Langkau ke kandungan utama

MENYELUSURI IBU YANG CEKAL DI BUMI PADANG PASIR.

MENYELUSURI IBU YANG CEKAL DI BUMI PADANG PASIR.


Abuya selaku seorang pendidik, murabbi, pemimpin rohani, dan juga seorang ayah, seorang datok yang mempunyai keluarga besar. Beliau telah berjaya melahirkan penyambung perjuangannya kepada generasi kedua iaitu generasi anak-anaknya sekarang. Iaitu generasi kedua atau generasi ketiga meneruskan perjuangannya. Abuya adakalanya berwatak ibu. Bagaimana pula berwatak ibu ? Ibu adalah tempat bermanja dan tempat mengadu. Kadang-kadang hendak mengadu pada ayah tidak tergamak, apatah lagi bila hendak meminta duit pada ayah. Rasa malu jadi berjumpalah dengan ibu. Ibu selalunya menjadi perantaraan antara anak dan ayah. Jadi, ibu itulah tempat bermanja. 



Maknanya kalau ada masaalah masyarakat pemimpin itu senang di temui. Masyarakat untuk mengadukan masalahnya kerana dia anggap pemimpin itu seperti ibunya. Betapa indahnya bila ia terjadi begitu. Contohnya, seorang pekerjanya tinggal di kawasan yang ada orang jahat atau gangster menyebabkan dia selalu ketakutan. Tidak mungkin dia dapat mencari rumah lain dengan mendadak. Waktu itu, pemimpin itulah seolah-olah ibunya. Adakalanya masyarakat datang mengadu pada Abuya, mereka menghadapi masaalah keuwangan hingga di buru along maka Abuya tolong menyelesaikannya. Pemimpinlah yang akan bertindak menyelesaikan masalahnya. Tidakkah itu indah? 



Abuya memperkenalkan kepada kita guru yang terbaik iaitu sejarah. Pengorbanan Nabi Ibrahim terus dijadikan panduan dan ingatan oleh umat Islam seluruh dunia. Ribuan tahun adalah satu jangkamasa yang lama bagi umur manusia. Disisi Allah adalah satu masa yang terlalu singkat. Nisbah perhitungan masa ialah satu ribu tahun yang kita hitung disisi manusia baru satu hari disisi Tuhan. 



Bila kita membaca sejarah nabi Ibrahim akan dikaitkan juga dengan pengorbanan isterinya. Kisah Siti Hajar bersama anak kecilnya. Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.



Siti Hajar salah seorang isteri nabi Ibrahim AS,adalah lambang pejuang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anak kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya. Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang ibu dan pejuang kewanitaan sejati. 



Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani. Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.         



Ibadah Sa'i merupakan salah satu rukun haji dan umroh yang dilakukan dengan berjalan kaki berulang alik 7x dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan sebaliknya. Kedua bukit sekarang sudah dihubungkan oleh bangunan panjang dua tingkat. Dengan lebar 20 meter, jalur sa'i tersebut dibagi atas empat jalur, masing-masing dua jalur untuk pejalan kaki dan dua jalur untuk orang-orang sakit yang harus di dorong dengan kerusi roda. Perjalanan Sa'i ini tidaklah terlalu memenatkan karena adanya kemudahan hawa dingin dan kipas angin yang terus menerus menghembuskan angin dingin. Seandainya tidak kuat, kita dapat berisitirahat sebentar di pinggir jalur, sambil minum air Zam-zam yang tersedia di banyak tempat di sepanjang jalur Sa'i.



Pada kawasan (neon hijau), jama'ah lelaki disunatkan untuk berlari-lari kecil, sedangkan wanita berjalan cepat. Sa'i boleh dilakukan dalam keadaan tidak berwuduk. Juga oleh wanita yang sedang datang haid atau nifas. Jarak perjalanan Sa'i tidaklah begitu jauh. 


Karena pelaksanaan ibadah Sa'i merupakan akan ibadah yang menyelusuri (menapak tilas) jalan, pengalaman serta penderitaan yang di alami oleh Siti Hajar, maka untuk lebih khidmat dan khusuk pelaksanaannya, maka para jama'ah dianjurkan membayangkan derita dan kesulitan yang dialami oleh Siti Hajar ketika mencarikan air untuk anaknya Ismail yang ditinggal sang ayah Nabi Ibrahim yang mendapat perintah dari Allah.


Riwayatnya, Mekah menjadi kosong setelah peristiwa banjir di zaman Nabi Nuh. Bangunan Ka'bah hanya berupa gundukan batu bundar tanpa ada seorangpun yang merawatnya. Pada saat seperti itulah Allah menghendaki Ibrahin AS yang tinggal di Kanaan (Palestina) pergi jauh melintasi gunung pasir yang panas dan gerasang membawa istri (Siti Hajar) dan bayi-nya (Ismail) ke daerah padang pasir bagaikan lautan yang luas tak bertepi. Iaitu di suatu wilayah bernama Hijaz.Belakangan diketahui, di Hijaz itulah letak Baitullah, yang rusak karena banjir bah semasa Nabi Nuh.



Setelah tiba di tempat sesuai perintah Allah itu, Nabi Ibrahim segera bergegas kembali ke Palestina dan tanpa berkata apa-apa ditinggalkannya isteri dan anaknya itu. Namun dengan cepat Siti Hajar bertanya:
"Apakah Allah menyuruh agar kau lakukan ini?"
"Ya" jawab Ibrahim
"Kalau begitu, Allah pasti tidak menyia-nyiakan kami" sahut Siti Hajar.


Setelah sampai di perbatasan Ibrahim AS tidak mampu menahan gejolak perasaannya yang tentu saja sangat cemas dan gundah terhadap isteri serta anak yang baru lahir sebagai hasil suatu penantian yang panjang. Beliau berhenti dan menghadap ke arah Ka'bah dan seraya mengangkat kedua tangannya lalu berdo'a (QS Ibrahim: 37).



"Ya Tuhan kami, sesungguhnya Aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berdekatan Rumah Suci-Mu itu. (KAABAH). Aku berbuat demikian ya Tuhan kami, demi untuk memungkinkan mereka mendirikan sembahyang (solat). Karena itu, jadikanlah hati sebagaian manusia cenderung mencintainya. Dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, semoga mereka bersyukur."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N