Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

GENERASI KETIGA ABUYA.

Kashmir, 94% penduduknya adalah Muslim . Kashmir yang terletak di kaki Gunung Himalaya memang patut mendapat julukan syurga. Tanahnya subur, pemandangannya indah, dengan sungai-sungainya yang mengalir.  A garden of eternal spring dan an iron fort to a palace of kings  menjadi julukan Kashmir atas keindahan alamnya yang luar biasa. Namun nasib rakyat Kashmir tak seindah dengan julukannya, mereka hidup dalam kegetiran dan ketakutan. Wilayah Kashmir memiliki keuntungan yang sangat menggiurkan dari segi ekonomi. Kashmir merupakan wilayah pelancongan yang terkenal dengan keindahan alamnya dan juga merupakan pusat industri wol, karpet, serta dengan tanahnya yang subur. Selain itu Kashmir merupakan tempat mengalirnya sungai-sungai besar Indus, Jhelum yang penting bagi sektor pertanian. Baru- baru ini pertengahan bulan Mac, cucu-cucu Abuya berXPDC ke Kashmir. Mereka meneruskan tradisi yang dilakukan oleh datuk mereka. Abuya telah berjaya melahirkan generasi pej

APA ITU JASAD BATIN.

JASAD batin atau ruh yang selalu kita e rtikan sebagai hati, mempunyai kemampuan memandang dan mengenal sesuatu, merasakan kesenangan dan kesusahan, mengetahui yang lahir maupun yang batin khususnya mengetahui keberadaan Allah SWT. Itulah kelebihan manusia daripada makhluk lain yaitu mempunyai hati yang dapat mengenal Allah dengan sebenar-benarnya sehingga menjadi hamba Allah yang benar-benar  takut  Allah. Rujuk  (Al - Anfal:2) Hati yang terang-benderang seperti itu dimiliki oleh para ‘ariffin, muqarrobin dan solehin. Hati mereka dapat melihat dan betul-betul mengenal sifat-sifat keagungan Allah. Karena itu mereka benar-benar dapat menghambakan diri kepada Allah SWT. Sebaliknya ada juga manusia yang hatinya gelap (buta) tidak dapat melihat dan mengenal Allah. Hal itu juga difirmankan oleh Allah SWT : Terjemahannya : Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama seperti orang yang buta (mengetahui)? Hanyalah or

MENANGGUK DI AIR KEROH.

( Makam Saidina Hussein cucu Rasulullah ). Pepatah Melayu "menangguk di air keroh. Iaitu orang yang suka ambil kesempatan. Orang munafiq iaitu orang yang menzahirkan keislaman dan menyembunyikan kekufuran. Orang mukmin iaitu orang yang beriman dengan rukun iman yang enam dan rukun Islam yang lima. Sejak saat kelahiran Saidina Hussein seisi langit menyambut kehadirannya. Seisi bumi di sekitarnya memancarkan sinar kesucian, diliputi dengan rahmat dan semerbak bau wangi yang ditaburkan oleh para malaikat. Ketika Rasulullah SAW mendengar bahawa puterinya Fatimah Az-Zahrah dikurniai putera, baginda bergegas menuju ke rumahnya. Nabi SAW menjumpainya dengan raut wajah yang bersinar, bak purnama. Begitulah kebiasaan baginda ketika mendengar berita gembira. Kemudian Nabi mendekat kepada bayi yang masih suci, mengumandang kan azan di telinganya seperti azan solat. Itulah kalimat pertama yang didengar oleh Saidina Husein setelah kelahiran beliau di dunia pada tang

SERIKANDI ISLAM

SERIKANDI ISLAM. Serikandi Islam dirumah sebagai teman hidup. Membesar dan mendidik anak-anak suaminya.Diluar rumah sebagai kawan yang boleh bergandingan. MerekaMereka bert ke seluruh pelusuk dunia.Disebalik sifat lemah lembut mereka membahu membantu suami kerja-kerja dirumah. Mendidik dan membesarkan anak-anak. Serikandi Islam terus mara dengan merelakan diri mereka dihanyutkan oleh arus kebangkitan Islam sekali lagi. Serikandi terus mara dengan kerja-kerja perjuangan dalam wadah kebenaran kebangkitan Islam. berjuang membela Allah dan Rasul. Jika di awal tahun 70-an dulu, mungkin mini telekung atau penutupan aurat wanita begitu asing pada masyarakat kita. Kerana zaman itu, perkembangan Islam belum rancak dan pengamalan Islam amat kurang. Yang bergelar ustazah pun pakai tudung sekerat. Tapi kini perkembangan Islam dan pengamalan Islam makin ketara. Orang Islam semakin berlumba-lumba untuk amalkan Islam apa yang termampu. Era kebangkitan ini, golongan selebriti pun berlumba-lumba

MUHASABAH DIRI

بسم الله الرحمن الرحيم Muhasabah adalah persiapan penting untuk kita mengharungi era ummah Islamiyyah. Kita telah mengharungi bersama Abuya era toifah dan kini kita sedang menuju era Imam Mahdi. Mengimbau kembali pengajian yang pernah disampaikan oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi, dalam siri kuliahnya di perkampungan Islam Sungai Penchala Kuala Lumpur pada setiap malam khamis. Beliau ada memberikan dan menyampaikan kuliah kepada murid-muridnya tentang  muhasabah. Ketika menghuraikan kitab Imam Ghazali, beliau menjelaskan tentang muhasabah. Dalam pengajian tasawuf tidak terlalu asing dengan istilah muhasabah. Muhasabah diartikan sebagai introspeksi, menilai diri sendiri atau meneliti diri. Seperti kata-kata yang diucapkan oleh sahabat Rasulullah saw Sayyidina Umar bin Khatab, . حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا . Koreksilah dirimu sebelum kamu dikoreksi. Hal ini menegaskan bahwa muhasabah akan membimbing seseorang pada kefahaman akan d

PENDIDIKAN FITRAH.

( Pendidikan awal Islam mengenalkan Allah ). Bagaimana Allah mendidik manusia? Dan apakah matlamat pendidikan itu? Atau bagaimana yang dikatakan pendidikan fitrah? Inilah diantara persoalan pendidikan yang sangat penting. Melalui tulisan ini moga kita diberi ilmu dan panduan untuk dapat mendidik diri dan anak-anak didikan kita. Hanya kaedah atau metoda pendidikan yang Allah gunakan saja yang tepat untuk membawa manusia menjadi baik dan berguna. Metoda-metoda selain itu, walau kelihatan sehebat apapun, akan gagal untuk menjadikan manusia berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Sebab manusia dijadikan oleh Allah, maka hanya Allah yang tahu bagaimana mendidik manusia. Umpama kendaraan yang dirancang oleh seseorang, maka tentu si perancang itu yang paling tahu tentang seluk-beluk kendaraan itu. Atas dasar itu, seseorang yang bijak tentu akan melihat dan mengaku betapa hebatnya Allah mendidik manusia. Ini penting supaya metoda yang sama dapat diambil untuk dilaksanakan dalam s

TAREKAT HAK BERSATU.

Semua tarekat yang haq bersatu menyambut Imam Mahdi. Perkara ini sudah lama Abuya mengingatkan kita. Mengimbau kembali mengembara selama 7 tahun ke negara-negara yang banyak amalkan  tariqat seperti di Mesir, Morocco dan negara-negara Arab yang lain. Dari Abu Hurairah R.A. dan Sayyidina Ali R.A., Sabda Nabi S.A.W.:  "Bermula syariat itu beberapa perkataanku dan bermula tarikat itu beberapa perbuatanku (amalanku) dan bermula hakikat itu beberapa hal ku (pendirianku) dan makrifat itu kepala hartaku (hasil perolehanku)" Sabda Nabi S.A.W. lagi:  “Syariat ialah kata-kataku (aqwali), tarekat ialah perbuatanku (a`mali) dan hakikat (haqiqah) ialah keadaan batinku (ahwali), Ketiganya saling terkait dan tergantung Tarekat  berasal dari kata 'thariqah' yang artinya 'jalan'. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhoi Allah s.w.t. Secara praktiknya tarekat adalah kumpulan amalan-amalan lahir dan bati

MALAYSIA MENJADI INSPIRASI EMPAYAR ISLAM.

( Gibraltar menjadi penghubung antara Afrika Utara dengan Barat). Islam masuk ke Malaysia melalui pendakwah daripada Gujurat dan Tanah Arab. Malaysia menjadi negara penghubung antara negara-negara Islam, bahkan jambatan antara Timur dan Barat. Malaysia negara baru untuk menjadi empayar atas nama Islam. Melayu bangsa baru yang akan menerajui empayar atas nama Islam. Mengimbau kembali XPDC DAKWAH Abuya ke Spain pada tahun 1986 . Ketika disana persatuan mualaf yang dianggotai seramai 10 ribu ahli telah meraikan Abuya dan rombongan. Abuya ada menulis buku bertajuk, "Barat di ambang maut." Bagi kita melihat secara sekarang Amerika dengan gagahnya menguasai dunia, kita tentu akan menyalahkan pandangan Abuya. Kerana terlalu awal Abuya melontarkan pandangannya. Bagi para pengkaji barat mereka membenarkan pandangan Abuya. Ada penulis barat datang kepada Abuya dan melihat model Islam is the way of live yang Abuya cetuskan, terus dia memberikan pandangan, kalau di biarkan

BERSAMA KEBANGKITAN TIMUR.

SYUYUKH BERSAMA KEBANGKITAN TIMUR. Syuyukh dari kata jamak mufradnya adalah Syeikh. 1.Syeikh Abu Mus’ab dari Jordan telah berkata bahwa Rasulullah memberitahukan kepada beliau bahwa : “Ashaari bin Muhammad pembawa kebangkitan di Timur, akan datang ke Jordan.” Ucapan Rasulullah itu beliau catat dalam buku catatannya. Ketika Abuya berjumpa untuk pertama kalinya dengan Syeikh Abu Mus’ab, catatan itu ditunjukkan kepada Abuya. 2. Syeikh Abdussalam Al Harras dari Maghribi telah berkata bahwa beliau diberitahu oleh Rasulullah bahwa Abuya akan datang ke rumahnya. Syeikh Abdus S alam Harrats adalah Guru Besar di Qarawiyyin University, Fez, Marokko. 3. Syeikh Abdul Nasir dari Mekah telah berkata bahwa Rasulullah telah memberitahu beliau bahwa orang-orang Imam Mahdi sedang giat mempersiapkan kedatangan Imam Mahdi di TIMUR. Beliau kemudian datang ke Malaysia dan bertemu Abuya memberitahu berita dari Rasulullah tersebut. 4. Ummu Anas, isteri mantan menteri agama J

PERKAHWINAN ADALAH FITRAH.

PERKAHWINAN ADALAH FITRAH. "Aku sememangnya mengharapkan kasih sayangmu,namun pastikanlah hamparan kasih sayangmu itu hadir dari hati yang sesungguhnya cinta kepada Tuhanku" Wanita adalah insan yang amat mempesona bagi setiap lelaki. Anugerah ini adalah amanah yang perlu di pelihara jika dirinya mahu bukan saja disayangi pasangannya tetapi juga Allah dan Rasul-Nya. Pada kesempatan yang baik ambillah peluang jangan teragak-agak untuk menyatakan cinta dan penghargaan kepada isteri. Kerana kaum wanita begitu kepingin untuk menerima kata-kata sayang dan penghargaan yang dilahirkan suami. Perkahwinan tanpa seks bukanlah satu yang ideal dan harmoni. Malah tidak boleh dinamakan perkahwinan. Memang hubungan seks itu merupakan satu aspek fizikal yang mencerminkan ikatan suami isteri, dalam sesetengah ketika hubunganhubun merupakan satu faktor mengukuhkan  perpaduan suami isteri apabila ikatan semakin kendur dan ringan. Persediaan minda dan roh. Sebelum

PERSIAPAN KEBANGKITAN

Apakah persiapan yang kita lakukan sekarang dari era jemaah kepada era yang lebih besar iaitu era empayar Islam.Sebab itu kita janganf fikirkandiri semata. Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi telah banyak bekalkan kita ilmu dan panduan. Muhasabah adalah persiapan penting untuk kita mengharungi era ummah Islamiyyah. Kita telah mengharungi bersama Abuya era toifah dan kini kita sedang menuju era Imam Mahdi. Iaitu era perjuangan bertaraf global. Contoh Abu Ayub Al-Ansari menunggu ratusan tahun untuk terbukanya Kota Konstantin di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Ribuan batu jauhnya jarak Madinah ke Konstantin. Di usia lanjut beliau pergi membenarkan kata-kata Baginda saw. Namun bukan di tangannya Allah berikan. Dia dapat satu pahala. Pahala membenarkan hadis Nabi Muhammad saw. Setelah itu umat Islam mendapat kekuatan daripada perjuangan Abu Ayub dan para sahabat yang lainnya. Masing-masing berjuang bukan untuk berperang namun menyiapkan generasi masyarakat Is

SEJARAH BERULANG.

( Tentera Rusia akhirnya keluar dari Afghanistan dan ingatkan Amerika kamu akan menerima nasib yang sama macam kami.)  Apakah itu Sejarah? Perkataan Sejarah yang kita gunakan pada masa kini berpunca daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Menurut Abuya Ashaari At Tamimi oleh kerana kebangkitan kali kedua ini sama besar dengan kebangkitan pertama. Ia pasti berulang. Sejarah ialah satu kajian untuk  menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh. Kita ambil contoh yang berlaku pada kebangkitan pertama yang di terajui oleh Rasulullah sendiri. Para Sahabat pernah menyaksi kan kemanjaan Hasan dan Husin cucu Rasulullah SAW. Ketika peristiwa fitnah melanda kebangkitan pertama

"BAGAIMANA ABUYA MENGIKAT HATI"

(Perkahwinan beramai-ramai di Bandar Abuya Ashaari At Tamimi ). Abuya sangat hebat dalam bersetratigi. Contohnya mengikat antara negara dengan ikatan fitrah. Iaitu melalui perkahwinan. Selain itu diikat dengan keyakinan terhahadap agama.Ikatan keyakinan dengan membina solat yang agung dinamakan hablumminallah. (حبل من الناس) Contoh perkahwinan dinamakan ikatan sesama manusia. Hablumminannas (حبل من الناس ). Hati milik Allah swt. Allah taala-lah yang mengikat hati-hati kita. Sedangkan kita empunya diri pun tak mampu kawal perjalanan hati, perasaannya. Sekejap marah sekejap sedih, ada masa gembira dan seterusnya. Namun bukan bermakna tak boleh diikat. Boleh. Kita dulu ikatkan hati kita dengan Allah. Nanti Allah akan ikatkan hati manusia. Yang buatkan manusia benci atau jatuh hati dengan kita pun, Allah. Kita hanya usaha. Namun usaha ada berbagai cara. Cara paling berkesan ialah seperti tadi, kita dengan Allah dahulu. Kemudian kita buat apa yang Allah suka. Ap