Langkau ke kandungan utama

AKAL IBARAT KIPAS YANG BERPUTAR MESTI DIIKAT.





Firman Allah:

يَٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ  ﴿١٧٩﴾
Maksud nya:"...wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.(Al Baqarah 2:179).

Kita telah didedahkan kepada satu bentuk pelajaran baru.
Memupuk minda modal insan dengan memiliki mentaliti kelas pertama adalah satu daripada lima teras misi negara untuk mencapai matlamat Wawasan negara maju. Mentaliti kelas pertama yang dimaksudkan adalah berteraskan kepada ketangkasan kerja, ketepatan dan keberhasilan. Oleh itu, mentaliti kelas pertama adalah secara langsung berhubung dengan kemahiran berfikir dimana pelajar perlu menguasai kemahiran 4C iaitu pemikiran kritikal dan penyelesai masalah, keberkesanan berkomunikasi, bekerja secara berkesan di dalam kumpulan yang mempunyai perbezaan pandangan dan kreativiti dan inovasi. 


Ramai tokoh akademik dan tokoh pendidik tampil untuk memberi
Penerangan terhadap pelajaran baru ini. Mereka membawa berbagai konsep dan teori. Apa yang diutarakan dalam ilmu kemahiran berfikir berligar disekitar tatacara dan prosedur berfikir, langkah-langkah berfikir, penyusunan, pemprosesan dan penghadaman maklumat dan fakta-fakta. Ia juga melibatkatkan keupayaan menyusun mengenal dan menyaring fakta-fakta yang penting dan tidak penting. Menyaring yang relevan dan tidak relevan.

"Langkah pertama untuk mendapat kemahiran berfikir ialah dengan menanam iman dan taqwa terlebih dahulu."


Allah mahukan proses pemikiran itu tidak terlepas dari pengaruh hati. Iaitu hati dan jiwa yang ingatkan Tuhan. Ini yang manusia tidak faham.
Berfikit dengan akal semata-mata dengan hati yang  lalai dengan Tuhan akan membawa cara fikiran yang menyimpang daripada kebenaran. Jiwa yang tidak berzikir kepada Allah akan menjauhkan hidayah dan pimpinan Tuhan. Berfikir tanpa melibatkan Tuhan akan menafikan ilham dan panduan dari Tuhan. 


Akal hanyalah alat bagi menerima dan memproses maklumat, fakta dan ilmu. Ia hanya mengisar dan mencanai, tidak lebih dari itu. Manfaat atau tidaknya ilmu yang diproses oleh akal bergantung kepada hidup atau matinya hati atau jiwa kita. Penggunaan akal tanpa dikawal oleh hati akan menghasilkan ilmu yang tidak ada manfaat umumnya ilmu yang tidak mendekatkan kita kepada Allah dan yang tidak menambah iman dan ketaqwaan kita kepadaNya. 


Ilmu yang tidak bermanfaat ilmu yang akan merosakkan kita. Rasulullah berdoa:"Aku berlindung dengan Allah dari ilmu yang tidak bermanfaat". Orang yang menggunakan akal semata-mata tanpa mengingati Allah terlebih dahulu atau tanpa dikawal oleh hatinya yang beriman dan bertaqwa, dinamakan orang akal. Juga dinamakan orang dunia atau rang yang berfikiran sekular. Segala yang difikirkannya hal-hal dunia yang bermatlamatkan dunia dan berakhir didunia. Allah dan Akhirat dikesampingkan dan tidak diambil kira. Akal itu diibaratkan kipas yang melekat didinding. 


Apabila kipas itu berputar, maka kita akan dapat manfaat anginnya. Lagi laju kipas itu berputar, lagi banyak dan kencang angin yang kita rasakan. Akan tetapi kipas itu mesti ditambat dan diikat kuat-kuat pada siling. Kalau tidak, ia akan terlepas dan akan mencederakan kepala-kepala kita. Lagi ligat dia perpusing, lagi teruk kita akan dicederakannya. Tambahan dan ikatan itu ibarat iman dan taqwa. Oleh itu tidak salah kita menggunakan akal. Lagi ligat akal kita lagi baik. Tetapi ia mesti dikawal oleh hati yang beriman dan sentiasa ingatkan Allah. Barulah segala hasil fikiran kita akan jadi manfaat. 


Kalau tidak ia akan merosakkan kita. Ia akan memikirkan perkara-perkara yang munkar dan menghasilkan fahaman, ideologi dan isme-isme yang batil. Kekuatan dan kepintaran akal juga banyak bergantung kepada hidupnya hati atau jiwa kita. Orang yang hidup hatinya akan mempunyai akal yang bijak dan pintar. Contohnya ialah para Sahabat, para Tabiin dan para Tabit Tabiin. Rasulullah mendidik dan membangunkan insaniah dan jiwa mereka. 


Hasilnya mereka menjadi orang yang bertaqwa, yang bijak dan pitar. Asal dari pengembala-pengembala kambing yang hanya tahu tentang kambang. Setelah memiliki iman dan taqwa mereka mampu meneroka berbagai-bagai bidang ilmu termasuk ilmu hisab, ilmu astronomi, astrologi, ketenteraan, perubatan, sains dan lain-lain lagi. Mereka juga kuasai ilmu feqah, tauhid, dan tasawuf,tafsir, ilmu hadis dan sebagainya. Disebabkan kepintaran akal mereka, negara Islam telah menjadi pusat ilmu bagi dunia waktu itu.


Manusia seluruh pelusuk dunia waktu itu datang untuk menimba ilmu. 
Mereka menimba ilmu dari cendiakawan-cendiakawan dan para ilmuan Islam. Bukan sahaja ilmu mereka hebat tetapi sesetengah dari cendiakawan-cendiakawan Islam itu menguasai berpuluh-puluh bidang ilmu yang berlainan dalam satu masa. Umat Islam kena ubah sikap dan fahaman mereka tentang kemahiran berfikir. Dalam Islam, fikiran bukan semata-mata tugas akal. Ia adalah tugas akal yang dirangsang dan dipandu oleh hati yang bertaqwa. Oleh yang demikian, langkah pertama untuk mendapatkan kemahiran berfikir ialah dengan menanam iman dan taqwa kedalam hati terlebih dahulu. Kemahiran berfikir akn terjadi dengan sendirinya secara automatik. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N