Langkau ke kandungan utama

UNIVERSITI TUHAN MELAHIRKAN GRADUAN CELIK HATI.

UNIVERSITI TUHAN MELAHIRKAN GRADUAN CELIK HATI.




Ilmu Tuhan kalau ditulis dengan dakwat hingga kering dakwat seluruh dunia, datangkan dakwat sebanyak itu lagi, takkan habis ilmu Tuhan yang tersirat dalam Al Quran.kalau itulah yang digambarkan oleh Tuhan, hebatnya AlQuran sebagai gedung ilmu. Al Quran sebagai universiti tempat manusia merujuk dan mendapatkan panduan. Al Quran yang mengandungi 30juzuk, 6666 ayat dan 114 surah. Al Quran ibarat universiti yang melahirkan generasi Al Quran. Generasi yang pernah di gambarkan oleh Rasulullah SAW. Maksud hadis: Sebaik-baik kurun adalah kurun Rasullulah,kemudian yang mengikuti selepas mereka, kemudian yang mengikuti selepas mereka, kemudian tersebarnya kerusakkan.

Maksudnya :
Syu'bah telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu Jamrah, aku mendengar daripada Zahdam bin Mudarrib, aku mendengar daripada 'Imran bin Husain r.anhuma, dia berkata : “Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka.” Imran berkata :”Aku tidak tahu samaada disebut selepas kurunnya dua kurun atau tiga kurun. Kemudian sesungguhnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji dan tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman.
(Riwayat al-Bukhari)


Universiti dunia pada hari ini melahirkan ramai yang cerdik pandai tapi rendah nilai akhlak. Di sini kita dapat melihat konsep pendidikan Barat atau sekular melahirkan orang yang celik akal buta hati. Menjadikan manusia tidak takut dan tidak mencintai Tuhan yang Maha pencipta. Lain dengan universiti Tuhan telah melahirkan orang yang cinta dan takutkan Tuhan. Sejarah telah mencatit universiti Tuhan telah berjaya melahirkan manusia yang celik hati. Itulah yang berlaku pada kebangkitan pertama pendidikan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu membina insaniah manusia atau menghidupkan rohani atau hati mereka. Dalam pendidikan Islam iaitu awaludin makrifatullah iaitu awal-awal agama mengenal Allah. Pendidikan dalam Islam tidak memisahkan ilmu dengan Tuhan. 



Bila kita berpuasa mengikut sistem Tuhan, ia bukan sekadar tidak makan atau minum, sebenarnya nafsu yang berpuasa. Fikiran, jiwa dan perasaan turut berpuasa. Dengan ini maka mudahlah kita menerima ilmu, mudah faham..Jika kita membaca AlQuran di bulan mulia ini, dengan jiwa yang bersih, nafsu, akal yang bersih kita akan jadi mudah meghazam ilmu Al Quran itu. Itulah hikmahnya digandingkan membaca Al Quran dengan berpuasa. 



Bulan Ramadan, bulan yang mana diturunkan padanya Al Quran untuk jadi petunjuk kepada manusia dan untuk menunjukkan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebenaran. Dan untuk membuktikan bahawa Al Quran adalah pemisah antara yang haq dengan yang batil. Al Quran adalah ibu ilmu. ilmu yang tidak pernah disentuh lagi oleh manusia, belum ada manusia campurtangan sebelum mahupun sesudahnya. Al Quran adalah sesuatu yang 'pure' dari Tuhan untuk manusia. 



Malam Lailatur Qadar adalah satu anugerah dan kurniaan Allah buat hamba-Nya yang terpilih sahaja. Setelah perbanyakkan zikir dan selawat, membaca Al-Quran, bertadarraus, menghidupkan malam (Qiamullail), perbanyakkan kasih sayang antara manusia khususnya dengan kedua ibu bapa jika masih hidup keduanya atau salah satunya, menyambung silaturrahim sesama kaum kerabat dan sanak saudara, barulah datangnya Lailatur Qadar. Dia yang memilih siapa yang membesarkannya. Beruntunglah mereka yang terpilih masuk ke universiti Tuhan selama sebulan dan berjaya sebagai graduan yang celik hati.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N