Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

ORANG BERTAQWA DI ALAM BARZAKH.

KEHIDUPAN ORANG BERTAQWA DI ALAM BARZAKH. Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap bagaimana Islam itu mesti diperjuangkan. Cara serta strategi yang mesti digunakan dalam memperjuangkan agama Allah ini banyak digariskan dalam ucapan, ceramah-ceramah umum. Kuliah-kuliah yang disampaikan didalam pengisian pengajian fardhu Ain, kuliah-kuliah kesedaran dan kefahaman Islam. Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi bukan saja memberikan panduan dalam bentuk teori tetapi juga mencetuskan model yang praktikal. Contoh menanamkan perasaan yang berani kepada keluarga dan pengikutnya. Suatu hari Abuya pulang dari dakwah, melalui kawasan perkuburan Islam dan dia turunkan saya dari kenderaan dan minta saya menghadiahkan Al Fatihah kepada mereka yang dikuburkan disitu. Ketika saya masih remaja, sudah tentu macam-macam perasaan takut hadir ketika itu.  Namun Abuya hendak mendidik dan menanamkan perasaan takut hanya pada Allah. Disamping hendak

KEADILAN PALING UTAMA.

Keadilan yang paling pokok dan utama ialah apabila roh manusia itu mengenali Penciptanya iaitu Allah SWT. Melalui pimpinan guru mursyid dapat membantu kita menegakkan keadilan ke atas roh. Tubuh kita terdiri daripada tiga unsur. Iaitu unsur jasmani yang tersusun daripada sejumlah anggota tubuh, urat-urat dan sel, kemudian unsur yang tidak dapat dilihat atau maknawi yang mendorong kita untuk melakukan apa jua tindakan zahiriah. Terakhir unsur roh yang merupakan faktor hidup yang menerangi jiwa. Contoh adil pada barang, iaitu sesuatu itu diletakkan ditempatnya, pisau potong sayur tempatnya di dapur bukan di ruang tamu atau di atas katil. Bantal dan tilam diletakkan di bilik tidur bukan didapur. Kalau peralatan masak berada diruang tamu ertinya tidak meletakkan ditempatnya. Kita sudah tidak berlaku adil dan  lain-lainnya. Begitulah beberapa contoh. Satu masa Abuya melihat selipar dan kasut berselerak di pintu masuk rumah. Abuya pun menegur anaknya, kalau selepar pun tidak bo

EMPAYAR HATI.

EMPAYAR HATI ROHANI. Berpeluang solat berjemaah dengan Abuya kita dapat banyak perkara. Dapat maklumat dan ilmu dari Abuya. Kita bukan sahaja dapat ilmu, selain itu kita dapat ulasan tentang perkembangan isu semasa. Hati yang sering berbolak-balik berhadapan cabaran hidup, kadang runtuhan itu menyebabkan perjungan hati kepada Tuannya longgar, terkadang-kadang kuat. Duduk-duduk bersama guru mursyid kita Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi, kita dapat ilmu dan iman. Keadaan hati kita yang selalu tidak konsisten malah menyebabkan selalunya hati hanya dalam gelombang kelalaian. Ertinya hati dalam bahaya. Ia berada dalam gelombang kederhakaan dan kemurkaan Allah SWT. Peluang bersama Abuya dapat membantu kita mendidik hati yang sering lalai. Bersama Abuya kita mendapat dunia dan akhirat. Kita mendapat Tuhan dan makan.Inilah doa yang kita di ajarkan oleh Rasulullah SAW. Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, اللَّهُمَّ آتِن

ISTIQAMAH DAN BERDISIPLIN.

(Keluarga ustaz Ulfah, ibu mertuanya pernah menjaga anak-anak Abuya). (Program bersama kawan-kawan dari Indonesia 2019). Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi berjaya mencetuskan model perjuangan Islam yang praktikal dan berdisplin berdasarkan syariat Islam.Disiplin dan praktikal yang di perolehi daripada solat di praktikkan diluar solat atau sembahyang. Suara selawat Badwi sebelum solat adalah arahan-arahan rohani kepada hati untuk persiapan mengadap Tuhan  ketika solat. Rasulullah SAW adalah penghubung hati kita dengan Tuhan. Kerana solat itu sendiri Rasululah SAW terima dari Allah SWT di Sidratul Muntaha. Istiqamah anak cucu yang ada bersama Abuya solat berjemaah.   Selepas solat kalau tidak keluar berXPDC, Abuya akan bertanya khabar dan berkongsi maklumat dan Abuya memberikan ilmu dan panduan. Begitulah yang berlaku setiap hari di rumah Abuya. Amalan tersebut berlaku secara istiqamah dalam keluarga Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi. Sebelum sara

KEBATILAN IBARAT API.

Perjuangan kebatilan ibarat api. Membara dan terus memanas. Dari jauh sudah rasa bahang kepanasannya. Kalau kita mendekatinya pasti terbakar hangus. Angin datang terus menyemarakkan lagi kepanasan api tersebut. Kawasan kebakaran semakin merebak luas kesan tiupan angin. Perjuangan yang batil mudah didapati di mana-mana. Sebab itu dunia pada hari ini melahirkan manusia yang berhati batu. Manusia pergi kemana-mana terasa kepanasan. Hidup jadi kelu kesah macam cacing kepanasan. Bersama dengan perjuangan yang batil mazmumah semakin tebal. Manusia seperti ini ramai memenuhi muka bumi pada hari ini. Dunia pada hari, disana sini berlaku peperangan. Peperangan demi peperangan yang terus memusnahkan hidup manusia.Pejuang-pejuang ideologi atau isme, nyata membawa kebatilan dan kerosakan. Perjuangan batil berdepan dengan kebangkitan Islam sekali lagi. Kini era kebangkitan Islam kali kedua berdepan dengan cabaran Dajjal yang membawa sistem yang membakar iman umat Islam. Pej

TEROPONG ROHANI.

Teropong adalah alat optik yang biasa dipakai untuk melihat benda-benda yang sangat jauh, .. Teropong rohani adalah satu kiasan. Dengan kita menggunakan teropong rohani dapat meneropong perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata lahir sekalipun telah menggunakan alat teropong. Dengan menggunakan teropong rohani  ( mata hati ) dengan dibantu oleh ilmunya, sifat-sifat mazmumah dapat ditumpaskan dan dikikis buangkan melalui proses mujahadatun nafsi. Barulah sifat mazmumah ini dapat dikekang dan dikosongkan, yang akhirnya sifat mahmudah  dapat diisi dalam hati. Disinilah pentingnya mengkaji dan mengesan sifat-sifat roh (hati). Supaya setelah kedua-dua nya dikesan, yang mahmudah nya dapat disuburkan dan yang mazmumahnya dapat dihapuskan. Barulah manusia itu dapat kembali kepada hakikat dirinya. Yakni hakikat diri manusia itu sendiri. Ini kerana nilai diri manusia itu  adalah pada sifat roh (hati)nya. Ia jadi penentu yang mencorak kehidupannya da
MAKAR TUHAN. GLOBAL l Angka korban tragedi serangan keganasan di Christchurch kini meningkat kepada 49 orang dengan lebih 48 lagi cedera, kata Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush pada Jumaat lapor agensi berita Xinhua.Beliau turut mengesahkan tiga lelaki dan seorang wanita kini ditahan dan pihak polis sedang berusaha untuk menghentikan rakaman video kejadian di Masjid Al Noor yang kini tular di media sosial.Terdahulu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata empat suspek ditahan, termasuk seorang lelaki kelahiran Australia dan percaya tiada suspek lain buat masa ini. "Jelas ia serangan pengganas dan telah dirancang dengan amat teliti."Dua bom yang dipasang pada kereta berjaya dimatikan pihak polis. Tahap keselamatan di New Zealand dinaikkan ke tahap tertinggi," katanya pada sidang akhbar di Wellington. Mendidik manusia seratus kali susah daripada hendak membaiki penyakit lahir. Manusia ada fizikal, ada akal dan jiwa atau hati yang berperanan di

KEHEBATAN MATI (BARZAKH).

Mati sesuatu yang pasti terjadi. Ia sering dilupakan. Kematian adalah sesuatu yang pasti, tetapi sering tidak dipeduli. Yakni berhentinya degupan jantung, lalu berhentilah nafas dan lain-lain pergerakan. Ketika itu manusia tidak berguna apa-apa lagi. Walaupun dia itu seorang profesor, raja atau presiden antara bangsa. Kalau dibiarkan akan busuk dan reput maka terpaksalah ditimbus jauh-jauh ke dalam bu mi. Semu a or ang dulu pasti sudah merasa i mat i. Me reka su dah ti dak ada di bu mi ini. Y ang tin ggal hanya nama dan sej arah mer eka saj a. Da n detik itu pas ti data ng pa da set iap or ang da ripada kit a. Ia adalah prog ram ti dak bo leh ti dak pas ti ter jadi. K ita seri ng tertan ya-tanya: " Bilaka h giliranku u ntuk mat i? Dan apa persedi aan yang patut aku laku kan?" Kesakitan sewaktu roh dicabut dari badan oleh malaikat Izrail seumpama sakit ditetak 300 kali dengan mata pedang. Hancur lumat hingga hilang segala-galanya. Rasa haus ketika

DOKTOR ROHANI.

Firman Allah SWT: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al Israk 17: 82). Doktor orang yang bertugas mengubati orang-orang yang sakit. Tidak semua orang yang merawat dan mengubati penyakit boleh/dapat disebut doktor. Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang persijilan/tauliah khusus. Para Mujaddid, para ulama adalah doktor rohani. Peranan mereka adalah untuk merawat roh manusia. Dengan memberikan ilmu serta memberi bimbingan agama. Para Ulama, mereka adalah pewaris Nabi.Ulama merawat rohani manusia.Doktor merawat penyakit fizikal manusia. Penyakit fizikal tidak membawa manusia membunuh diri. Ora

TIGA SERANGKAI ILMU ISLAM.

TIGA SERANGKAI ILMU ISLAM. Ilmu asas dalam Islam ada tiga cabang, iaitu ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawuf. Apa yang menarik, dalam kita belajar dengan Syeikh Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi tidak memisahkannya langsung dari  persoalan aqidah,syariah dan tasawuf. Beliau mahu menekankan bahawa ilmu Usuluddin (aqidah), tasawuf (akhlak) dan feqah (syariah) merupakan tiga serangkai dalam ajaran Islam yang tidak boleh dipisah-pisahkan dari kehidupan seorang mukmin. Oleh itu huraian beliau tentang aqidah seringkali dikaitkan dengan aspek-aspek asas yang lain dalam ajaran Islam.  Melalui panduan tersebut mendorong dan memberikan kepada kita satu motivasi yang kuat untuk beramal dan membentuk diri menjadi orang yang bertaqwa.Melalui kelas pengajian beliau mampu mendorong kita mengimplementasikan dalam segenap bidang kehidupan. Hingga mudah untuk melahirkan model Islam is the way of life. Bermula dengan berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan y

DUNIA IBARAT BANGKAI.

Dunia ibarat bangkai. Dunia dibenci kerana halalnya dihisab dan haramnya diazab. Manfaatnya untuk dibuat baja. Mukmin yang sebenarnya, mereka menggunakan, mentadbir dan mengagih-agihkan nikmat dunia tanpa jatuh hati kepadanya. Dunia digunakan untuk kepentingan agama Islam dan untuk keselamatan di Akhirat, tanpa mengabaikan keperluan duniawi itu sendiri. Tetapi nafsu itu kita mahu agar segala anugerah dan amanah itu menjadi milik peribadi dan untuk keseronokan duniawi. Maka bertarunglah dua kemahuan dalam diri setiap individu. Dan hasilnya, hampir semua orang tewas kepada nafsu. Kehendak nafsulah yang diikuti, sehingga kehendak dan amanah Allah itu dikhianati. Masing-masing membolot dunia untuk perut dan poket sendiri. Sekalipun dia ulama. Bahkan makin tinggi ilmunya, makin rakus nafsunya. PENGERTIAN BANGKAI. Bangkai dalam bahasa Arab disebut Al Mayyitah. Pengertiannya, iaitu yang mati tanpa disembelih [1] Sedangkan menurut pengertian para ulama syari’at, Al Mayyitah (bang

SYARIAT MENEPATI FITRAH MANUSIA.

SYARIAT ISLAM BERTEPATAN DENGAN FITRAH MANUSIA. (Aktiviti di Malaysia dan Indonesia). Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Fitrah ialah sifat semulajadi, bakat, pembawaan perasaan keagamaan kepada mentauhidkan Allah SWT. Fitrah manusia pada mulanya adalah bersih daripada sebarang kesyirikan dan kemunafikan.Untuk membuktikan syariat Allah sesuai dengan fitrah, lihat beberapa contoh: Mafhum daripada hadis nabi SAW bahawasanya manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan membentuk anak ini menjadi yahudi, nasrani ataupun majusi. Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Allah SWT sebut dalam al-quran mafhumnya "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar rum 30:30)." Fitrah Allah bermaksud ciptaan-Nya. Manusia diciptakan Allah memp

GENERASI SUFI BERTEKNOLOGI.

MELAHIRKAN GENERASI SUFI BERTEKNOLOGI. Agama Islam itu adalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin,dunia dan Akhirat. Mengkaji ilmu Islam yang sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahaja dalam satu minggu seperti mana  berlaku di sekolah-sekolah sekular sekarang ini. Sebab itulah hari ini ramai umat Islam yang tidak tahu betul tentang agama anutannya sendiri sekali pun mereka beranggapan mereka lebih tahu dan faham serta berautoriti kerana mereka lulusan dari universiti Islam. Walhal hakikat sebenarnya, mereka belum mengetahuinya. Abuya Imam Asha'ari Muhammad At Tamimi melahirkan generasi berjiwa besar. Melalui didikannya beliau melahirkan keluarga dan anak-anak muridnya yang berjiwa besar. Mereka yang menerima pendidikan Abuya berani berdepan dengan siapa saja. Sekolah yang Abuya dirikan pada tahun  1975  telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang pandai berniaga dan berdikari. Kemuncak mereka yang ada

DUNIA IBARAT ANAK GADIS

(Dunia ibarat anak gadis). DUNIA LAKSANA ANAK GADIS. Allah SWT menjadikan dunia ini begitu indah pada pandangan mata. Tuhan menggerakkan keinginan hawa nafsu terhadap dunia.Rasulullah SAW bersabda:” Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikanmu khalifah di muka bumi agar Allah melihat apa yang kalian kerjakan."maka hati-htilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah kalian terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah pertama bani Isra’il adalah fitnah wanita”(HR Muslim). Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:“Telah dihiasi pada diri manusia kecintaan terhadap wanita, anak, harta benda yang berupa emas, perak, kuda tunggangan, binatang ternak dan sawah ladang, yang demikian itu adalah perhiasan hidup di dunia , dan Allah adalah sebaik-baik tempat kembali.”  (QS Ali Imran3:14). Lantas persoalannya adalah bagaimana seharusnya manusia menghadapi hal ini? Dalam surat al-Kahfi ayat 7 Allah berfirman اِنَّا جَعَلْن

MENGAPA MANUSIA HIDUP.

Mengapa Manusia Hidup Tujuan manusia hidup adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Hal ini sesuai dengan wahyu, dibenarkan juga oleh akal dan hati manusia. Dengan menyembah dan beribadah kepada Allah, manusia mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat Hari ini kita sangat kurang memahami ajaran Islam, oleh kerana itu kita hidup dalam gelap gelita, dalam suasana yang tidak ada panduan. Dengan begitu bukan saja kita akan terjun ke neraka, tapi sejak di dunia lagi kita telah berada dalam neraka. Suatu hal yang menjadi asas dalam ajaran Islam, iaitu mengapa manusia hidup? Ia merupakan satu pertanyaan yang memerlukan satu jawapan yang tepat. Kerana jika manusia yang hidup di muka bumi Tuhan ini tidak dapat memberi jawapan yang betul, manusia itu tak pandai hidup. Mereka sekadar pandai maju, pandai berkebudayaan tapi tak pandai hidup. Jika manusia gagal hidup di dunia, maka manusia akan gagal hidup di akhirat. Kerana itu bagaimana kita memperoleh jawapan yang tepat? Ada or

ROH JIHAD DALAM ISLAM.

ROH PERJUANGAN ISLAM. Jihad atau perjuangan Islam ialah gerak diri kita, gerak akal kita, gerak kaki kita, gerak tangan kita, pergi kesana kesini memerah otak untuk memikirkan bagaimana hendak menegakkan hukum hakam Allah dalam kehidupan kita. Memerah tenaga lahir dan batin kita untuk mendaulatkan Islam yakni agar hukum hakam Allah itu mendapat tempat di tengah-tengah masyarakat. Contoh kita berjuang dan berjihad membangunkan model bandar yang pernah dibangunkan oleh Abuya Syeikh Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Kita buka beberapa premis untuk membangunkan model bandar seperti yang pernah Abuya bangunkan. Ada premis untuk pendidikan, ada premis untuk pasaraya, ada premis untuk klinik bersalin dan sebagainya. Apa yang dapat kita bina baru sudut lahirnya sahaja. Ini semua jasad lahir atau rangka pada jihad atau model perjungan Islam itu.  Rohnya, batinnya macam mana ? Di antaranya, hati mesti dibawa sama dalam berjihad atau berjuang membangunkan model Islam ter

MENZALIMI ORANG LAIN.

Zalim (Arab: ظلم, Dzholim) dalam ajaran Islam adalah meletakkan sesuatu/ perkara bukan pada tempatnya. Orang yang berbuat zalim disebut zalimin dan lawan kata dari zalim adalah adil. Bukan mudah untuk kita menzalimi orang lain. Tanpa ada apa-apa pasal, tidak mungkin kita boleh menzalimi orang lain. Kerana orang lain itu bukan hidup sendiri-sendiri di muka bumi ini. Dia ada Tuhan. Tuhan menjaganya. Tuhan melindunginya . Ki ta tid ak b oleh berb uat sembarangan terhada pnya. Kalau seseorang itu berjaya menzalimi orang lain, sebenarnya dua perkara telah berlaku sebelum itu. Pertama, dia telah menzalimi dirinya sendiri dan telah membuat dosa hingga Tuhan murka kepadanya.Disebabkan kemurkaan Tuhan itu, maka didorongNya orang itu berlaku zalim kepada orang lain. Dengan itu dia terjebak lagi dengan dosa dan bertambahlah murka Tuhan kepadanya. Kedua, orang yang kena zalim pula telah berb uat ses uatu yang menyebabka n Tuhan kasi h dan sa yang kepa danya. Ker ana kasi h s