasi yang aka

ABUYA PENCETUS XPDC JEJAK RASUL.

Jejak Rasul program di TV3 yang menjadi santapan rohani setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan yang mulia. Jejak Rasul mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3 merupakan program dokumentari berbentuk ilmiah yang popular di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul. Abuya Imam Ashaari At Tamimi lebih awal lagi melakukan program JEJAK RASUL pada tahun 1986. Penulis salah seorang peserta yang di bawa oleh Abuya Imam Ashaari At Tamimi.  Di antara tempat kunjungan Abuya ialah pelabuhan yang pernah di terokai oleh umat Islam pada kebangkitan Islam pertama. Seperti pelabuhan Malaga Spanyol. Andalusia empayer Eropah yang terkenal di zaman era Islam. Malaga adalah nama yang berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat pertemuan. Pelabuhan didalam bahasa Melayu tempat pertemuan laluan perairan. Pelabuhan Singapura di bawah pemerintahan koloni British, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat strategik

YAHUDI SANGAT MENGIKUTI KEBANGKITAN ISLAM.

Melalui pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong rakyat di republik berkenaan akan memilih beberapa tokoh di kalangan orang Melayu dalam pilihan raya presiden negara itu yang dijadual pada 2017. Kata Lee langkah berkenaan dibuat sebagai satu daripada pembaharuan dalam sistem presiden negara tersebut. “Maknanya jika seseorang calon Melayu layak bertanding, Singapura akan mendapat seorang presiden Melayu sekali lagi. “Ini adalah kali pertama kita mendapat seorang presiden Melayu sejak lebih 46 tahun, selepas Yusof Ishak,” katanya dipetik akhbar Straits Times. Melalui agenda reformasi itu Singapura bercadang memperuntukkan jawatan presiden negara berkenaan kepada sesuatu kaum yang tidak mendudukinya selama lima penggal berturut-turut. Bangsa Yahudi di akui bangsa yang cerdik. Dengan kecerdikannya dia menentang kebenaran yang datang dari Tuhan, iaitu agama Islam. Yahudi juga sangat faham bagaimana Tuhan gilir-gilirkan dikalangan manusia ini untuk menerajui dunia ini mengatasi manusia lai

KAEDAH JONGKANG JONGKIT TEGAKKAN KEBENARAN ISLAM.

Kebangkitan Islam di Timur. Tapaknya di Malaysia, negara Malaysia menjadi simbul kebangkitan Islam di Timur.  Kebangkitan Islam kali kedua sedang berlaku depan mata kita. Besarnya kebangkitan ini mengulangi kebangkitan pertama. Kegemilangannya pasti berlaku kerana ia adalah janji Allah. Ini membuktikan hanya Islam mampu bertahan menghadapi cabaran zaman, perubahan ideologi dan gelombang fikiran manusia. Selain daripada Islam, semua ideologi ciptaan otak akan runtuh. Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan.  Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka. NIKMAT Kemer

APAKAH RAHSIA ABUYA LAHIRKAN PENERUS JAMAAH?

Setelah menjadi penerus perjuangan Abuya yang jemaahnya kini telah berusia hampir 50 tahun. (1968- Des 2016).Tercatat dalam buku sejarah perjuangan Abuya sehinggalah diharamkan pada tahun 1994. Saya orang terakhir selaku timbalan Abuya Imam Ashaari At Tamimi telah berjaya Abuya memindahkan cita-cita perjuangannya menjadi cita-cita saya sebagai generasi penerus perjuangan Abuya didalam keluarganya dan juga ahli yang setia kepadanya. Cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh Abuya menjadi kekuatan kepada saya meneruskan cita-cita perjuangan Islam jemaah yang Abuya cetuskan sendiri. Orang yang cintakan perjuangan Abuya terlalu cinta dan yang bencikan jemaahnya terlalu benci. Bagi orang yang nampak kebaikan yang diperjuangkannya tidak semudah itu melupakannya sekalipun tepaksa mengharungi ISA di zaman Tun Dr. Mahadir Muhammad. Berkat perjuangan Abuya produk halal menjadi viral era kebangkitan Islam ini. Penutupan aurat dan seterusnya Islam is the way of life menjadi cita-cita masyarakat seka

MENJAGA IBUBAPA ANAK KUNCI KEBERKATAN.

Tidak ada orang yang tidak sukakan kebahagian. Ingin hidup bahagia. Ingin hidup berkat adalah fitrah. Kebahagiaan adalah kehendak semua manusia. Kebahagaian milik bersama baik lelaki atau perempuan. Semua bangsa, etnik, agama inginkan kebahagaian. Manusia merasa hidup bahagia ataupun selesa apabila dikatakan hamba Allah. Tujuan manusia hidup adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Hal ini sesuai dengan wahyu, dibenarkan juga oleh akal dan hati manusia. Dengan menyembah dan beribadah kepada Allah, manusia mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat. Berkhidmat kepada Ibu bapa juga adalah ibadah. Khidmat yang besar sesama manusia iaitu khidmat kepada ibubapa. Jasa Ibu bapa besar, kerana mereka kita hidup di dunia ini sekalipun haqiqatnya kehendak Allah SWT. Oleh karena itulah dalam Islam diberi panduan tentang perkara tersebut. Iaitu berkhidmat kepada ibubapa. Seterusnya di bawah ini dijelaskan ayat Al Quran dan Hadist tentang berbakti kepada ibu bapa. Ia juga ada kaitan dengan