Langkau ke kandungan utama

TERBELIAK BIJI MATA MANUSIA.


IBARAT LIPAN MENJALAR DIBADAN SUDAH TIDAK DI HIRAUKAN.

(Setiap yang hidup pasti akan mati)

(Ibarat lipan sudah dibadan pun tidak dihiraukan kerana melihat singa ada di depan kita)


Lipan yang sudah menjalar di badan pun sudah tak di hiraukan, kerana singa ada di depan mata. Dan di dalam Al Quran juga dikatakan, seorang yang hendak mati itu, apabila terbuka hijab matanya, hingga dia nampak alam akhirat,dia waktu itu, ia akan terkejut hingga terbeliak biji matanya. Sebabnya perbandingan antara dunia dengan akhirat itu adalah begitu jauh sekali. Di waktu hidup didunia ini, kita rasa begitu susah hendak laksanakan perintah Allah, terlalu susah hendak tutup aurat kerana takut orang kata, takut orang pulaukan dan sebagainya.


Kita rasa terlalu susah hendak berjuang dan berjihad kerana bila berjuang dan berjihad habis terkorban harta. Tetapi, di waktu hendak mati itu, Allah bukakan hijab hingga ternampak azab neraka, tempat dia hendak diterjunkan, kesusahan dan azab yang hendak dialami itu jauh sekali bezanya dengan kesusahan hendak melaksanakan perintah Tuhan di dunia. Di waktu itulah baru terbeliak biji matanya. Firman Allah, maksudnya: “Tajam matanya terbeliak.”


Maksud firman Tuhan : "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".(Al Qaaf 50:22).
 

Jadi azab dan kesusahan yang kita rasa dalam hendak melaksanakan
perintah Allah seperti hendak bersembahyang, hendak berpuasa, hendak berkorban dan berjihad dan sebagainya, ianya tidak sesusah mana kalau dibandingkan dengan azab neraka Allah.Perbandingannya samalah seperti kita berhadapan dengan dua malapetaka dalam satu masa yang sama. Lipan berada sejengkal saja dari kaki
kita. Tentunya, di waktu itu, kita sudah tidak pedulikan sangat lipan
dekat kaki kita. Yang kita fikirkan ialah singa yang 10 depa di hadapan 
kita. Mungkin lipan dah menjalar di badan kita pun, kita tidak
hiraukan kerana bahaya singa itu lebih menakutkan kita. 


Begitulah ibaratnya kalau seorang itu sedar betapa penderitaan akhirat itu jauh benar perbandingannya dengan penderitaan dunia, maka tidak nampak di azabnya penderitaan dunia ini. Tidak nampak dia susahnya hendak bangun subuh bersembahyang, tidak nampak dia menderitanya hendak berpuasa, tidak nampak dia menderitanya hendak menutup aurat, ticlak nampak dia menderitanya jatuh miskin kerana berkorban dan begitulah seterusnya kerana hendak melaksanakan perintah Tuhan. Sebabnya penderitaan akhirat itu sungguh menggerun dan mengerikan. 


Dan penderitaan dunia yang dihadapi, tidaklah sesusah mana sangat. Susah susah pun, mungkin sementara waktu saja. Susahnya hendak bersembahyang, mungkin di awal awal saja, lepas itu, jadi mudah.
Kalau orang kata pun, takkan dia boleh mengata sepanjang masa. Kalau ada orang benci, orang yang suka dan sayang pada kita tetap ada juga. Tetapi, penderitaan akhirat tidak bersifat sementara. Dengan sebab itulah, penderitaan akhirat ini hendaklah kita sedari benar-benar.


Dan, kalau kita sedar betapa hebatnya penderitaan akhirat
ini,penderitaan dunia ini tidak boleh menipu kita. Bagaimana susahnya
clan deritanya penderitaan dunia ini, ia tetap tidak boleh
mempengaruhi kita dan kita tetap boleh beribadah kepada Allah SWT.
Tetapi, kalau kita tidak sedar betapa hebatnya penderitaan akhirat
itu; kesusahan dunia ini akan terasa benar pada diri kita. Hendak
bangunkan sembahyang pun kita akan terasa susahnya. 


Hendak menutup aurat pun kita akan terasa payahnya. Hendak berkorban sedikitpun kita akan terasa susahnya. Orang fitnah kita sedikitpun kita dah mula risau dan gelisah. Akhimya tidak mahu langsung kita mengerjakan suruhan Tuhan. Maka, kita sudah ditipu oleh penderitaan dunia. Apakah boleh kita mengetahui sama ada kits tertipu atau tidak di dalam kehidupan kita ini? Jawabnya, boleh. Kita boleh mengetahui sama ada diri kita ini tertipu atau tidak. Kalau mata hati kita ini tidak sedar bagaimana kita hendak memimpin diri kita, itu maknanya yang kita sudah tertipu. 


Tetapi kalau sekiranya seorang itu sentiasa sedar betapa dia amat dhaif,dia mesti beribadah sedar dia akan berhadapan dengan negeri akhirat, orang ini adalah orang yang tidak tertipu. Kemudian, kalau seorang itu, hatinya tidak terbuka untuk melihat kebenaran, tidak terbuka untuk beribadah kepada Allah, tidak langsung ingat yang satu hari nanti dia akan mati dan akan berhadapan dengan negeri akhirat, orang ini ialah orang yang tertipu. Orang ini kekal dalam kebutaan hatinya, buta hati untuk melihat kebenaran. Yang dia nampak hanya dunia semata-mata.
 

Kalau sekiranya seorang itu, mata hatinya sudah buta hingga dia tidak
nampak kebenaran dan tidak sedar yang dia mesti beribadah kepada
Allah agar dia terselamat dari penderitaan yang maha dahsyat di
akhirat, orang ini akhimya akan menjadikan hawa nafsunya sebagai
pemimpinnya dan dia akan menjadikan syaitan sebagai orang yang akan memberikan petunjuk hidupnya. Dan bila hawa nafsu dijadikan ikutan, seolah-olah hawa nafsu itulah yang menjadi Tuhannya, bukan Allah. Dan sebab itulah di dalam AIQuran Allah berfirman kepada orang-orang yang mengikut dorongan nafsunya dan menolak panggilan dari Tuhannya, dalam firman yang bermaksud: “Apakah kamu tidak menyaksikan (Ya Muhammad),ada orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan.” (Al Furqan: 43)
 

Demikianlah hakikat orang yang tertipu hingga tertutup pintu hatinya
daripada melihat kebenaran. Akhirnya, nafsu dan syaitan menjadi
petunjuk dan ikutannya hingga Allah mengatakan bahawa orang ini telah menjadikan nafsu sebagai Tuhannya. Dengan sebab itu, oleh kerana penipuan itu merupakan ibu segala kecelakaan dan punca segala penderitaan, maka patut sekali kita terangkan tentang jalan-jalan dimana segala penipuan itu boleh lalu. 


Patut sekali kita ketahui macam mana penipuan itu boleh berlaku pada diri kita. Dan patut sekali kita ketahui, bentuk-bentuk penipuan yang banyak sekali berlaku. Mudah-mudahan dengan kita ketahui bagaimana penipuan boleh berlaku, pintu-pintu penipuan itu berlaku serta bentuk-bentuk penipuan itu, kita akan dapat memimpin diri kita agar selamat di akhirat dan terhindar dari kecelakaan dan penderitaan. Ada pun, orang yang dapat mengenal pintu masuknya perkara perkara yang hendak merosakkan dirinya, itulah orang yang mendapat taufik daripada Allah SWT. 


Sebaliknya, orang yang tidak kenal perkara perkara yang boleh merosakkannya, perkara-perkara yang boleh menjahanamkan kehidupannya dan perkara-perkara yang boleh menghancurkan imannya, orang ini tidak mendapat taufik dari Allah SWT. Dan orang yang dapat mengetahui perkara perkara yang akan merosakkan dirinya, dia akan mengawasinya dan dia akan sentiasa berjaga jaga. Tetapi kalau seorang itu tidak tahu perkara-perkara yang boleh merosakkannya, boleh jadi dia sudah sesat tetapi dia tidak sedar yang dia sesat. Dia sudah terjebak dengan kemungkaran tetapi dia tidak sedar. Orang ini, kalau dia mati, dia tidak sedar yang dia mati dalam kesesatan dan kederhakaan kepada Allah SWT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N