Langkau ke kandungan utama

PEMBANGUNAN INSAN.



KEPENTINGAN BINA INSAN.
Segambut terletak di Kuala LumpurMalaysia. Di sini terletaknya kondominium bertaraf tinggi Mont Kiara dan Sri Kiara, kawasan bertaraf tengah Taman Sri Segambut dan Bandar Manjalara, serta kawasan pedalaman Segambut Dalam dan Kampung Sungai Penchala. Dulunya Kampung Segambut Dalam merupakan sebuah kampung Melayu. Kini telah berubah wajah menjadi kompleks Kondominium. Kompleks perkampungan Islam yang pertama telah dibangunkan oleh Abuya pada tahun 1975. 

Kampung sungai Penchala bersebelahan dengan kampung Segambut.
Ayah sebagai ketua keluarga dan ibu sebagai tulang belakang keluarga. Sebagai ibubapa sudah tentu Tuhan telah  pertanggungjawabkan  mendidik anak-anaknya. Malang jika kita ada anak yang cermelang dalam    pelajaran dan bijak tetapi kurang jati diri dan tidak memahami makna insan. Menjawab di atas kertas peperiksaan cemerlang. Ketika melalui kehidupan gagal mengharunginya. Tidak pandai mengambil hikmah yang telah Tuhan takdirkan berlaku dalam kehidupan kita.
 
Dahulu apabila musim buah kita balik kampung. Kampung saya di Segambut. Suatu hari saya bersama abang sepupu pergi ambil buah manggis. Buah manggis bukan sahaja enak malah sememangnya mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk kesihatan. Ia merupakan buah yang mengandungi kalori yang rendah tetapi kaya dengan fiber, vitamin-vitamin penting seperti vitamin C, vitamin B-complex dan juga sejumlah mineral yang baik untuk kesihatan seperti copper, maganese, magneseum dan potassium. Perihalan
Manggis ialah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian dikenali sebagai "raja segala buah".

Abang sepupu dia memanjat pokok dan saya mengutip buah. Ketika dia jatuhkan galah tidak bagi tahu. Tiba-tiba galah jatuh tepat di atas kepala saya. Kesannya tempurung kepala saya pecah.Abang sepupu saya tidak balik rumah kerana ketakutan diatas kejadian tersebut.
Melalui kejadian itu, Abuya minta saya merenung dan mengambil hikmahnya. Dengan pandai mengambil hikmah satu-satu kejadian kita dapat dihubungkan dengan Tuhan. Kita akan berlapang dada dengan kejadian yang telah ditakdirkan tersebut. Abuya berkata kepada saya, "Fakhrur selama ini kamu lebih banyak menggunakan akal dari merujuk hati. Sedangkan hati adalah raja dalam diri kita."

Bukan semua perkara dapat diselesaikan oleh akal terutamanya bagaimana hendak menghubungkan hati dengan Tuhan. Ia perlukan hati yang disuburkan dengan Tuhan, kita terhubung dengan Tuhan dengan pelbagai rasa yang di alami oleh hati. Terutamanya hendak merintih dengan Tuhan adalah dengan hati. Kalau hati gersang, kita tidak pandai bagaimana hendak merintih dengan Tuhan.

“Kita perlu mengimbangkan dalam bidang pendidikan iaitu cemerlang dalam akademik dan cemerlang juga dalam aspek kerohanian. Pendidikan dalam Islam rapat dengan rohaniah manusia.“Pelajar perlu mengenali diri mereka, tahu berkaitan kekuatan dan kecenderungan diri ke arah melakukan yang kurang baik supaya kelak mereka berupaya menjauhi keburukan,” disinilah pentingnya bina insan.
Tambahnya, setiap pelajar mempunyai potensi dan kebolehan tertentu. Potensi itu jika dipupuk dan diasuh sebaik mungkin dengan penerapan pemahaman makna insan, akan menzahirkan keupayaan menguasai pelbagai kepakaran dan jati diri.

Abuya dalam pendidikan yang dilagangnya kepada keluarga dan pengikutnya sangat menitikberatkan soal bina insan. Dia mendorong kita menimba ilmu dalam masa yang sama banyak memberikan assignment
sebagai seorang yang dapat menjadi pelindung dan penyelamat kepada orang lain.Pandai didalam kelas dan bijak menyelesaikan masalah diluar bilik darjah. Kadang-kadang pelajar sering membuat kesilapan dalam pentafsiran kebijaksanaan. Pencapaian akademik dalam bentuk kecemerlangan sewaktu peperiksaan sering ditafsirkan sebagai kebijaksanaan namun kejayaan itu tidak dilengkapi dengan pembangunan kerohanian insan yang seimbang.

“Sedangkan tidak semua manusia yang dicipta itu mempunyai potensi yang sama. Ibu bapa dan pensyarah dapat memahami bakat dengan melihat cara mereka berfikir, bertindak dan berbicara. Gelagat dan tingkah laku mereka perlu diteliti dan dikaji supaya potensi yang dimiliki oleh pelajar diperkembang mengikut fitrah mereka diciptakan,” menurut Abuya.

Menurut Abuya, penilaian kebolehan anak-anak perlu dilihat secara keseluruhan bukan hanya menekankan sesuatu bidang sahaja.Tindakan begini boleh membantutkan usaha anak-anak untuk menzahirkan potensi dan kepakaran yang dianugerahkan kepada mereka.“Kesilapan dalam memberi penekanan hanya kepada ilmu tanpa amal dan kejayaan luaran tanpa kerohanian merupakan faktor utama yang menyebabkan negara menghadapi krisis pengangguran.

“Oleh itu, sistem pendidikan perlu berasaskan kepada dua aspek utama iaitu mendidik pelajar memahami kehendak rohani dan fizikal. Pendidikan rohani secara teori dan praktikal membolehkan pelajar mengimbangkan emosi dan pemikiran mereka apabila berada dalam kegelisahan, kekecewaan dan penderitaan.“Mereka tidak akan menjadi liar dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri dan masyarakat.

“Pendidikan kerohanian pula boleh membentuk pelajar menjadi mantap dan kental dalam mempertahan prinsip hidup sebagai orang yang beriman dan mulia,”.Kata Abuya, adalah malang jika rumah dan universiti menjadi kilang hanya mengeluarkan pelajar tetapi 
hasil yang dikeluarkan itu gagal diketengahkan dalam pelbagai hal.
“Satu aspek yang perlu kita ingat ialah keperluan jati diri ini agar mereka
 tidak tersasar dalam kehidupan.
“Kita perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang bermakna kepada anak-anak supaya mereka boleh menghidupkan peranan sebagai insan seimbang agar mempunyai wawasan, semangat jati diri yang kuat serta hebat.

“Oleh itu, keseimbangan dalam pendidikan iaitu akademik dan kerohanian ini tidak boleh diabaikan, malahan perlu bergerak seiring demi melihat insan yang dilahirkan kelak menjadi pemacu kejayaan sebuah negara,” katanya. Abuya telah membukukan hasil pendidikan yang telah beliau lagang untuk menjadi panduan kepada kita dan masyarakat. Buku tersebut bertajuk "Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N