Langkau ke kandungan utama

PEMIMPIN PELAPIS LAHIR MELALUI PENDIDIKAN

PEMIMPIN PELAPIS LAHIR MELALUI PENDIDIKAN.




Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolahtanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. 
Sewaktu berkunjung ke Maktab tentera diraja sungai Besi terpampang di pintu gerbang masuk Moto "home of future leaders". Pelajar-pelajar yang ingin masuk ke maktab tentera diraja adalah pelajar pilihan.


Kesedaran Islam terus memasuki kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam. Ombak kesedaran masyarakat tentang Islam terus juga berkembang. Termasuk sekolah-sekolah kerajaan dan sewasta. Disiplin solat berjemaah di kompliks pendidikan di Malaysia sangat ketara. Sama ada sekolah menengah biasa lebih-lebih lagi sekolah agama.


Sejarah pendidikan Islam bermula dengan sekolah agama yang beroperasi secara mandiri tanpa bantuan kewangan daripada kerajaan. Ia bergantung semata-mata kepada yuran pengajian dan sumbangan ihklas daripada dermawan. Dalam konteks Perak, sekolah agama yang pertama ditubuhkan ialah Maahad Al-Ehya Asshariff di Gunung Semanggol pada 1918. Sejak itu, sekolah agama terus berkembang pesat dan kini ia didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SABK sama seperti sekolah kerajaan yang lain turut menerima peruntukkan kewangan dalam aspek pengurusan guru akademik, bantuan kepada pelajar dan pembangunan sekolah. Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) terlibat dengan pengurusan pelajaran Azhariah dan guru Azhariah. Manakala Lembaga pengurusan sekolah pula terlibat dengan pegangan tanah sekolah (wakaf) dan bangunan sekolah. 
- Pengarang © Utusan Melayu (M) Bhd .


Pemimpin pelapis lahir melalui didikan. Dalam hal ini, Abuya Ashaari At-Tamimi lebih tekankan didikan tidak formal daripada didikan formal. Didikan formal sekadar untuk memberi ilmu dan kelayakan asas tapi ia tidak mencukupi. 
Untuk benar-benar mendidik dan menyuburkan potensi sifat kepimpinan yang ada pada seseorang, didikan tidak formal paling berkesan. Antara cara yang dilakukan oleh Abuya Ashaari At Tamimi untuk melahirkan barisan pemimpin pelapis ialah dengan mendidik sambil berjalan, sambil makan, di dalam kenderaan dan sebagainya. Pendekatan tersebut juga dinamakan XPDC. Apa yang diperkatakan mesti datang dari hati. Meratakan kasih sayang, sekalipun kepada anak-anak. Dalam Islam pemimpin adalah mursyid, ayah dan sahabat kepada rakyat.


Melahirkan generasi pelapis, iaitu kita mesti menyelamatkan generai muda dari perangkap musuh Tuhan melalui pendidikan agama. Selamatkan muda mudi kita dari pengaruh luar yang negativ. Mereka perlukan pemimpin. Mereka perlu dibendung secara serius dari anasir-anasir yang merusakan budaya ketimuran dan budaya Islam. Iaitu pemimpin yang mendapat pimpinan dari Tuhan. Menurut Abuya, pemimpin penyelamat itu dia perjuangkan 4 perkara. Akidah manusia, akhirat, syariat dan akhlak adalah empat perkara yang diperjuangkan pemimpin penyelamat ini. 


Bagi meneruskan perjuangan Islam di Malaysia ini, perlukan para pendidik yang ada roh Islam. Para pendakwah juga memainkan peranan dalam masyarakat untuk memberikan kesedaran tentang Islam. Menurut  Abuya Ashaari At Tamimi kalau jentera tadi bergerak aktif membina insaniah masyarakat akan berjaya melahirkan pelapis. Mereka yang dilahirkan itu dari kesedaran keluarga generasi pelapis sendiri dan juga dikalangan jentera kerajaan. Pemimpin Islam yang telah di beri mandat oleh rakyat mereka kena buktikan kepercayaan yang telah diamanahkan. Mereka meneruskan cita-cita Islam yang telah ditanam dan berbuat apa yang mampu, tak boleh buat semua jangan tak berbuat langsung.

Firman Allah:

أَفَلَمْ يَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى ٱلْأَبْصَٰرُ وَلَٰكِن تَعْمَى ٱلْقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ .

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
(Al-Hajj,22:46).

Maksud firman Tuhan:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu." (Al-An'aam (6:11).


Pengalaman Xpdc bersama abuya mengungkap misteri kebenaran dan kebesaran Al-Quran. Melalui xpdc ini abuya mendidik kita secara bersahaja. Juga menanamkan keyakinan bahawa semua berita dan kejadian yang disampaikan oleh Al-Quran itu memang benar adanya dan benar-benar terjadi. Xpdc juga adalah sunnah para Rasul. Bermusafir dan berkunjung ketempat-tempat sejarah sangat membantu kita menghayati kisah-kisah yang diceritakan didalam Al-Quran. Pembuktian ini diperkuatkan lagi oleh pengalaman sendiri bila sampai ketempat kejadian, tempat tinggal suatu kaum, dan berbagai peristiwa yang kita abadikan dalam memori kita.


Mengapakah Melahirkan generasi pelapis penting?
Dalam era kebangkitan Islam yang ke dua di akhir zaman ini, ada dijanjikan oleh Tuhan melalui lidah Rasul SAW akan lahirnya Ikhwan dan Asoib. Kita wajib meniru apa yang Rasulullah SAW lakukan hingga baginda berjaya dalam kebangkitan Islam kali pertama. Baginda berjaya lahirkan para Sahabat, yang dapat meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. 

Sabda Nabi SAW: 

                                "خير القرن قرني ثم الذين يلونهم  ثم الذين يلونهم  "

Maksudnya:

"Sebaik-baik kurun ialah kurunku kemudian kurun yang mengikuti kurunku"


Apa yang Rasulullah ajak para Sahabat perjuangkan, pertama-tama adalah persoalan tauhid, yaitu memperkenalkan Allah SWT sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Kerana di situlah permulaan dan titik tolak agama. Tanpa Tuhan, ajaran Islam akan hanya menjadi satu ajaran ideologi. Yang membezakan antara agama dan ideologi ialah Tuhan. Dalam ajaran ideologi, Tuhan tidak ada.


Apa yang Rasulullah SAW berjuang selama tiga belas tahun di Makkah. Itulah masa Rasulullah berdakwah dan mengumpul pengikut-pengikutnya. Mula-mula secara sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan. Dalam masa tiga belas tahun itu, Rasulullah hanya `membawa Tuhan` kepada para Sahabat dan memperkenalkan para Sahabat kepada Tuhan.


Dalam majlis yang resmi atau tidak resmi, dalam majlis keramaian, apabila berjalan-jalan dengan para Sahabat, bahkan pada setiap waktu Rasulullah menceritakan tentang Allah dan hari Akhirat. Tentang kebesaran, kesucian dan kekuasaan-Nya. Tentang kasih sayang, keampunan dan belas ihsan-Nya. Tentang kuasa dan iradah-Nya dan tentang segala sifat yang ada pada Tuhan. Tuhan adalah yang maha benar.


Rasulullah berjaya melahirkan pelapis-pelapis penerus perjuangan Islam pada kebangkitan pertama. Selama tiga kurun atau tiga ratus tahus telah lahir generasi terbaik.
Inilah yang di maksudkan oleh Baginda, sebaik-baik kurun ialah kurunku, kemudian kurun yang mengikuti kurunku (kurun sahabat), kemudian kurun yang mengikuti kurun yang mengikuti kurun selepasku (Tabein) dan selepasnya iaitu kurun (Tabiut tabien).


Bagaimana kita memimpin muda mudi meneruskan budaya ketimuran yang selari dengan budaya Islam. Contoh menghormati orang yang lebih tua. Oleh itu kita pastikan tiga perkara yang ada pada manusia dipimpin. Pertama fitrahnya dipandu supaya dapat mengekalkan fitrah yang asalnya suci. Akalnya dipimpin dengan ilmu yang benar. Dan ketiga pimpin agama mereka dengan tepat.


Mendidik generasi muda dengan agama, iaitu tanamkan jiwa agama. Didik mereka dengan persoalan Tauhid. Iaitu memperkenalkan Allah SWT sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Kerana di situlah permulaan dan titik tolak agama. Tanpa Tuhan, ajaran Islam akan hanya menjadi satu ajaran ideologi. Yang membezakan antara agama dan ideologi ialah Tuhan. Dalam ajaran ideologi, Tuhan tidak ada.


Kita didik mereka dengan ajaran kedamaian dan keselamatan. Ajak mereka penuhi dunia ini dengan keadilan dan kebahagiaan. Di sini kita sungguh-sungguh dapat melihat pendidikan Rasulullah, awaludin makrifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah. Para Sahabat dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, iaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk dengan Allah. 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N