Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

KEBANGKITAN TIMUR MENERIMA ANCAMAN SYIAH.

KEBANGKITAN TIMUR MENERIMA ANCAMAN SYIAH. Ketika kaum Syiah di Iran berjaya membentuk kerajaan revolusi selepas menumpaskan pemerintahan Shah Reza Pahlawi pada tahun 1979, Abuya Ashaari Muhammad At-Tamimi meramalkan pengaruh Syiah hanya akan bertahan sekitar 10 tahun. Ramalan itu berlaku pada 1989 apabila Khomeini meninggal dunia dan selepas itu pengaruh Syiah di negara-negara Islam dan bukan Islam semakin malap. Kebangkitan Islam kali kedua juga berdepan dengan ancaman dari Syiah. Ertinya kita mengulangi kebangkitan pertama iaitu Khulafa Rasyidin juga berdepan dengan empayar Parsi (Iran). Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Kebangkitan pertama Khulafa Rasyidin berhadapan dengan Abdullah bin Saba. April 633M - 642M. Kufah, Madain, Sungai Furat, Walaja, Ullais, Muazayyah, Hirah, Firaz, Qadisiyyah, Nihawand. Kemenangan tentera Islam, kejatuhan Empayar Sassanid secara mutlak dan penguasaan wilayah Parsi oleh Khulafa al-Rasyidin ASAL USUL SYI’AH: Syi’ah secara bahasa berarti pe

YAHUDI HANCURKAN ISLAM DARI DALAM.

YAHUDI HANCURKAN ISLAM DARI DALAM. Musuh Tuhan menggembar gemburkan revolusi Iran oleh Syiah Rafidiah. Supaya umat Islam terkeliru dengan kebangkitan kebenaran yang sebenar. Musuh Tuhan cuba hendak melakukan makar atau tipu helah tetapi mereka yang terkena makar Tuhan. Akhirnya senjata kebangkitan revolusi Iran yang cuba Yahudi gunakan akhirnya senjata makan tuan. Iran canang keseluruh dunia tentang revolusi Iran (Syiah) dengan kekerasan hingga tumbang kerajaan Shah Iran. Malaysia yang mencanangkan perjuangan Islam memperjuangkan "Kasih Sayang". Moto yang sangat bertentangan dengan moto yang di perjuangkan oleh Syiah. Iaitu Revolusi Syiah di Iran telah berjaya menumbangkan sebuah kerajaan di raja Iran sebelum ini. Apakah umat Islam terfikir bahawa usaha-usaha untuk memisahkan manusia daripada Tuhan dengan hanya merujuk kepada akal semata-mata. Usaha musuh Tuhan tersebut terlalu halus. Dalam Islam kita di ajarkan keyakinan atau tauhid kita bersandar hanya dengan Al

HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN SESAMA MANUSIA.

HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN SESAMA MANUSIA. Maksud firman Allah: "Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)." (Ali-Imran,3:112). Dalam kita menegakkan hablumminallah, iaitu sembahyang, puasa, baca Quran, wirid dan zikir, kita boleh dapat taqwa. Dalam kita menegakkan hablumminannas seperti berniaga, bermasyarakat, berjiran dan bekerja, kita pun boleh dapat taqwa. Malahan peluang untuk mendapat taqwa di bidang hablumminannas lebih luas dan lebih banyak dan ia berlaku sepanjang masa. Dari sekecil-keci

BANGSA BARU GABUNGAN QUWWAH DAN TAQWA.

BANGSA BARU GABUNGAN QUWWAH DAN TAQWA. Maksud firman Allah: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfal,8:60). Maksud Firman Allah: " Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya dia akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah telah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya).Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At Talaq 65:2-3). Umat Islam di sel

MALAYSIA REBUTAN ANTARA IMAM MAHDI DAN DAJAL.

MALAYSIA REBUTAN ANTARA IMAM MAHDI DAN DAJAL. Dr Zakir Naik di kenal sebagai dai Muslim yang dikagumi jutaan orang. Forum-forumnya tidak hanya disukai oleh umat muslim tetapi juga menarik perhatian non muslim. Banyak non muslim yang menghadiri program Dr Zakir Naik, ajukan pertanyaan serta dengan izin Allah, beberapanya masuk Islam. Namun kenapa Syiah takut pada Dr Zakir Naik? Abdullah bin Saba’ seorang Yahudi tokoh munafik yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman. Begitulah apa yang telah dipaparkan oleh sejarah. Niat jahat yahudi terpapar di mata dunia. Mereka berusaha keras cuba menghalang kebangkitan Islam pertama, namun gagal. Islam yang tersiar dan tersebar di seluruh jazirah Arab. Bahkan negeri-negeri di bawah Jajahan Rom dan dibawah jajahan Farsi tidak terkecuali. Agama Islam tersebar ke Afrika dan masuk jauh di Asia, bahkan sampai berkibar di bumi Eropah. Ibnu Saba’ berusaha menghalang kebangkitan Islam pertama supaya tidak meluas penyebarannya. Ibnu Sa

PAHIT MANIS PERJUANGAN TIMUR.

PAHIT MANIS PERJUANGAN TIMUR. Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi seorang ulama yang praktikal. Seorang pendidik yang praktikal. Seorang murabbi dan mursyid yang praktikal. Dalam dia mendidik ahli jemaah dan keluarganya juga praktikal. Abuya mendedahkan ilmu perjuangan juga praktikal. Abuya semasa bertemu dengan ulama Timur Tengah, beliau membawa dan minta saya meneruskan silaturrahim. Semua pendedahan tersebut secara praktikal. Begitu juga ketika berdakwah dia bawa anaknya melihat apa yang dia lakukan. Begitu juga gerakan awal aktiviti dakwah, Abuya mendedahkan Anak-anaknya pergi sama ke majlis ceramah. Abuya di undang mengisi program dakwah di masjid, di surau atau di pejabat. Anak-anaknya lebih terdedah kepada dunia orang dewasa. Abuya mengingatkan dan memberikan panduan didalam bukunya bertajuk mengenal diri melalui rasa hati. "Jasad lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin. Kalau kita gagal mengenal batin manusia, kita akan gagal mendidik diri manusia. Jadi mengenal di

STRATIGI PERJUANGAN ROH MENGATASI STRATIGI LAHIR.

STRATIGI PERJUANGAN ROH MENGATASI STRATIGI LAHIR. Dalam diri manusia ada medan pertempuran dan peperangan. Medan rohaniah, gelanggang rohani atau pentas rohani adalah medan yang membahas tentang ilmu, tempat perasaan diluahkan atau perbincangan dan pendapat. Medan ilmu medan untuk mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan atau perkembangan ilmu. Ia adalah medan pertempuran dan peperangan yang bersifat rohaniah. Medan pertempuran dan peperangannya tak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia dapat dikesan dengan mata hati yang tajam. Medan rohani bukanlah satu perkara baru dalam Islam. Begitu juga dengan gelanggang medan pertempuran rohani telah lama diguna pakai oleh umat Islam. Dari gelanggang rohani ini telah lahir firqah dan mazhab dalam Islam. Ada hasilnya membawa rahmat dan ada juga yang hasilnya membawa azab iaitu perpecahan umat Islam. Apa yang berlaku dalam gelanggan medan rohani tersebut pada umat Islam akhir zaman telah pun digambarkan oleh Rasulullah

ORANG ROH DISENANGI OLEH SEMUA ETNIK DAN BANGSA.

ORANG ROH DISENANGI OLEH SEMUA ETNIK DAN BANGSA. Orang roh sangat disenangi oleh semua etnik dan bangsa kerana dia memberi Tuhan dan memberi kasih sayang sesama manusia. Rasa bertuhan dan kasih sayang adalah keperluan maknawi semua etnik dan bangsa manusia. Apabila manusia tidak mendapatkannya, apa pun etnik dan bangsa maka jiwa derita. Hilanglah kebahagian manusia tidak kira apa pun etnik dan bangsa mereka. Orang roh datang membawa Tuhan dan kasih sayang untuk diberikan kepada manusia. Orang rohani kerana rasa cinta dan takut kepada Tuhan sanggup korbankan kepentingan diri dan mengutamakan orang lain. Rasa cinta dan takutkan Tuhan adalah jalan yang digunakan oleh orang roh. Itulah jalan orang yang bertaqwa. Segala puja dan puji dipanjatkan kepada Tuhan seru sekian alam selawat dan salam ke atas rasul akhir zaman. Baginda seorang tokoh rohani yang di segani dan di kagumi oleh kawan dan lawan. Umat Islam di era kebangkitan pertama di satukan oleh baginda SAW. Sejarah akan ber

MENGAPA PERJUANGAN HAK IBARAT AIR YANG MENGALIR.

MENGAPA PERJUANGAN HAK IBARAT AIR YANG MENGALIR. Mengapa perjuangan Islam diibaratkan air mengalir yang tenang?  Kerana air itu mempunyai sifat-sifat yang sangat diperlukan oleh manusia sama seperti agama Islam, agama fitrah yang sangat diperlukan oleh setiap insan.  Air adalah simbol kehidupan, melegakan dahaga, menyejukkan dan menyucikan.  Air mampu menjadi pelarut yang boleh membersihkan berbagai kekotoran.  Di sebalik ketenangan dan kelembutan air itu pula kuasa besar yang boleh menjana kekuatan.  Air terjun boleh menggerakkan kincir, menghasilkan kuasa elektrik atau kuasa hidraulik yang menjana keselesaan hidup manusia. Begitulah bila Islam diperjuangkan dengan cara yang betul dan tepat sesuai kehendak Allah dan Rasul yakni dengan dakwah dan kasih sayang maka Islam mampu menjana keselesaan lahir dan batin kepada seluruh manusia bahkan seluruh makhluk Tuhan. Ulfah bermaksud kasih sayang ia adalah nikmat rohani. Bila tercetus kasih sayang rahmat Tuhan pun turun. Maka mudahla

PEJUANG ADALAH PENDIDIK DAN PENGHIBUR MANUSIA.

PENERAJU EMPAYAR ADALAH GURU DAN PENGHIBUR. Pejuang Islam adalah pendidik dan penghibur. Pejuang bukan sahaja pendidik tetapi juga adalah penghibur manusia. Perjuangan yang mendidik manusia mendapatkan iman. Perjuangan yang mendidik membawa khabar berita rahmat kepada semua makhluk Tuhan. Pejuang kebenaran adalah pendidik dan penghibur juga menjadi benteng iman. Begitulah hakikat kedatangan Islam di dunia adalah untuk bawa berita mendidik dan menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu mendidik dan menghibur. Penghibur dan pendidik yg paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja2 Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung. Pada kebangkitan pertama para pejuang berjaya menjadi pendidik, penghibur dan penyelamat maka pada kebangkitan Islam yang kedua ini juga sepatutnya para pejuang dan pendakwah menyalin watak yang sama seperti pejuang pada kebangkitan pertama. Menjadi pendidik, penghibur dan penyela

PEMIMPIN PELAPIS LAHIR MELALUI PENDIDIKAN

PEMIMPIN PELAPIS LAHIR MELALUI PENDIDIKAN. Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolahtanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.  Sewaktu berkunjung ke Maktab tentera diraja sungai Besi terpampang di pintu gerbang masuk Moto "home of future leaders". Pelajar-pelajar yang ingin masuk ke maktab tentera diraja adalah pelajar pilihan. Kesedaran Islam terus memasuki kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam. Ombak kesedaran masyarakat tentang Islam terus juga berkembang. Termasuk sekolah-sekolah kerajaan dan sewasta. Disiplin solat berjemaah di kompliks pendidikan di Malaysia sangat ketara. Sama ada sekolah menengah biasa lebih-lebih lagi sekolah agama. Sejarah pendidikan Islam bermula denga

AMERIKA AYAM SABUNG YANG SUDAH PATAH TAJI.

AMERIKA AYAM SABUNG YANG SUDAH PATAH TAJI. Tiba-tiba dunia menjadi terkejut. Terkejut kerana melihat dunia barat di ambang maut. Melihat kepada Amerika yang sistem politiknya kalut dan ekonominya dilanda kekuncupan. Sistem sosial mereka memang sudah lama dimamah kebejatan. Ketakutan dan terkejut dunia itu memang beralasan. Selama ini Amerikalah ayam jaguh mereka atau ayam sabung mereka. Apabila Amerika sudah patah taji, tidak ada lagi yang dapat dipertaruhkan untuk terus tegak dengan sistem toghut itu. Abuya ada menulis buku barat diambang maut. Amerika seperti singa tua. Maksud firman Tuhan: "Telah timbul berbagai kerusakkan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; (timbulnya yang demikian ) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan (akibat) perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar Ruum, 30:41). Ilmu yang disampaikan oleh Abuya menggunakan baha

MINDA ISLAM MENJADI VIRAL DI ERA KEBANGKITAN ISLAM.

MINDA ISLAM MENJADI VIRAL DI ERA KEBANGKITAN ISLAM. Bagaimana Abuya mendidik keluarganya menghadapi dunia teknologi. Abuya bersikap terbuka terhadap kepesatan teknologi dalam masyarakat. Bahkan Abuya mendorong supaya teknologi dimanfaatkan untuk Islam. Seiring kepesatan teknologi, dan gaya hidup yang semakin maju, minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat hari ini lebih banyak meluang masa di laman sosial, dtambah pula kecanggihan peranti gajet menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas. Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar. Dengan hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar maklumat. Perkembangan teknologi yang begitu pesat, dengan kecanggihan peranti gajet boleh mengisi minda manusia dengan ilmu dan maklumat yang bermanfaat bila manusia yang menggunakannya memiliki hati yang kenal dan takut dengan Tuhan. Takut dan cinta kepada Tuhan itu menjadikan manusia pandai manfaatkan kemajuan teknologi yang ada untuk Islam. Has