Langkau ke kandungan utama

MOROCCO PUSAT PENDIDIKAN ISLAM MODEN TERTUA DI DUNIA


.

UNIVERSITI TERTUA.

Abuya diberikan ilmu ilham dari Allah untuk memimpin dan membawa perjuangan Islam ke peringkat negara dan antarabangsa.

Ilham berasal daripada perkataan bahasa Arab. ( الهم يلهم إلهاما ). Menurut kamus besar Dewan ( Arab -Melayu).
( Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2006 ).

Ilham bermaksud memberi petunjuk contoh dalam ayat, ( ألهمه الله خيرا  ) Tuhan memberinya kebaikkan atau ilmu ilham.Walaupun hanya seorang, Abuya berjaya buatkan negara mengikut kehendak dan misi dakwah nya.

Abuya buat kerja dakwah dibawa bersamanya keluarga dan anak-anak muridnya.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Ertinya :
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”(Tahrim, 66:6)

Ketika Abuya pergi jemputan dakwah bersama rombongan diikut sertakan keluarga dan anak muridnya dengan tujuan pendedahan dan melahirkan pelapisnya dalam perjuangan.

Dengan cara tersebut sekaligus dapat melahirkan pelapis perjuangan dakwah nya. Penulis diberi peluang ikut dakwah Abuya keluar negara selama 7 tahun. Menyaksikan bagaimana jemaah disatu-satu negara menerima baik  usaha Abuya. Termasuk tokoh- tokoh ilmuan yang bertaraf dunia. Seperti Syeikh Abdul Siddiq Al Ghumari ulama hadis bertaraf dunia, Syeikh Prof. Dr. Abdul Salam Harras tenaga penting (جامعة القروين )
Universiti Qarawiyyin di negara Morocco. Sebuah Universiti yang tertua di dunia.

Ianya diiktiraf oleh  Collegestats.Org mengikut piawaian yang ditetapkan oleh UNESCO. Ia mengambil kira tarikh pembinaan, proses pengajian dan pengijazahan yang berterusan serta  institusi itu mampu berdikari dari awal penubuhan hingga kini.




Bagaimana Abuya mengheret negara Malaysia ke kancah arus kebangkitan Islam? Ketika Abuya di Morocco pada tahun 1986 banyak buat pertemuan dengan para ulama dan ahli korperat. Menurut Dr. abdul Salam Harras kebangkitan Islam kali ini di tempat kamu, katanya kepada rombongan Abuya. Iaitu di Malaysia.

Bagi mereka yang beri perhatian, prihatin, serta mengkaji Abuya dan perjuangannya, mereka akan dapati Abuya bijak membaca situasi semasa, politik dunia, pergerakan dan perubahan politik sesebuah negara Islam atau negara zimmi.

Ketika Uzbekistan mula-mula merdeka daripada Soviet Union, Abuya tanpa lengah lagi menuju ke sana. Salah satu laluan kebangkitan Islam. Abuya memberi harapan Islam kepada Uzbekistan dan rakyatnya. Hinggakan mereka beranggapan bahawa rakyat Malaysia semua berserban dan berjubah seperti jemaah yang Abuya pimpin.

Begitu juga di negara-negara Timur Tengah, Abuya bukan sahaja menjejak sejarah malah membawa imej Malaysia sebagai negara Islam. Bahkan seperti Jordan ketika itu, kedutaan pun belum dibuka lagi dan pelajar Arqam diterima di universiti-universiti di Timur Tengah. Berbekalkan sijil Arqam sahaja diterima sudah layak menyambung pelajaran di sana. Selain kualiti pendidikan Arqam yang tinggi hingga diterima di luar negara, diplomatik Abuya dan negara luar sangat luarbiasa.
Baiklah! Di atas adalah contoh perkara yang buatkan Abuya diterima dan disambut baik di luar negara, khususnya negara umat Islam. Berjaya Abuya mencuit kerajaan Malaysia untuk mengikuti setiap jejak langkah Abuya di sana! Mereka terpaksa dan dipaksa Abuya untuk meneruskan kerja mengisi, sedangkan Abuya membukanya.

Realiti di masa itu kiblat Malaysia ialah barat dan Jepun, Islam tiada dalam perancangan mereka. Tetapi kerana pengaruh Abuya, terpaksa mengikut rentak Abuya demi banteras pengaruh di dalam dan luar negara.

Ketika ditahan ISA, Abuya dengan senyum berkata kepada beberapa orang keluarga dan pengikutnya, "nak tunggu kita yang buat tak tahu bila, tapi Allah boleh saja izinkan negara yang ada kuasa bertindak maka lagi cepat berlaku kebangkitan Islam".


Kini Malaysia tak dapat lari dari imej Islam. Malah kajian dan diakui oleh masyarakat timur tengah sekali pun, pengamalan Islam di Malaysia jauh lebih baik daripada mana-mana negara Islam di dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N