HAKIKAT WUJUDNYA ALLAH SWT.
Menurut Ahli Sunnah Wal jamaah, hakikat wujudnya ALLAH SWT, iaitu tanpa bersebab. Tidak seperti kejadian setiap yang baharu yang semuanya dikeranakan oleh satu-satu sebab. Seperti misalnya, adanya kita ini disebabkan oleh adanya ibu bapa. Ertinya, perkahwinan menyebabkan lahirnya zuriat. Atau dalam perkataan lain, bolehlah kita katakan,lahirnya zuriat itu disebabkan oleh perkahwinan.
Sama jugalah dalam kejadian-kejadian yang lain seperti kenyang disebabkan oleh makan, hilangnya dahaga disebabkan oleh minum, kaya disebabkan berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan disebabkan jihad dan perjuangan yang gigih, mati disebabkan oleh sakit, dan begitulah seterusnya.
Tiap-tiap sesuatu itu terjadi kerana ada sebab-sebabnya. Cuma Allah sahaja yang adanya tidak bersebab. Barangsiapa mengatakan kejadian ALLAH SWT itu ada sebab-sebabnya, dia telah melakukan satu pembohongan yang paling besar. Pembohongan yang demikian adalah pengakuan sesat, d an sekiranya dia mati tanpa sempat memperbetulkan pengakuannya, dia akan terjerumus ke dalam Neraka, kekal abadi di dalamnya, wal’iyazubillah.
Zat ALLAH tiada siapa yang jadikan. Kemudian, adanya zat ALLAH itu tidak ada yang menjadikannya. Ini khususiah bagi zat ALLAH SWT sahaja. Ertinya, bila kita katakan wajib adanya zat ALLAH SWT itu, pengertian “ada” di sini adalah ada yang tidak ada yang menjadikan-Nya. Tidak seperti adanya benda-benda lain seperti makhluk dan alam ini. Misalnya, bila kita sebut diri kita ini bersifat ada, maksud “ada” di sini ialah bahawa adanya diri kita ini disebabkan ada yang menjadikannya. Kalau tidak ada yang menjadikannya, maka tidak adalah diri kita ini.
Namun seluruh makhluk dan alam ini, termasuklah diri kita, tidak pula boleh kita katakan tidak ada. Semua itu ada, tetapi adanya adalah disebabkan ada yang menjadikan. Dan yang menjadikannya ialah ALLAH SWT. Hanya wujudnya atau adanya ALLAH SWT itu sahaja, tiada siapa yang menjadikan. Berbeza sekali dengan wujudnya makhluk yang telah ada ini. Bukan saja adanya ALLAH SWT itu tidak ada siapa yang menjadikannya, malah wujudnya zat ALLAH SWT itu juga bukan dikeranakan oleh sesuatu sebab. Ertinya, adanya atau wujudnya zat ALLAH SWT itu tidak bersebab sebagaimana kejadian makhluk atau seluruh alam ini. Makhluk atau seluruh alam ini disebut juga sebagai ‘baharu’. Baharu di sini bererti ‘selain daripada ALLAH’ atau masiwallah.
Yang baharu adalah seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, gunung-ganang, laut, ikan, binatang yang melata, seluruh langit dan isi langit, seluruh bumi dan isi bumi, seluruh yang ada di antara langit dan bumi, alam ghaib termasuklah Alam Kubur, alam Akhirat, alam Jabarut, dan lain-lainnya. Kita katakan bahawa semua itu ‘baharu’ kerana ia ada yang membaharukan atau yang menjadikan. Itulah ALLAH SWT.
Wujud-Nya tanpa sebab. Jadi perlulah kita fahami benar-benar akan hakikat wujudnya ALLAH SWT, iaitu tanpa bersebab. Tidak seperti kejadian setiap yang baharu yang semuanya dikeranakan oleh satu-satu sebab. Seperti misalnya, adanya kita ini disebabkan oleh adanya ibu bapa. Ertinya, perkahwinan menyebabkan lahirnya zuriat. Atau dalam perkataan lain, bolehlah kita katakan, lahirnya zuriat itu disebabkan oleh perkahwinan.
Sama jugalah dalam kejadian-kejadian yang lain seperti kenyang disebabkan oleh makan, hilangnya dahaga disebabkan oleh minum, kaya disebabkan berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan disebabkan jihad dan perjuangan yang gigih, mati disebabkan oleh sakit, dan begitulah seterusnya. Tiap-tiap sesuatu itu terjadi kerana ada sebab-sebabnya.
Cuma Allah sahaja yang adanya tidak bersebab. Barangsiapa mengatakan kejadian ALLAH SWT itu ada sebab-sebabnya, dia telah melakukan satu pembohongan yang paling besar. Pembohongan yang demikian adalah pengakuan sesat, dan sekiranya dia mati tanpa sempat memperbetulkan pengakuannya, dia akan terjerumus ke dalam Neraka, kekal abadi di dalamnya, wal’iyazubillah.
وَاحِدَة إِلاَّ النَّارِ فِي كُلّهَا فِرْقَةً وَسَبْعِيْنَ ثَلاَثًا أُمَّتِيسَتَفْتَرِقُ قِيْلَ وَمَنْ هُمْ. قَالَ الَّذِيْنَ هُمْ عَلَى مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
BalasPadam