DARIPADA FUDHUL (KOTORAN)
Ia merupakan kotoran seperti hingus, tahi mata, tahi telinga, kelemumur, tahi hidung, kahak, lebihan kuku, bulu ketiak dan ari-ari, daki, kutu dan lain-lain. Ini semua pada badan.
Kotoran yang ada di persekitaran seperti habuk-habuk, jelaga, sarang labah-labah, cebisan kertas, kain buruk dan lain-lain. Ianya bukan najis cuma tidak cantik. Nampak tidak bersih, tidak smart, tidak kemas, tidak menarik bahkan nampak berserabut dan menyakitkan mata memandang.
Dalam Hadis Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.”
Kita mestilah suci daripada kotoran-kotoran lahir ini supaya lahirlah orang-orang yang bersih. Kalau kita tidak sensitif dengan kotoran-kotoran lahir ertinya kita ini kasar, yakni tidak berjiwa halus. Benda-benda yang lahir ini jika kita tidak rasa jijik ertinya yang batin lagilah kita tidak rasa jijik.
Mungkin ada orang berkata, “Saya ini orang seni, sebab itu saya simpan sarang labah-labah ini.” Tentu tidak. Fitrah hati menolak dan akan rasa sarang labah-labah atau lain-lain tadi tidak patut disimpan dan menyakitkan mata.
{ SUCI BATIN }
Batin terbahagi kepada tiga iaitu akal, nafsu dan hati.
¤ SUCI AKAL
Suci akal daripada syirik atau isme-isme ciptaan manusia. Bila akal masih syirik atau menduakan atau yakin dengan lain-lain isme-isme ciptaan manusia ertinya akal kita masih bernajis. Sebab itu akal mestilah dibersihkan dan diisi dengan ilmu wahyu yakni Al Quran dan Hadis Rasulullah. Ini kerana ilmu wahyu itu tepat. Ia mampu menyuluh sesuatu ilmu itu sama ada betul atau salah.
¤ SUCI HATI
Suci hati daripada sifat-sifat mazmumah. Bila ada sifat-sifat mazmumah ertinya hati kita masih bernajis. Najis hati namanya. Sebab itu sifat-sifat mazmumah ini mesti dibersihkan seperti benci, marah, besar diri, megah, dendam, hasad, tamak bakhil, lalai, takut, sedih, kecewa dan lain-lain.
Cara Membersihkan Hati:
1. Setiap yang mahmudah hendaklah disuburkan. Seperti rasa simpati, pemurah, malu, rendah diri, hormat, rasa terima kasih, taat, redha, puas hati, sabar dan lain-lain. Manakala sifat-sifat mazmumah hendaklah dibuang.
2. Mesti ada ilmu tentang cara menyuburkan mahmudah dan membuang mazmumah. Perlu mengetahui sifat-sifat hati terlebih dahulu.
3. Kenal apa yang ada di dalam hati kita.
4. Hendaklah membuat latihan secara mujahadah dan riadah.
5. Mujahadah dan riadah itu hendaklah secara istiqamah.
6. Ada guru tempat merujuk.
¤ SUCI NAFSU
Suci nafsu daripada kehendak-kehendak yang jahat. Nafsu juga ada najisnya iaitu kehendak-kehendak yang jahat atau negatif seperti makan minum yang haram, pakaian yang haram, inginkan tempat tinggal yang haram, inginkan kenderaan yang haram, inginkan kepada pergaulan yang haram dan lain-lain.
Ini semua hendaklah dibersihkan dengan menggantikannya dengan keinginan yang halal seperti ilmu, makan, minum, isteri, tempat tinggal, ajaran, kenderaan, kekayaan yang halal, ingin memperjuangkan kebenaran, ingin beribadah, ingin ke masjid berjemaah dan lain-lain kehendak yang baik.
Cara Untuk Membersihkan Nafsu:
1. Faham syariat.
2. Faham kehendak-kehendaknya yang negatif.
3. Dorong semua kehendaknya yang positif atau yang mubah.
4. Mujahadah dan riadah.
5. Istiqamah.
6. Ada guru tempat rujuk.
Itulah bentuk ‘najis’ yang ada pada kita semua iaitu najis lahir dan ‘najis’ batin. Kalau kita umat Islam mampu membersihkannya melalui proses yang disebutkan tadi maka akan lahirlah keindahan syariat Islam itu.
Kita akan dapati di antaranya:
1. Lahirlah masyarakat yang bersih lahir dan batin sepertimana model di zaman Rasulullah SAW.
2. Lahirlah masyarakat yang sihat pada badan (fizikal), fikiran dan jiwa.
3. Akan lahirlah masyarakat yang berkasih sayang.
4. Akan lahirlah masyarakat yang bergotong-royong, bersatu padu dan bekerjasama.
5. Lahirlah masyarakat yang terpelihara keturunannya.
6. Lahirlah masyarakat yang bersatu padu dan bersaudara.
7. Lahirlah masyarakat yang aman damai.
8. Lahirlah masyarakat yang rajin.
9. Lahirlah masyarakat yang muafakat.
10. Lahirlah masyarakat yang belas kasihan, bertimbang rasa, mengambil kira perasaan orang lain.
11. Lahirlah masyarakat yang hormat-menghormati.
12. Akan lahirlah masyarakat yang berkorban.
13. Akan lahirlah masyarakat yang bersih daripada perkaraperkara yang menimbulkan perbalahan.
14. Masyarakat bersih daripada kemungkaran.
15. Masyarakat bersih daripada pembaziran.
16. Akan lahirlah masyarakat yang suka menuntut ilmu.
17. Akan lahirlah masyarakat yang pemurah, bertolak ansur, menjaga perasaan orang lain, bersopan dan berakhlak mulia
18. Lahir masyarakat yang berkemajuan dan bertamadun.
19. Lahirlah masyarakat yang berdisiplin.
* Buku rujukan : Buah fikiran AFT Siri 1
Ulasan
Catat Ulasan