Langkau ke kandungan utama


PERJUANGAN AKHIR ZAMAN.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا.
Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan kaum keluarga kamu daripada Api Neraka".
(At Tahrim 66:6).


Jihad hukumnya wajib. Ia bermula dari diri keluarga dan seterusnya. " Mengubah diri atau karakter harus bermula daripada cara berfikir". Ia berkait rapat dengan apa yang kita percaya dan yakin. Manakala kepercayaan dan keyakinan
pula datangnya daripada pengalaman, pendedahan dan kematangan individu.


Individu yang lemah jiwa sering mencari alasan. Akhirnya untuk tidak berbuat. Individu yang tidak ada cita-cita berkarakter lemah sering mengeluh dan merungut. Mereka menganggap kebaikan dan kecemerlangan diri harus daripada orang sekeliling bukannya diri sendiri.


"Perubahan diri harus berpasak
pada keupayaan berfikir dengan waras dan bijaksana".Orang yang ada cita-cita berjiwa besar. Pejuang kebenaran yang memiliki cita-cita apapun halangan dia akan hadapi. Ia kelihatan sungguh unik, sungguh aneh dan pelik. Dia lain daripada yang lain. Sifat dan watak yang ada padanya tidak ada pada manusia lain. Tidak ada pada pejuang-pejuang lain. Tidak ada pada pejuang-pejuang ideologi dan isme.


Lebih-lebih lagilah tidak ada pada pejuang-pejuang yang nyata membawa kebatilan dan kerosakan.
Orang lain berjuang hendak untung. Hendak habuan. Hendak tambah harta. Lagi berjuang lagi kaya. Pejuang kebenaran pula, habis wang ringgit dan harta bendanya dikorbankan untuk perjuangannya. Lagi dia berjuang, lagi dia jadi miskin.


Apa sahaja yang dia ada habis dihalakan untuk perjuangannya.Orang lain berjuang hendak nama. Hendak glamour. Hendak dipuji dan dipuja. Hendak disanjung sebagai wira bangsa.
Hendak menempa nama dalam sejarah.Setidak-tidaknya hendak
diiktiraf. Hendak gelaran itu dan ini. Bintang itu dan ini. Gelaran itu dan ini.


Tetapi pejuang kebenaran tidak peduli itu semua. Dia tidak takut dan risau kalau dia dicaci atau dikeji. Dia tidak terjejas dengan pandangan dan anggapan manusia. Dia tidak rasa terhina dengan cacian dan tidak pula rasa mulia dengan pujian manusia. Dia hanya ambil berat tentang apa yang Tuhan anggap terhadap dirinya.
Orang lain berjuang kerana kepentingan. Khususnya kepentingan untuk diri, keluarga, kelompok, parti, bangsa, negara dan sebagainya.

Pejuang kebenaran pula berjuang untuk kepentingan Akhirat manusia sejagat. Untuk membawa kebenaran kepada seluruh umat manusia. Untuk menyelamatkan manusia. Supaya manusia boleh berbahagia di dunia dan di Akhirat. Perjuangannya bersifat universal. Tidak dibatasi oleh keluarga, kumpulan, kelompok, parti, bangsa atau negara.


Orang lain berjuang kerana mahukan pengaruh. Bila sudah dapat pengaruh, boleh dapat jawatan dan kuasa. Dengan pengaruh dan kuasa yang dimiliki, macam-macam boleh jadi. Boleh beraja
dimata dan boleh bersultan di hati.
Pejuang kebenaran pula tidak
menginginkan selain keampunan, kasih sayang dan keredhaan Tuhan.
Baginya ini mengatasi segala-galanya.

Baginya, kalau dapat Tuhan,
dapat semua. Kalau hilang Tuhan, hilang semua.Bagi pejuang kebenaran, dirinya tidak penting. Dia sanggup menjadi lilin yang membakar diri asalkan masyarakat dapat cahaya. Dia sanggup menderita,
disisih,dibuang,dihalau,dikurung,
hatta dirinya terkorban asalkan
tujuan perjuangannya tercapai.
Pejuang kebenaran menghapus kan kegelapan dengan membawa cahaya. Dia membasmi kekufuran dengan membawa iman. Dia mengubah kejahatan dengan membawa akhlak. Digantikan rasa putus asa dengan rasa bergantung harap dengan Tuhan.


Walaupun sifatnya lemah-lembut dia tegas dalam perjuangan. Walaupun dia banyak menyerah pada Tuhan,
dia tahan diuji. Kalau ditimpa berbagai ujian, bertambah keyakinan, bertambah optimisnya dan bertambah sangka baiknya dengan Tuhan. Jiwanya kukuh dan kental. Apa saja dia perjuangkan ditegakkan pada dirinya terlebih dahulu. Kita boleh buat apa yang dia buat. Kita boleh amal apa yang dia amal. Dia boleh jadi contoh dan idola kepada masyarakat.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N