Langkau ke kandungan utama

IKATAN AKAL DAN JIWA.



Maksud firman Allah:

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al anfaal 8:63).


Perpaduan ikatan jiwa dan akal. Iaitu perpaduan kerana takutkan dan cintakan Tuhan, serta selaras akal fikiran. Bila takutkan Tuhan, manusia takut hendak membuat salah kepada sesama manusia. Maka tidak berlaku pergaduhan dan perbalahan. Bila cintakan Tuhan, automatik timbul rasa cinta sesama manusia. Akan datang rasa perikemanusian. Maka lahirlah sikap bertolong bantu, bela membela dan bekerjasama. 


Inilah perpaduan yang lebih kuat, sejati lagi hakiki. Iaitu pe paduan yang lebih bersifat sejagat, global dan seni. Ia bersifat maknawi dan rohani. Ia bersifat akal dan jiwa. Inilah perpaduan yang boleh membunuh sifat-sifat mazmumah yang memecahbelahkan manusia sekalipun yang dalam satu keluarga. Ia boleh mengikat kaum dan bangsa, yang berbeza warna kulit, bahasa, budaya dan agama. Ia adalah keupayaan bersama seluruh manusia. Tuhan adalah kepunyaan bersama seluruh manusia tidak kira kaum, agama dan bangsa. Tuhan, sama-sama punya.


Kalau ikut Tuhan, tidak ada hasad dengki, tidak ada sombong, tidak ada tamak dan lain-lain yang memecah belahkan manusia. Rasa takut dan cinta pada Tuhan adalah kepunyaan bersama. Maka Tuhan menjadi pengikat antara semua kaum dan bangsa. Walaupun manusia itu mungkin berlainan agama dan kepercayaan, rasa bertuhan dan rasa mempunyai Tuhan itu adalah fitrah semula jadi. Rasa cinta dan takut Tuhan juga fitrah. Kalau bagi orang Islam, tauhid itu perlu dibina, bagi orang bukan Islam pula, fitrah bertuhan ini perlu disuburkan dan disegarkan. 


Ikatan ideologi adalah kepunyaan sesuatu kelompok sahaja, bukan kepunyaan bersama. Bahkn ia hanyalah ciptaan manusia. Begitu juga ikatan perundangan dan akta. Ianya atas dasar terpaksa. Tidak semuanya kena ataupun terlibat sama.


Wahai manusia sejagat. Sekiranya kita inginkan perpaduan sesama manusia, tidak kira kaum, bangsa dan agama, ilmu ini mesti ada. Supaya apabila berusaha untuk mencapai perpaduan, ada panduan dan kaedahnya. Namun, diingatkan untuk mencapai perpaduan, tidak semudah yang disangka. Tidak cukup dengan slogan, syarahan dan undang-undang sahaja. 


Selagi sifat jahat dan mazmumah bersarang dalam diri manusia, selagi itulah manusia susah hendak bersatu. Bukan sahaja dalam satu kaum atau bangsa, bahkan juga dalam satu keluarga, satu ibu dan satu bapa. Kalaupun ideologi sudah sama, ertinya fikiran sudah sekata dan sehala, mazmumah pula pemecahnya.


Mazmumah lebih banyak memecah belahkan manusia, sekalipun satu keluarga. Dalam satu agama pun kalau mazmumah bermaharajalela, belum boleh bersatu secara kukuh. Mazmumah boleh ditumpaskan hanya dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Sekadar ideologi, tidak akan sampai ke mana. Soal mazmumah inilah yang jarang kaum dan bangsa di dunia memikirkannya.


Perjuangan Islam Timur, kita yang telah menerima panduan langsung dari abuya kenalah beradab,penuh hati-hati, dan sopan santun kerana di takdirkan menjadi penghuni di tanah air tercinta ini. Kerana ia dipilih menjadi tapak kebangkitan Islam di Timur. Kita kena usahakan setiap diri menjadi model kepada orang lain yang juga inginkan panduan dan pimpinan Islam. Kita kena berusaha keras dalam mujahadah, buang sifat mazmumah dan di hiasi diri dengan sifat mahmudah. Kerana melalui akhlak Islam akan menambat hati-hati manusia kepada Islam yang kita perjuangkan. Akhlak ibarat bunga diri, semua manusia ingin memilikinya samaada yang berlainan agama atau bangsa.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N