Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

GEJALA YANG MEROSAKKAN NEGARA.

GEJALA YANG BOLEH MEROSAKAN NEGARA. ( Masjid Uqbah bin Nafi' ). ( kota lama Tunisia ). ( istana di Tunisia ). ( kota Carthage Phoenicia ). Tunisia (Bahasa Arab: تونس), secara rasminya Republik Tunisia (الجمهورية التونسية), ialah sebuah negara yang terletak di pantai Mediterranean di Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang paling utara serta negara terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih kurang 40% daripada negara ini terdiri daripada gurun Sahara, dengan kebanyakan kawasan yang lain terdiri khususnya daripada tanah subur. Kedua-dua kawasan tersebut memainkan peranan yang utama pada zaman kuno, awal-awalnya kepada kota Carthage Phoenicia yang termasyhur dan kemudiannya, sebagai Provinsi Afrika yang kemudian dikenali sebagai bakul roti Empayar Rom. Panjang garis pinggir lautnya 1,300 kilometer.  Uqbah bin Nafi' r.a telah berusaha membangunkan bandar Qairawan pada tahun 50 Hijrah. Sahabat Nabi SAW yang telah membuka Afrika Utara. Uqbah bin Nafi adalah seorang panglima M

PENDIDIKAN SUDAH ROSAK

UMAT ISLAM DIROSAKAN MELALUI PENDIDIKAN ( salah seorang murid Abuya sebagai pengusaha produk Islam daripada Sabah ). ( salah seorang anak Abuya bersama keluarganya, adalah lepasan pendidikan Abuya sendiri ). Pendidikan Abuya adalah pendidikan Islam yang melahirkan masyarakat yang berkasih sayang, bertolong bantu satu sama lain.  Ini kerana ilmunya dari matan Al-Quran dan Hadis, ijmak ulama dan kias. Memang itu yang sepatut dihasilkan dari pendidikan Islam. Tidak hanya merperkatakan perihal ilmunya malah ilmu itu diamalkan dalam kehidupan seharian. Masyarakat awam pun terasa nikmat bersama mereka yang dilahirkan dari pendidikan Islam yang hakiki ini. Ilmu sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kebangkitan Islam. Wahyu yang diturunkan kepada baginda S.A.W. itulah ilmu dan panduan kepada para sahabat ridwanullah 'alaihim. Pengalaman bersama Abuya dalam menghadapi musuh. Kita dikongsikan panduan oleh Abuya, cara kita berdepan dengan musuh iaitu dengan perkara yang sama atau isu ya

UNIVERSITI TERTUA DI DUNIA.

( kompleks Jamiah Qarawein ). Mengimbau XPDC bersama Abuya ke Moroco atau Maghribi pada tahun 1988. Sepanjang bermusafir dengan Abuya di isi dengan ilmu dan maklumat. Banyak ilmu hikmah yang dikongsikan oleh Abuya bersama rombongannya. Penulis salah seorang peserta rombongan juga berkesempatan bertemu dengan tokoh-tokoh Islam dan menjejak kesan sejarah di Maghribi. Ulama -ulama di sana berkongsikan dengan kami bahawa kebangkitan Islam kali kedua adalah dari timur iaitu secara khususnya adalah dari Malaysia. Mereka mengatakan kepada kami kenapa kamu datang ke sini sedangkan Islam bangkit dari tempat kamu. Di antara ulama yang kami temui Prof. Dr. Abdul Salam Harras, Syekh Abdullah Ghannun, Syekh Abdullah Al Ghumari pakar hadis dan adik beradiknya juga ulama. Negara Maghribi dan Iraq banyak melahirkan tokoh-tokoh bertaraf dunia.  The University of al-Qarawiyyin, (Arabic: جامعة القرويين ). Merupakan sebuah universiti yang tertua di dunia iaitu pada tahun 859. Bertempat di Fes Moroco.Iaitu

GELANGGANG IKHWAN

MASYARAKAT ADALAH GELANGGANG IKHWAN Islam itu cantik dan indah. Model keindahan Islam di akhir zaman sudah tiada. Hilanglah cantik dan indahnya amalan Islam ini. Lalu  bagi yang tidak faham dan juga orientalis, inilah kesempatan bagi mereka untuk menekan, mencemoohkan dan menghinanya. Di akhir zaman ini, dimana kita tidak berpeluang bertemu dengan Rasulullah dan tidak pernah hidup bersama baginda, tetapi kita diberi peluang  untuk menghidupkan sunnah Rasulullah, termasuk diantaranya mengamalkan sunah Nabi.  Bahkan ganjaran bagi satu sunnah yang sudah dilupakan orang ialah 100 pahala mati syahid. Malah Rasulullah pernah menggambarkan, dikala kemerosotan iman berlaku diakhir zaman, wujud sekelompok manusia bergelar ikhwan. Mereka inilah kumpulan manusia yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasulullah. Bergelanggang di Tengah masyarakat sebenarnya merupakan proses tarbiah dan didikan yang cukup hebat.  Dari cabaran bergelanggang di tengah masyara

CINTAI TUHAN KUNCI KEINDAHAN.

( 13 tahun Rasulullah berjuang era Mekah ). ( 10 tahun Rasulullah berjuang era Madinah). Keluarga tidak mungkin berhasil tanpa pemangkin atau pendorong yang kuat iaitu cintakan Allah lebih dari pada cintakan manusia, harta dan dunia. Bila cinta Tuhan wujud, maka cinta pribadi akan terkikis. Kalau tidak, maka akan banyak masalah yang timbul dalam keluarga barat seperti yang kita baca di dalam surat-surat khabar : isteri hal sendiri, suami halnya pula dan anak-anak tidak dapat kasih sayang. Akhirnya anak membaka and umah isteri bunuh diri dan suami masuk penjara kerana dadah. Hari ini umumnya manusia tidak kenal dan tidak kenal dan cinta Tuhan. Sekadar percaya saja bahwa Tuhan itu ada. Rasa bertuhan, rasa diawasi Tuhan tidak wujud dalam hati mereka. Bahkan orang yang mengerjakan solat, haji, puasa, wirid juga sudah tidak ada rasa bertuhan dan kalaupun ada terlalu tipis. Karena tipisnya rasa bertuhan ini, bukan saja keluarga tidak boleh diamalkan dengan aman, indah dan harmoni, bahkan keb

SOLAT TIANG AGAMA.

SEMBAHYANG IBU KEMENANGA   Saidina Abu Bakar Asy Syiddiq. Beliau sangat mudah mencucurkan air mata saat membaca Al Quran dalam solatnya. Hal ini disebabkan kerana banyaknya pengalaman hidup beliau bersama Al Quran. Sehingga beliau tidak mampu menahan perasaannya dari kejadian kejadian yang pernah dialaminya ketika membaca Al Quran. Hadits dari Aisyah radhiyallahu ‘anha ketika Nabi Muhammad SAW berkata “Mereka melalui Abu Bakar yang sedang solat bersama dengan yang lainnya.” Aisyah menuturkan, Saya pun berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnyaAbu Bakar adalah seorang laki laki yang lembut hatinya, apabila telah membaca Al Quran beliau tidak mampu menahan cucuran air mata dari keduanya.” (HR Muslim). Kemudian Abu Bakar mulai membangun sebuah masjid di halaman rumahnya, beliau solat dan membaca Al Quran di masjid itu. Pada saat itu, berkumpullah istri-istri dari kalangan orang musyrik dan anak-anak mereka, mereka begitu kagum akan solat yang didirikan Abu Bakar dengan

TAUHID AHLU SUNNAH.

BEZA RASA BERTUHAN DAN BERFIKIR TENTANG TUHAN  ( Kota kelahiran Imam Abu Hasan Ashaari ). Abuya Imam Ashaari At Tamimi bukan  sahaja memberikan ilmu tauhid atau ilmu tentang Tuhan, tetapi Abuya juga membuat latihan kepada keluarga dan anak muridnya menguasai ilmu tauhid dan menjiwai peranan Tuhan. Supaya kita bukan sahaja menghafal 20 sifat-sifat yang wajib dan 20 sifat yang mustahil dan satu yang mubah atau harus. Abuya juga membuat latihan praktikal tentang tauhid. Agar benar-benar terpandu menjadi hamba Allah dan dapat berperanan sebagai orang  yang boleh  berkhidmat untuk Islam. Begitulah contoh Abuya mendidik anak-anaknya menjiwai, merasai dan menghayati ilmu tauhid. Bukan setakat hafalan tetapi dijadikan amalan membaca Dibaei dan Berzanji setiap malam jumaat dan malam Isnin.  Dalam bacaan Maulid Nabi tersebut ada juga membaca sifat dua puluh. Untuk mendapatkan rasa bertuhan  berbeza dengan berfikir tentang Tuhan. Itulah proses saya dididik oleh Abuya untuk menguasai aqaidul iman.

SEJARAH SELAWAT BADAWI.

( Masjid  Syaikh Ahmad Al Badawi ). ( Abuya bersama Arab Badawi ). Mengimbau musafir bersama Abuya di bumi Mesir. Antara negara yang berulang kali penulis berkunjung bersama Abuya. Salah satu daerah yang menarik di Mesir ialah Tanta. Pada tahun 1988 penulis mengikuti rombongan Abuya menjelajah ke negara-negara Arab termasuk Mesir. Salah satu masjid bersejarah di Mesir, yang merupakan bagian penting bagi perkembangan Islam, Masjid yang begitu kental kaitannya dengan seorang Syekh kelahiran kota fez Morocco  iaitu Ahmad Badawi. Beliau seorang Wali yang memiliki Nasab Al Amin Nabi Muhamad SAW, penuh dengan berbagai kisah teladan dari peradaban dan penyebaran Islam, Beliau penerus ajaran suci sepeninggal Nabi Muhammad SAW.  Penulis terasa sangat dekat dengan wali tersebut, kerana dari kecil lagi Abuya telah perkenalkan amalan selawat Badawi kepada keluarganya dan anak-anak muridnya. Setiap kali hendak solat lima waktu. Suatu amalan yang di biasakan lama kelamaan memberi kesan ke dalam hati

WANITA DALAM ISLAM

KASIHNYA TUHAN KEPADA WANITA.
 Petikan: 
" Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim . Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud Maha Penyayang. Kemuliaan dan ketinggian darjat seseorang di sisi Tuhan bergantung kepada taqwanya , sama ada lelaki atau perempuan. " 


Kasihnya Tuhan kepada wanita! 
Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambar kan layanan istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya,  tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, ism atau agama lain  yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana  Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia i ni untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka  pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam. Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini.  Lantaran itu kebanyakan mereka

ZIKIR MAKANAN ROH.

ZIKIR MAKANAN ORANG MUKMIN. Kata zikir berasal dari bahasa Arab yang berarti ‘menyebut’ atau ‘mengingat’. Iaitu zakara yazkuru zikran ( ذكر يذكر ذكرا ). Berzikir adalah orang yang ada rasa bertuhan dan hati sentiasa teringat kepada Tuhan. Rasa bertuhan tersebut menjunam kedalam hati. Berbeza dengan orang yang berfikir tentang Tuhan. Hanya terkesan oleh akal fikiran manusia dan tidak terasa ke dalam hati nurani. Ertinya tidak memenuhi keperluan makanan rohani manusia. Hakikat berzikir itu merasa dengan hati bukan sekadar akal. Tubuh badan kita perlukan makanan, begitu juga roh kita juga perlukan makan.  Allah berfirman : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ﴿٤١﴾ وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا “Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allâh, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” ( al-Ahzâb 33 :41-42 ). Allâh Azza wa Jalla juga berfirman, yang artinya, “… Laki-laki dan perempuan yang b

PENDIDIKAN ORANG DEWASA.

PENDIDIKAN REMAJA. Tuhan ciptakan manusia mempunyai kecenderungan dan kebolehan tidak sama. Ada yang dilebihkan akalnya. Adapula mempunyai jiwa yang besar dan lain-lain lagi. Ibu bapa dirumah dan guru-guru di sekolah kena peka hal tersebut. Mana-mana kecenderungan yang baik didorong dan dibantu mana mana yang perlu. Mari kita berkongsi lagi bagaimana Abuya melakukan pendidikan yang praktikal. Ketika umur saya masuk sekolah menengah atau berumur 13 tahun saya telah mula didedahkan keluar dengan masyarakat. Iaitu setiap kali Abuya keluar berdakwah samada berdakwah dipusat pengajian tinggi atau undangan berdakwah ke masjid.  Saya dibawa bersama mengikuti program ceramah yang dilakukan Abuya. Dalam perjalanan Abuya akan meninjau pemikiran saya dengan soalan atau penceritaan. Contoh soalannya, golongan yang datang mendengar kuliah tadi ramai dikalangan orang muda atau orang tua. Apa respon mereka?Pendekatan tersebut memotivasikan diri saya supaya berusaha memahami kuliah yang diikuti dan ju