Langkau ke kandungan utama

ULAMA-ULAMA TIMUR PENCETUS KEBANGKITAN ISLAM.

ULAMA-ULAMA TIMUR PENCETUS KEBANGKITAN ISLAM.

(Generasi ketiga dan ke empat Tuan Haji Salim ).

"Perang Telok Islam kembali gemilang." Adalah simbul berakhirnya dua kuasa besar dunia iaitu Soviat Union dan United States of America. Kesatuan Soviet telah pun hilang dalam peta dunia. Kini Amerika Syarikat sedang menyusul seperti apa yang berlaku kepada Kesatuan Soviet. Rusia pernah mengingatkan Amerika ketika masuk camput tangan berperang di Afghanistan, kamu akan menerima nasib yang sama seperti kami. 


Namun Amerika tidak peduli dengan ingatan yang dikongsikan oleh Rusia. Isu yang kita perkatakan Abuya sudah lama perkatakan didalam buku-bukunya. Begitu juga Abuya ada kongsikan dengan kita melalui ceramah dan bukunya tentang sekarang adalah giliran Timur menerajui empayar dunia. Telahan Abuya tersebut semakin hari semakin banyak menjadi kenyataan. Samaada isu antarabangsa ataupun isu yang berlaku dalam negara. 


Soviat Unian hilang dalam peta dunia yang sebelumnya Abuya pernah mengatakan, maka sekarang sudah menjadi kenyataan. Telahan Abuya tersebut semakin hari semakin banyak menjadi kenyataan. Ramalan kerohanian yang paling terkenal dalam sejarah ialah kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh di Konstantinopel. Kebangkitan sekali lagi di sebelah Timur. Lebih-lebih lagi Malaysia yang berada di Timur sebuah negara penting dalam kebangkitan semula Islam bertaraf ummah.


Jika kita sinaraikan perkara-perkara yang telah Abuya buat telahan, banyak perkara kita dapati ianya sudah berlaku. Moga dengan perkongsian ini menambahkan lagi keyakinan kita kepada perjuangan akhir zaman. Kepimpinan Islam dari timur telah menggariskan strategi-strategi yang berkesan untuk memandu Barat ke jalan keselamatan. Inilah mesej penting dari timur itu dengan kaedah Islam mengetengahkan sebagai satu satunya penyelamat.  


Barat yang sedang mengalami kekosongan ideologi, mahu tak mahu terpaksa akur pada seruan ini: Aslim taslam : Islamlah, nescaya kamu akan selamat! Segala pergolakan di Barat bahkan di seluruh dunia,  samada positif mahupun  negatif, semuanya membawa petanda bahawa kebatilan kian musnah, kebenaran kian terserlah. Ini juga menandakan dunia sedang diproses menuju ke satu arah: Kegemilangan Islam kali kedua yang dijanjikan hadis2….Manusia sejagat menunggu satu Dunia Baru yang akan menandakan kemenangan mutlak bagi kebenaraan dan tumpasnya kebatilan.


Terbukanya Kontantinopel Tuhan datangkan ulama seperti Syamsuddin al wali untuk menyiapkan tokoh yang akan membuka kota tersebut. Begitu juga perkara yang sama Tuhan lakukan dengan datangkan ulama-ulama ke Timur untuk menyiapkan tokoh yang menjadikan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di Timur. Mereka yang menjadi guru kepada Abuya antaranya Tuan Haji Salim Segambut, guru tafsir Quran dan selok belok berkaitan dengan Quran seperti qiraat, lagu Quran dan sebagainya. 


Beliau berasal dari Riau yang merupakan ulama yang mengajar di masjid Haram Mekah. Abuya Imam Ashaari bin Muhammad At Tamimi pernah belajar dengan beliau. Penulis sebagai salah seorang cucu kepada Tuan Haji Salim Segambut sebelah emak. Tuan Haji Salim tinggal di Segambut Hilir, Kuala Lumpur. Penulis juga sempat tinggal bersama dengan Tuan Haji Salim Segambut, ketika sekolah rendah Segambut KualaLumpur. Ayah Abuya iaitu dato kepada penulis adalah kawan baik dengan Tuan Haji Salim Segambut. 


Syeikh Mahmud Bukhari, Ibu bapanya orang Bukhara, Uzbekistan (Khurasan). Beliau dilahirkan di Mekah dan mengaji di Mekah. Seorang tokoh agama yang di kenali di Semenanjung Tanah Melayu.
Beliau dibawa ke Malaysia oleh Sultan Selangor waktu itu, Sultan Hishamuddin. Beliau menghafal sepuluh ribu Hadis dengan rawi dan hafal empat puluh matan ilmu. Beliau selaku Mudir Maahad Hishamuddin, Kelang Selangor Daru Ihsan. Dan ramai lagi yang telah pun kita tulis khusus dalam artikal sebelum ini. 


Kita hendak kongsikan formula apa yang digunakan pada kebangkitan yang pertama yang telah berjaya membawa kegemilangan Islam. Apabila hendak menggunakan formula tersebut kita kena fahami terlebih dahulu. Bangsa baru itu ( Ikhwan dan Asoib ) membawa manusia kepada Tuhan. Mereka membawa manusia mengenal, cinta, takut, taat, dan patuh kepada Tuhan. Mereka membina manusia supaya mencintai Akhirat. Iaitu manusia yang menganggap dunia ini tidak lebih dari sebuah ladang untuk berbakti dan bercucuk tanam yang hasilnya akan dikutip di akhirat.


Apabila telah lahir pejuang dan ulama yang terhubung hati dengan nabi mereka, bahkan hati-hati mereka sentiasa berhubung dengan Allah dan Rasul, inilah yang menjadi ketakutan yahudi. Kerana kelompok ini tidak boleh dimain-mainkan mereka. Kelompok inilah yang akan membongkar kejahatan yahudi sekaligus menyedarkan umat Islam dan membawa mereka menuju hati yang selamat. Bila hati-hati umat Islam sudah terhubung dengan baginda Rasul, masyarakat Islam seperti para sahabat akan lahir dan memeriahkan bumi ini dengan mengagungkan dan membesarkan Allah. 


Inilah ketakutan dan kebencian yahudi. Kini Allah telah memainkan hati-hati manusia dan menyuburkan iman bersamanya berkat kebangkitan Islam. Allah sekali lagi akan diagungkan dan Rasul akan dirindukan, inilah syurga sebelum syurga yang menjadi ketakutan yahudi selama ini. Inilah sebab dan mengapa yahudi sangat takutkan Imam Mahdi. Dan ketakutan ini dilaksanakan dengan usaha-usaha secara halus Timur kerana disinilah tapak yang terlalu kuat mem-promosi-kan Imam Mahdi ini. 


Apabila telah lahir pejuang dan ulama yang terhubung hati dengan Allah dan Rasul, mereka itu yang digelar Ikhwan dan Asoib. Mereka golongan yang senantiasa memberikan khidmat lahiriah dan maknawiah. Memberikan nasehat kepada masyarakat. Ikhwan dan asoib mampu menyediakan makanan yang halal bagi masyarakat yang memerlukan. Ikhwan dan asoib mampu menyediakannya pendidikan Islam bagi masyarakat dan keperluan yang lainnya.
Kalau masyarakat inginkan model ekonomi Islam, maka jemaah ikhwan dan asoib itu ada modelnya. 


Apa yang menjadi keperluan masyarakat mereka menyediakannya. Semua masyarakat inginkan bantuan keuangan, maka jemaah ikhwan dan asoib mampu pula memberinya. Kalau masyarakat inginkan pekerjaan yang halal sesuai dengan kerjayanya maka jemaah ikhwan dan asoib dapat memberinya. Kini yahudi semakin takut kerana ulama rohani sudah berperanan dan mereka tahu ulama rohani akan berperanan bersama Imam Mahdi yang bersama-sama mereka adalah roh baginda Rasul S.A.W. Islam takkan kalah-kalah lagi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N