Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

YAHUDI TAHU RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM.

YAHUDI TAHU RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM. (Masjid Aqsa). (Kubah berwarna emas dipanggil Kubah Syakhrah). Manusia yang tidak mahu menyembah dan menyuburkan rasa-rasa yang sepatutnya kepada Allah. Ertinya manusia itu tidak mahu menyembah Allah. Tidak mahu mengagungkan Allah. Jadi kalau manusia tidak mahu menyembah Allah, tidak mahu mengabdikan diri pada Allah, tidak mahu tunduk dan patuh pada Allah, dia bukan saja menentang Allah, bahkan menentang akal dan hatinya, hakikatnya orang itu menentang dirinya sendiri. Ertinya manusia itu melawan dirinya sndiri. Kalau orang itu menentang dirinya sendiri, dia tidak akan dapat kebahagiaan, walaupun pangkatnya tinggi, rumahnya besar, jawatannya  tinggi dan hartanya banyak.  Buktinya banyak. Kita lihat hari ini bangsa-bangsa yang dikagumi kerana banyak kemajuan di bidang ekonomi, membangun, ramai orang terkenal, tapi sebahagian besar penduduknya mati bunuh diri, ada yang 50%, 60%, bahkan 75%. Mereka sudah kehilangan kebahagiaan. Kebanyakan mereka ora

PETANI TIDAK PUTUS ASA, IA SATU WADAH PERJUANGAN.

I'm PETANI TIDAK PUTUS ASA, IA SATU WADAH PERJUANGAN. (Ustaz Zam sedang mengambil hasil tanaman jagungnya di kg Jawa Endau Rompin Pahang, 29/6/2017). (Kolam sumber air pertanian yang digunakan untuk pertanian tersebut). (Hasil pertanian dijual langsung digerai ustaz Zamri). Bidang pertanian adalah salah satu wadah diperjuangkan untuk mendapat redha Allah. Ertinya ia juga wadah untuk dijadikan ibadah. Pertanian juga satu wadah untuk mendapatkan Allah dan rasul. Di lapangan pertanian juga dijadikan wadah untuk hidupkan sunnah Nabi SAW. Bangsa Arab ada suku badui dan "fellahin", yaitu para petani..suku badui  terkenal hidup secara nomad, yakni berpindah pindah  di padang pasir dengan  melintasi gurun pasir tandus dengan unta, kadang-kadang para kafilah pun melalui jalan mereka terokai. Golongan petani di zaman Rasulullah SAW juga memainkan peranan yang besar. Kita kena bersyukur di era ini ada bonus dari Tuhan. Kebangkitan  kali ini adalah satu era kebangkitan Islam yang beg

SOLAT BOLEH MEMBINA KEKUATAN.

Hasil dari solat atau sembahyang ialah rasa beriman dan bertaqwa. Hasil solat memberikan kekuatan kepada jiwa. Solat aidil fitri Ertinya sembahyang yang dapat kembalikan fitrah semula jadi manusia. Atau sembahyang aidil fitri dapat mengembalikan keadaan asal manusia. Asalnya roh itu sangat kenal Tuhannya. Kalau itulah yang kita rasa maka kita telah mengembalikan keadaan fitrah asalnya. Bila kita berjaya kembalikan keadaan asal manusia maka timbullah rasa berjiwa besar. Manusia ketika dialam roh sebelum dimasukkan kedalam sangkarnya iatu jasad. Ia sangat kenal Tuhannya. Firman Allah SWT:                                         أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ Maksudnya: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami)..(Al A'araf 7: 172). Sebab orang yang beriman dan bertaqwa itu Tuhan kata, "Dia orang Aku." Kalau seseorang itu sudah menjadi orang Tuhan, Tuhan janjikan untuknya berbagai-bagai perkara dan Tuhan

MODEL ISLAM MALAYSIA MENDAPAT PERHATIAN DUNIA.

(Suasana hariraya aidil fitri di Seremban 26/6/2017). Suasana aidil fitri dapat dilihat dengan adanya kunjungan silaturahim dikalangan masyarakat. Tujuan aidil fitri dalam Islam adalah untuk mengembalikan fitrah manusia, antaranya yang utama berkasih sayang. Pepatah Melayu "buang yang keroh ambil yang jernih" moto yang dipromosikan kali ini ialah "kosong-kosong". Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi SAW beliau bersabda: ‘Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim,) إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ }الحجرات1

ABUYA MENDIDIK GENERASI PEMBINA EMPAYER.

ABUYA MENDIDIK GENERASI PEMBINA EMPAYER. Abuya selaku pejuang Islam berdakwah dimulakan dengan mengajak keluarganya. Melalui anak-anak dan yang bersamanya dididik untuk meneruskan perjuangan Islam yang dilagangnya. Di peringkat awal anak lelaki dibawanya bersama kemana saja program yang diisi oleh Abuya. Ketika baru hendak mencetuskan model sistem hidup Islam Abuya bermula daripada bawah. Contoh pergi berdakwah dengan menggunakan motor honda dan anaknya dibawa bersamanya.  Memboncing motorsikal honda kemana-mana program dakwah. Begitulah pendedahan praktikal yang dibuat oleh Abuya sebagai pendedahan prog am bersama masyarakat. Ertinya anak-anak lelaki yang besar mengikuti program dakwahnya. Ertinya Abuya berjaya melahirkan generasi pelapis atau generasi kedua untuk melahirkan generasi kesinambungan atau generasi ketiga perjuangan Islam yang Abuya lagang. Kuliah dakwah secara amali. Ertinya generasi pelapis yang dipersiapkan bermula dengan pendedahan dakwah yang dilakukan. Hinggalah gen

AIDIL FITRI KEMBALIKAN ASAL USUL MANUSIA.

AIDIL FITRI KEMBALIKAN ASAL USUL MANUSIA. (Mendengar khutbah Aidul fitri di Sendayan Seremban pada ahad  Firman Allah: فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ  ﴿٣٠﴾ Maksudnya: "Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(Ar Rom 30:30). Aidil Fitri berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud mengembalikan fitrah semulajadi manusia. Fitrah manusia tidak mengira bangsa, agama dan keturunan adalah sama. Contoh kasih sayang semua memerlukan tidak mengira apap

KEPERLUAN MANUSIA BANYAK.

KEPERLUAN MANUSIA BANYAK. Keperluan manusia memang banyak. Oleh kerana banyak manusia tidak tahun mana satu yang lebih utama. Di antara banyak-banyak keperluan manusia yang dia memang hendak minta sangat, Tuhan menetapkan mintalah "siratol mustaqim". Sedangkan yang paling penting adalah oksigen. Kenapa tidak minta oksigen? Sebenarnya di sini kita kena sedar bahawa selepas kita berjanji hanya meminta pada Tuhan, menyembah dan meminta hanya pada Nya, Tuhan pun tidak benarkan kita meminta sendiri melainkan apa yang dia sudah tetapkan. Tuhan ajarkan bahawa dalam meminta, yang menjadi keutamaan ialah meminta "siratol mustaqim" itulah. Jadi Tuhan menetapkan permintaan yang paling asasi dan paling pokok, yang Tuhan sendiri ajar, yang mana kalau Tuhan tidak ajar maka manusia pun tidak tahu adalah "siratol mustaqim". Bahkan nampaknya, yang dikatakan intipati Al Quran itu, yang ia itu adalah ibu Al Quran, rupanya Al Fatehah itu hanya memperkenalkan Tuhan, kemudian d

SULTAN ADALAH BENTENG AGAMA DAN BANGSA.

Politik sekular Barat sudah dihujung usia dan akan berakhir. Terimalah kenyataan bahawa eranya akan berakhir bila-bila masa dari sekarang. Sebaliknya Sultan ada peranan di era kebangkitan Islam. Artikal  ini meminta kita bersiap sedialah, menyesuaikan diri dengan satu kesedaran yang sedang melanda umat Islam. Suasana akan berubah, budaya akan berubah. Masyarakat sudah celik dan pandai mencari alternatif. Iaitu satu intitusi yang dapat menjadi benteng negara. Sistem yang sudah tidak relevan akan hilang begitu sahaja. Patah tumbuh hilang berganti. Pengganti sistem tersebut adalah sesiapa yang sebenarnya yang akan memajukan dan menguatkan Negara ini. Dia jauh lebih baik dari apa yang sedang berlaku. Intitusi tersebut mampu menjadikan Melayu dan Malaysia semuanya jadi kuat dan menguatkan. Di tangannya Melayu akan menerajui empayar timur menggantikan empayar barat.  Tuhan akan lakukan kejadian ini, kamu tidak bersalah dan sesiapa pun tidak bersalah.Usahlah menyalahkan sesiapa mengenai nasib

DAKWAH ABUYA MEMBUKA MATA MASYARAKAT THAILAND.

DAKWAH ABUYA MEMBUKA MATA MASYARAKAT THAILAND. (Raya Aidilfitri di Dewan Hotel Chingmai Thailand). Muslim Bangkok relative lebih berpendidikan dan baik status sosial-ekonominya. Mereka bekerja hampir di semua wilayah seperti halnya warga Thai yang lain. Menjadi pedagang, pegawai swasta, ataupun menjadi pegawai pemerintah. Masyarakat mereka, sekalipun kecil tetapi tetap solid. "Kedatangan Abuya di Thailand naikkan imej Islam." Antara ungkapan ucapan Presiden Persatuan umat Islam Utara Thailand. Haji Shamsuddin Aree. Pepatah mengatakan "DARI HATI JATUH KE HATI." Kerana itu bahasa dengan hati yang mudah dicerna dan menggunakan pendekatan tasauf secara praktikal. Bila telah jatuh ke hati maka mudah melahirkan tindakan untuk mendorong perubahan yang positif pada diri, keluarga, masyarakat hingga terwujudlah masyarakat yang berkasih sayang dan harmoni.  Chiang Mai adalah wilayah (changwat) kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wil

FILIPINA MENERIMA TEMPIAS KEBANGKITAN ISLAM.

FILIPINA MENERIMA TEMPIAS KEBANGKITAN ISLAM. (Bandar Manila) (Nenek Abu Khairullah kagum dengan Abuya). Filipina merupakan negara yang akan menerima tempias kebangkitan semula Islam disebelah Timur ini. Justeru itu kehadiran Abuya dibumi Filipina bukan sekadar berjalan dan melihat lihat negara orang. Penerimaan sebuah keluarga Kristian di sini terhadap minda dan kepimpinan Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi serta peng-Islaman beberapa orang ahli keluarga itu selepas beberapa hari ketibaan Abuya di Filipina pada Mac 1994 lalu. Contoh sebuah keluarga yang baru masuk Islam di tangan Abuya iaitu Abu Khairullah dan keluarganya. Mereka berasal dari keluarga yang kuat agama Keristian. Mereka berpeluang bersama-sama Abuya, bergaul,makan dan minum semasa di Manila.  Keluarga Abu Khairullah masuk Islam. Ia dimulai dengan bapa mertua Abu Khairullah, Louie L. Balatbat, 60, seorang ahli perniagaan dan ahli politik, yang memeluk Islam ditangan Abuya selepas dua kali bertemu dengan Abuya. Anak perem