Langkau ke kandungan utama

GENERASI KEBANGKITAN ISLAM


GENERASI MERUBAH DUNIA.


Rombongan (JPYA) jemaah pelajar Yayasan Arqam, berhari raya ke 6 di Bangi Avenue Selangor 2019. Rombongan di ketuai oleh ustaz Umar bin Darus. Mereka mendapat pendidikan ikdadi, sanawi dan jamiah di sekolah Abuya Sungai Penchala Kuala Lumpur. Dikalangan mereka ada yang menyambung belajar dalam dan keluar negara. Kini dikalangan mereka ada yang jadi korporat, ada yang membuka sekolah agama, ada yang jadi pensyarah
dan ada yang menjadi petani yang berjaya membuka ladang sayur dan membekalkan kepada pasar borong Selayang.


Generasi pejuang yang ada cita-cita membela Allah dan Rasul.
Jiwa mereka dilembutkan oleh irama-irama nasyid lunak penyubur jiwa. Mereka tidak kenal muzik pop, rock atau rap. Jiwa mereka lembut, sejak dari buaian lagi telah didodoikan
dengan senikata yang lembut dan mendidik. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran juga menjadi halwa telinga. Sangat memberi kesan kepada jiwa mereka.


Mereka tidak mudah di corak dan terpengaruh dengan unsur-unsur 
yang tidak islamik. Mereka telah 
terbiasa dengan corak hidup Islam 
dalam keluarga besarnya.Budaya
 itulah yang mereka kenal
 sebagai satu-satunya milik mereka.
Budaya dan corak kehidupan selainnya adalah asing bagi mereka. Misalnya, hanya memakai serban, jubah,niqab dan tudung.


 Kerana itulah corak pakaian yang mereka kenal. Fesyen itulah yang menjadi pakaian ibubapa mereka, guru-guru dan pemimpin mereka.
Mereka adalah generasi yang dicorak oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi sepenuhnya. Satu sistem pendidikan yang berbeza falsafah, prinsip dan kaedahnyayang berbeza dengan sistem pendidikan yang di lagang didunia pada hari ini. 


Mereka yang lahir dari sistem pendidikan ini bukan sahaja telah menjalani pembersihan jiwa tetapi juga dibersihkan fikirannya dari sebarang isme ciptaan otak manusia.
Hasil pendidikan yang telah dibangunkan secara rasmi
 bermula pada tahun 1968, kini
Abuya telah pun menerbitkan buku,"Pendidikan rapat dengan rohaniah manusia". 


Fikiran dan keyakinan mereka tidak dicemari oleh fahaman dan aqidah yang terkeluar dari pegangan Ahlus sunnah Waljamaah seperti Jabariah, Qadariah, Mujasimah, Syiah, Bahai dan sebagainya. Dengan ilmu Islam (sunni), fikrah Islamiah yang jelas dan jiwa tauhid yang jitu, mereka dapat membezakan mana yang haq dan mana yang batil.Akal mereka dapat buat pilihan dan pertimbangan yang tepat.
Mereka membesar ditengah kepesatan kemajuan sains dan teknologi. 


Mereka tidak canggung dengan kemajuan teknologi canggih dan tahu menggunakannya untuk mengatur hidup. Dalam masa yang sama,
 mereka tidak membiarkan diri 
mereka menjadi hamba teknologi.
Mereka telah dilatih memanfaat kan sains dan teknologi untuk
menegakkan agama Allah SWT.
Mereka adalah generasi sufi berteknologi.


Pendekatan pendidikan yang 
mereka terima sufi berteknologi.
Keyakinan yang ditanamkan adalah ahli Sunnah wal jamaah.Mereka ditanamkan dengan jiwa tauhid. Iaitu rasa cinta dan takutkan Tuhan. Pendidikan yang dapat menyuburkan roh mereka. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk memiliki nya kerana sejak kecil telah mengikis mazmumah dan menyuburkan mahmudah.


Kejayaan dalam mendidik manusia
 ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Allah SWT.Buah daripada Ibadah nya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.


Mendidik manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir dan ada jasad batin. (akal, roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga anggota b
yang tidak nampak itu. Maka bag
orang yang ada cita-cita membaiki diri
guru-guru atau para pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya: "Pendidikan itu rapat dengan rohaniah manusia."





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...