SEMBAHYANG MAMPU MENGEMBALIKAN ROH ISLAM SEMULA.
Perjuangan kebenaran itu mengembalikan roh Islam semula. Selama ini Yahudi telah mencabut roh Islam dari umat Islam. Roh Kebangkitan pertama oleh Rasulullah kena di kembalikan semula pada kebangkitan kedua ini. Perjuangan Islam sebenar bersifat rohiah, ghaibiah atau maknawiah. Semua rukun iman yang wajib kita imani dan perjuangkan bersifat ghaibiah. Tidak ada satu pun rukun iman di ukur dengan pertimbangan logik.Sifat kebenaran dari dulu hingga sekarang tetap sama. Kerana iainya dari Tuhan yang sama. Hanya tempatnya sahaja yang berubah, orang atau bangsanya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi sifatnya tetap sama.
Terutamanya paling utama kita kembalikan solat atau sembahyang sebenar. Pada sembahyang itu
ada satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan roh manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil,
ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari sembahyang nya atau solatnya tetapi dengan syarat, mesti ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai serta dihayati. Bagi mudah fahami kita buat tamsilan. Apapun produk ubat atau
makanan kesihatan yang mudah untuk di yakini bila di sertakan dengan testimoni. Begitu jugalah
solat yang benar benar menyembuhkan penyakit rohani kita akan mudah yakini dan hayati bila
ada testimoninya juga.
Apapun produk ubat atau makanan kesihatan yang mudah untuk di yakini bila di sertakan dengan testimoni. Begitu jugalah solat yang benar benar menyembuhkan penyakit rohani kita akan mudah yakini dan hayati bila ada testimoninya juga. Bila kita bawakan contoh solat atau sembahyang Abuya,bukanlah bereti kita menafikan keagungan solat Rasulullah. Jadi? Bila kita kata bagusnya ceramah Ustaz itu...Apakah kita maksudkan ceramah dia lagi bagus dari kata-kata Rasulullah? Tidak bukan? Kan? Nabi Muhammad Nabi akhir zaman itu kekallah idola atau uswah hasanah untuk kita disepanjang zaman. Namun kita ditakdirkan tak dapat melihat Nabi kita dengan fiziknya. Kita tak tau Nabi makan macamana,Nabi tidur macamana,Nabi gelak,Nabi marah.. Kita tak tau. Kita hanya tau melalui buku buku sejarah Islam yang kita baca.
Membaca sejarah samakah dengan mengharungi sejarah? Atau setidaknya memahami sejarah! Sejarah Negara tanah tumpah darah kita yang ditulis dalam bahasa melayu,diajar dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah dan seterunnya itu pun bukan semua orang mampu menguasai sejarah. Sebab tu disebutkan ulama pewaris Nabi. Ulama (sepatutnya) ialah orang yang dapat menyalin peribadi Nabi atau disebut juga bayangan Nabi untuk menjadi contoh kepada masyarakat. Sunnah Nabi,cara hidup,lebih-lebih lagilah solat! Bukankah solat itu amalan yang mula mula ditanya diakhirat?
Kita sedang bahaskan bagaimana nak betulkan solat ni! Solat yang menjadi kayu ukur pada semua amalan lain. Solat pula Allah tak tengok pada kuantitinya,tetapi kualiti hatilah yang diperhati. Solat tu fizikal je ke tonggak tonggek? Yang tu rasanya semua orang boleh buat.
Bila solat jumaat tu banjir masjid sampai terkeluar-keluar kat jalan. Tu kat Masjid Haram tu lagilah belambak. Namun hati belum tentu dapat ikut bersembahyang. Sembahyang bukan syariat lahir,tapi hatilah yang patut jumpa Allah. Kenapa sahabat sembahyang sampai hangit-hangit bau hati mereka? Begitu sekali ketakutan mereka kepada Allah!. Kita solat juga tapi takde apa yang hangit. Bau ketiak berpeluh adalah!! Bila kita solat,tapi tak dapat takut Allah pun macam para sahabat tu,betulke kita solat tu jumpa Allah? Atau kita macam orang pergi istana tapi tak dapat masuk jumpa raja? Kalau orang jumpa raja dapat hadiah macam-macam,kita jumpa raja balik perut lapar. Betulke kita jumpa raja? Cuba kita renung-renung balik. Kenapa ada orang sembahyang,peribadi makin baik,hati makin halus dengan Tuhan,akhlak meningkat,cara hidup fulltime dengan islam.
Tapi ada orang sembahyang dan memang majoritinya,lepas solat makin jahat! Sistem islam
tak terbangun pun. Tetaplah ikut cara Yahudi. Kenapa? Betulke solat ummat islam sekarang
ini memang jumpa Allah? Kalau tak jumpa,bernilai ke solat tu? Ada harga ke? Dan hal pertama
yang mesti dijadikan contoh sudah tentulah sembahyang yang merupakan titik tolak segalanya.
Bukan melihat sembahyang sekadar tonggang tonggenknya saja. Itu hanya fizikal saja. Tuhan
tidak hanya melihat rupa lahir saja. Apa yang lebih penting Tuhan perhatikan apa yang ada
didalam hati kita ketika sembahyang. Kita kena pastikan sembahyang berfongsi sebagai pusat pendidikan sembahyang sebagai pusat latehan kemahiran, sembahyang sebagai pusat
hiburan, sembahyang sebagai pusat motivasi dan sebagainya. Bagi mempastikan
sembahyang yang sebenar sehingga benar benar berperanan mulakan dengan niat.
Mari kita betulkan niat kita kerana niat ini adalah penting dalam setiap amal bakti kita itu diterima
sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Di antara niat niat yang baik yang pasang pada diri kita ialah dalam kita hendak mendirikan sembahyang hendaklah kita ingatkan bahawa ia adalah menjadi satu tuntutan syariat. Bukan hendak ambil hati mak mertua dan sebagainya. Kemudian, niat yang kedua yang elok kita pasang pada diri kita ialah kita menuntut fardhu ain ini adalah dengan tujuan membebaskan diri
kita daripada kegelapan atau kemungkaran. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah kemungkaran. Supaya dengan sembahyang kita keluar dari kegelapan kepada alam keterangan.
Sebabnya, sembahyang itu Tiang Agama. Bagi sebuah rumah dimana kita nak letakkan bumubung
kalau tak ada tiang. Bagaimana dengan dinding dimana kita nak sandarkan kalau tak ada tiang. Begitulah dengan amalan amalan yang lain kaitannya dengan sembahayang. Orang yang sebenar benar sembahyang adalah orang yang berjaya membena kehidupannya di dunia lagi. Seterusnya, niat kita yang ketiga ialah, kita bersembahyang dengan azam baru dengan tujuan agar kita dapat melaksanakn apa yang kita fahami dari sembahyang yang dilakukan sebagai panduan hidup kita di semua aspek dan semua bidangnya agar kita tidak tersesat di dunia ini dan agar kita terlepas daripada penderitaan Tuhan di alam neraka nanti. Dan di antara niat yang baik yang elok juga ada pada diri kita ialah, kita berkongsi apa yang kita dapat dari sembahyang iaitu kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kita dapat berkhidmat, kita dapat menghiburkan orang lain. Inilah di antara azam yang mesti kita pasang dalam setiap kali melakukan sembahyang kita agar diluar sembahyang kita ini ada kaitan kepadaAllahSWT.
Ulasan
Catat Ulasan