Hadist Nabi SAW:
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ [رواه البخاري ومسلم]
Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Maksiat lahir dan gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat berpunca daripada maksiat dan gejala hati yang jahat. Oleh itu musnahkan lebih dahulu maksiat hati, dengan sendiri maksiat lahir dan gejala-gejala masyarakat akan ter musnah dengan sendiri. Sampan kehidupan macamlah sampan di laut, sentiasa sahaja berkehendak dengan ombak yang sentiasa bergelora tidak henti-henti. Kalau tidak pandai mengendalikan sampan kehidupan ini dia akan karam dan lemas tenggelam.
Kalaulah maksiat lahir dan gejala masyarakat hendak dibendung dengan peraturan, undang-undang, akta-akta, tidak akan mampu dibendung. Kita ambil contoh negara Amerika kiblat dunia, kemajuan telah melangit, cerdik pandai terhimpun disana. Pakar membuat undang-undang dan peraturan. Tapi apa telah jadi iaitu gejala masyarakat yang paling kronik di negara-negara dunia. Tidap payah hurai panjang, semua orang tahu disinilah kelebihan Islam. Islam mendidik hati orang, hingga hati baik dan hati tidak mahu lagi membuat maksiat. Undang-undang hanya tambahan sahaja dengan tujuan agar masyarakat yang telah sihat itu tidak dirosakkan oleh orang yang hatinya masih berpenyakit, agar jangan menabur penyakit didalam kehidupan masyarakat.
Selama kita berada di dunia ini Tuhan minta menyiapkan bekalan untuk Akhirat. Membaiki diri ialah dengan membaiki hati. Supaya muhasabah kita bertepatan dengan apa yang Allah kehendaki kita kena tahu ilmunya terlebih dahulu. Kemudian mengenali penyakit yang hendak di baiki ilmu rohaniah berkait rapat dengan roh (hati nurani manusia).
Firman Allah: "Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya."(Asy Syam 9-10).
Allah minta kita fikirkan secara serius tentang hati yang ada didalam diri. Ilmu yang dapat menyuluh hati manusia. Ilmu itu di namakan ilmu tasawuf atau ilmu rohani atau ilmu rasa (zauq) ini supaya jiwa kita yang sudah buta dan mati ini dapat dicelikkan kembali serta hidup dan berfungsi. Agar ia dapat menjadi power kepada kebangkitan Islam di akhir zaman. Kalau dulu dunia dapat ditawan, maka kali ini sejarah itu akan berulang sekali lagi di tangan-tangan orang yang membersihkan hati.
Bahawa kali ini akan berlaku sekali lagi kebangkitan Islam.
Kemenangan Donald Trump akan membenarkan kata-kata Abuya Imam Ashaari At Tamimi bahawa barat di ambang maut. Dia juga merupakan ketua dan Presiden The Trump Organization dan pendiri Trump Entertainment Resorts. Gaya hidup Trump yang mewah, serta cara berbicaranya yang blak-blakan,berbau rasisme hingga merendahkan perempuan , membuatnya menjadi selebriti terkenal nomor 17 pada daftar Forbes Celebrity 100 di tahun 2011.
Donald Trump memang kerap menunjukkan aksi-aksi rasisme.Beberapa waktu lalu ia sempat mengatakan pernyataan akan melarang semua orang Islam masuk ke Amerika. Apalagi, isu terorisme membuat banyak orang di Amerika membenci Islam.
Situasi di Timur Tengah jadi lebih membahayakan karena Trump punya pendekatan yang berani. Tetapi, jika ia terus meningkatkan kebenciannya kepada umat Islam, ada kemungkinan Timur Tengah akan memberhentikan aliran minyak ke Amerika.
Macam-macam usaha oleh pihak musuh Islam yang diterajui oleh Yahudi cuba memerangkap negara-negara di TIMUR TENGAH dan khususnya di Timur sasaran utamanya adalah Malaysia. Setiap kali cuba di kaitkan dengan Malaysia tetapi Allah lepaskan Malaysia daripada perangkap dan stratigi jahat musuh. Islam tidak akan kalah-kalah lagi kerana ini adalah giliran Islam yang tapaknya di Timur secara khususnya di Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan