Langkau ke kandungan utama

KISAH SAHABAT NABI MELIHAT GAMBAR PARA RASUL.

KISAH SAHABAT NABI MELIHAT GAMBAR PARA RASUL

Kisah bermula apabila seorang sahabat Rasulullah saw bernama Hisyam bin al-As r.a. dan seorang lagi Sahabat menetap di istana Hercules selama tiga hari. Pada suatu malam, seorang utusan Hercules memanggil mereka masuk ke biliknya. 

Ketika di dalam bilik tersebut, dia mengeluarkan kotak besar yang mempunyai banyak pintu dan berlapis emas. Salah satu kotak itu dibuka kuncinya dan dikeluarkan sekeping gambar berwarna merah berbalut kain sutera hitam. 

Itu adalah gambar seorang lelaki bertubuh tegap dan besar, memiliki leher yang panjang, tidak berjanggut dan dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan Allah.
“Adakah kamu tahu siapa ini?” soal Hercules. “Tidak.”
“Ini ialah gambar Nabi Adam (a.s.) dan orang yang paling banyak rambut.”

Kemudian, dia membuka kotak yang lainnya dan mengeluarkan gambar berbalut kain sutera hitam yang terdapat gambar berwarna putih. Ia adalah gambar seorang lelaki yang berambut kerinting, kedua-dua matanya merah, tegap badannya dan halus janggutnya. Dia bertanya, “Adakah kamu kenal siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah gambar Nabi Nuh (a.s.).”

Seterusnya, dia mengeluarkan lagi gambar yang di dalamnya terdapat wajah lelaki yang sangat putih, kedua-dua matanya indah, lebar dahinya, panjang pipinya, putih janggutnya dan seakan-akan tersenyum. Dia bertanya lagi, “Adakah kamu kenal siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah Nabi Ibrahim (a.s.).”

Seterusnya, dia membuka lagi gambar lain yang berwarna putih. Dia bertanya, “Adakah kamu kenal siapa ini?”
“Ya. Kami kenal. Ini ialah Muhammad Rasulullah SAW.” Dengan tidak semena-mena kedua-dua Sahabat itu mengalirkan air mata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apakah perasaan kedua-dua orang Sahabat itu.
Hercules berkata, “Adakah kamu yakin ini gambarnya?”
“Ya.”

Di samping gambar tersebut, terdapat gambar seorang lelaki yang sedang berada di belakang Baginda Rasulullah SAW.
“Adakah kamu tahu siapakah yang berada di belakangnya?” soal Hercules.
“Ya, kami kenal. Ini adalah Sahabatnya dan khalifah selepasnya (Sayidina Abu Bakar r.a.).”
Hercules diam seketika sebelum berkata, “Ingat! Sesungguhnya dia berada di akhir kotak tetapi sengaja aku buka lebih awal supaya kamu dapat melihatnya.”

Seterusnya, kain sutera hitam dibuka lagi. Maka, dikeluarkan gambar yang kehitam-hitaman. Dalamnya terdapat wajah lelaki yang berambut kerinting, matanya agak ke dalam, tajam penglihatannya, bermuka masam, gigi tersusun rapi dan bibirnya menjulur keluar seperti orang sedang marah.
“Inilah Nabi Musa (a.s.),” jelas Hercules. Di samping gambar Nabi Musa a.s, terdapat gambar yang mirip-mirip wajahnya tetapi rambutnya berminyak, lebar dahinya dan dikedua-dua matanya ada garis hitam ke hidung. “Ini ialah Nabi Harun (a.s.).”

Kedua-dua orang Sahabat itu ditunjukkan lagi gambar yang lain yang dibaluti sutera putih. Di dalamnya ada gambar seorang lelaki yang kehitam-hitaman, rambutnya tidak berkerinting, bertinggi sederhana dan seperti orang marah. Hercules bertanya, “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah Nabi Luts (a.s.).”

Kemudian, dia membuka kain sutera putih yang lain yang di dalamnya terdapat lelaki berkulit putih kemerahan, hidungnya mancung, jambangnya nipis dan tampan wajahnya. Dia bertanya, “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Inilah Nabi Ishak (a.s.).”

Kain sutera putih yang lain pula dibuka. Terpaparlah gambar wajah yang mirip-mirip dengan Nabi Ishaq a.s. Cuma, di bibirnya ada tahi lalat. Dia bertanya soalan yang serupa dan Sahabat pun menjawab dengan jawapan yang sama.
“Ini ialah Nabi Yaakub (a.s.),” jelasnya.

Kemudian, dia membuka kotak yang lain dan mengeluarkan kain sutera hitam. Di dalamnya ada gambar lelaki berkulit putih, berwajah tampan, berhidung mancung, berbadan tegap dan wajahnya bersinar-sinar. Dia bertanya, “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah Nabi Ismail (a.s.), datuk kepada Nabi kamu .”

Seterusnya, dia membuka kotak yang lain dan mengeluarkan kain sutera putih. Di dalamnya terdapat gambar seperti wajah Nabi Adam a.s, wajahnya seperti matahari. Dia bertanya, “Kamu kenalkah siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah Nabi Yusuf (a.s.).”

Kain sutera putih yang lain pula dibuka dan di dalamnya terdapat gambar lelaki yang berwajah kemerah-merahan, gempal kedua-dua betisnya, lemah pandangannya, bertubuh sedang-sedang dan membawa pedang.
“Kamu kenalkah siapa ini?”
“Tidak.”
“Inilah Nabi Daus (a.s.).”

Kemudian, dalam gambar yang lain kelihatan lelaki yang besar pinggangnya, panjang kedua-dua kakinya dan menaiki kuda. “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Inilah Nabi Sulaiman (a.s.).”

Seterusnya dia memperlihatkan gambar seorang lelaki yang berjanggut sangat hitam, banyak rambutnya, indah kedua-dua matanya dan tampan wajahnya. “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Inilah Isa bin Maryam (a.s.).”

“Dari mana tuan mendapat gambar-gambar ini? Kami yakin ini adalah gambar Para Nabi dan kami yakin rupa Nabi SAW seperti itu.” Sahabat bertanya.
Hercules menjelaskan bahawa, sesungguhnya Nabi Adam a.s. meminta kepada Allah SWT diperlihatkan rupa para Nabi dari anak cucunya dan Allah menurunkan gambar-gambar mereka. Nabi Adam a.s. menyimpannya di ufuk Barat sebelum Iskandar Zulkarnain a.s. mengeluarkannya dan diserahkan kepada Nabi Danial a.s. Kemudian ianya diwariskan kepada para pemerintah.

Setelah pertemuan tersebut, kedua-dua orang Sahabat itu pun pulang. Mereka bertemu dengan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan menceritakan apa yang telah mereka lihat dan apa yang dikatakan oleh si raja. Lalu, Sayidina Abu Bakar r.a. menangis dan berkata, “Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kami bahawa orang Nasrani dan Yahudi telah menemui sifat-sifat Nabi SAW pada diri mereka (tetapi mereka tidak mahu beriman).”

Kisah ini dirakamkan dalam riwayat Al-Hafiz Imam Al-Baihaqi dalam kitab Dala’ilun Nubuwwah dan Imam Hakim dalam al-Mustadrak.

Kisah didalam hadis ini juga dimuatkan oleh Maulana Yusuf Kandahlawi dalam kitabnya "Hayatus Sahabah".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N